Dalam kelaparan, aku ditolak ke labor room. Nurse tiba2 jerkah. Lepas bersalin, time jahit aku pegang tangan doktor. Dia bentak

 #Foto sekadar hiasan

Pengalaman Bersalin Di Hospital Kerajaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni aku nak ceritakan secebis pengalaman aku bersalin di sebuah hospital kerajaan di utara, yang mana merupakan pengalaman yang paling buruk bagi aku.

Aku sebenarnya lebih memilih untuk bersalin di hospital swasta.

Tetapi memandangkan aku ada GDM dan juga HB yang low, aku membuat keputusan untuk bersalin sahaja di hospital kerajaan. Takut kalau berlakunya komplikasi dan aku dikejarkan ke hospital kerajaan semula.

Pada hari yang ditetapkan, aku pun pergilah ke hospital untuk diindvce, bertemankan suami tercinta.

Nervousnya jangan cakaplah, sebab ramai yang cakap indvce ni sakit sangat. Yalah bersalin secara paksa, mestilah sakit kan.

Aku sampai hospital dan daftar pukul 9 pagi, pukul 1 petang aku dimasukkan ubat indvce di private part.

Allahu, itu pun dah sakit sampaikan aku pegang kuat tangan doktor minta belas kasihan.

Lima minit selepas dimasukkan ubat, aku mula merasa sakit, contraction awallah kot bagi aku.

Rasanya memulas seperti perut kita dimesin berpusing pusing, sakitnya. Makin lama makin kuat, sampai berpeluh aku dan memang mengalir air mata.

Waktu suami melawat petangnya, aku minta dia bacakan Surah Yasin pada aku. Anehnya waktu itu semua kesakitan hilang begitu sahaja, sampaikan aku boleh tertidur lena sambil Yasin berkumandang di telinga aku. Ajaibnya.

Aku sedar dari tidur bila waktu melawat dah habis dan suami dah perlu keluar dari wad. Masa tu aku rasa sakit semula, dan memang sangat sakit sampaikan aku dah tak lalu nak makan.

Malamnya selepas Maghrib aku rasa lapar.

Sambil menahan sakit, aku pinjam telefon jiran katil sebelah untuk telefon suami hantarkan makanan sebab nurse dah ambil balik tray makanan yang diletak di meja aku tadi, tak sempat pun makan sebab aku tertidur.

Kat sini dah mula peristiwa demi peristiwa yang buat aku rasa, AZABNYA bersalin di sini.

Suami datang untuk hantarkan makanan bubur ayam yang aku minta, malangnya tak boleh masuk wad.

Tak apa aku tak kisah, tetapi guard di ward juga tak mahu tolong hantarkan bubur ayam kepada aku yang tengah menahan sakit contraction dan lapar yang amat sangat ni, atas alasan apa aku pun tak tahu.

Bukan suami aku minta masuk pun. Dia faham itu bukan waktu melawat, tetapi kenapa tak mahu tolong hantarkan bubur ayam tu kepada aku. Suami aku mula bengang dengan prosedur yang aneh begini.

Lepas Isyak, aku merasa sakit yang amat amat sangat. Memang tak dapat aku bayangkan sakit contraction yang sebegini sakit, sebab anak pertama dan kedua dulu langsung tidak sakit yang begini.

Biar aku cuba gambarkan ya.

Sakitnya seperti ada orang cuba pusing dan robek semua isi perut aku, dan sakitnya bukan datang kadang kadang ya tetapi setiap satu dua minit sehingga aku rasa amat tersiksa menahannya.

Aku berkali kali tahan nurse yang lalu lalang di tepi katilku untuk meminta sedikit makanan buat alas perut sebab aku takut tak ada tenaga untuk meneran nanti.

Nurse menjawab ya ya, sekejap dan kemudian berlalu tanpa datang lagi.

Seingat aku, tiga empat kali juga aku minta makanan sebab lapar sangat tetapi begitulah.

Sampai dah tengah malam, aku memang tak boleh menanggung sakit yang amat sangat sampai aku minta untuk czer sahaja dari doctor sebab tak dapat tahan sakit dah.

Doctor tak bagi sebab katanya dah 4 cm. Aku juga minta diberikan epidvral dari awal lagi, dan dijawab tengoklah macam macam mana nanti.

Klimaks ceritaku di sini, apabila bukaan sudah 5 cm, aku ditolak ke bilik bersalin pada pukul 1 pagi.

Waktu ditolak, aku memang sudah lemah dan semangatku memang tiada sebab aku langsung tiada tenaga sebab aku rasa lapar sangat.

Note ya, last aku makan adalah pada pukul 4 petang tadi.

Sakitnya aku rasa ketika itu, kerana nurse mula mengelilingi aku untuk memasang drip dan membuat itu ini. Yang aku pun tak pasti apa yang dibuat kerana terlalu sakit.

Aku memang seperti mamai dan hilang kawalan diri. Di sinilah nurse mula memberi aku tekanan.

Yang aku dengar di telingaku ketika itu, “Kenapa hang ni tak boleh dengar arahan sangat ni? Boleh tak bagi kerjasama?”.

Jerkahnya ketika meminta aku membuka kakiku, untuk mereka memeriksa bukaan serviks lagi.

Aku yang memang sangat sangat sakit ketika itu, antara dengar dengar dengan tidak, menerima sahaja apa yang dikatakan sebab aku memang tak larat langsung nak menjawab apa apa.

“Pakailah mask tu elok elok, tahu tak kena pakai mask waktu bersalin? Dahlah tak buat swab test tadi!”

Dijerkahnya aku, terpinga pinga aku. Sebab dalam keadaan sakit yang amat sangat tu, mask aku senget ke apa ke aku pun tak tahu dan tak sempat nak belek dah.

Macam, tak bolehkah cakap elok elok denganku?

“Itulah, dah tahu beranak ni sakit, taknak bersedia mental dan fizikal. Dah anak tiga, takkan tak tahu beranak ni sakit!”

Demi Allah, aku memang tidak tahu sakitnya seperti ini sebab ketika melahirkan anak pertamaku, sakitnya cuma sejam manakala untuk anak keduaku sakitnya cuma tiga jam, berbanding kali ini selama berbelas jam aku menahan sakit.

“Lepas ni tak payah beranak dah, ambik perancang tu pakai!”

Dalam kesakitan yang amat sangat, aku meminta epidvral buat kesekian kalinya.

Katanya tidak boleh, tak ada siapa nak layan malam buta macam ni sebab katanya tak ada yang nak cucuk epidvral tu. Lagipun ada kes lain di bilik bedah.

Aku minta sebarang jenis ubat tahan sakit yang ada. Dan di akhirnya, aku diberikan ubat tahan sakit tak tahu jenis apa, mungkin suntikan ataupun secara drip di tangan.

Kata nurse yang sama juga, “Ubat ni akan buatkan hang mengantuk dan baby pun mengantuk.”

Setelah beberapa saat, rasa memulas dan sakit yang amat sangat di bahagian perut mula hilang dan sakit itu bertukar pula ke bahagian bawah, di serviks pula.

Aku merasa sakit yang amat sangat pula di bawah, seperti rasa ingin meneran berkali kali dan seperti ada sesuatu yang besar menolak nolak ingin keluar di bahagian bawah.

Sakit yang amat sangat aku rasakan sampai berpuluh kali aku berdoa, Ya Allah bagilah aku pengsan supaya aku tak rasa sakit ni dah.

Ya Allah siksanya, tolonglah hentikan siksaan ni Ya Allah, aku tak tahan dah ni, lamanya aku rasa kesakitan itu.

Demi Allah, tak pernah aku rasakan kesakitan yang sehebat ini.

Ditambah dengan suara nurse yang menyakitkan hati aku, sedih sangat rasanya aku diperlakukan seperti itu waktu aku di persimpangan antara hidup dan mati.

Sampai aku terfikir, mudah sangatkah nurse ini bersalin, sampai berulang kali dikatanya aku dengan ayat ayat di atas?

Apalah salahku dengan dia. Dia kenal aku pun tidak, tetapi ayat ayat yang keluar dari mulutnya begitu mengguris hatiku.

Aku fikir, jika aku menghembuskan nafas terakhirku di meja bersalin itu, mungkin (tidak tahu pasti atau tidak, hanya mungkin) aku akan mendapat syahid kerana melahirkan anak,

Tetapi bagaimana dengan nurse yang begitu lantang berkata padaku itu, sempatkan dia meminta maaf padaku kerana kata katanya itu?

Aku berusaha membuka mata untuk melihat wajahnya, tetapi aku tidak dapat mengecamnya kerana dia memakai mask

Dan aku yang memang sedang sakit yang teramat sangat tidak dapat fokus kepada apa apa pun.

Dalam hatiku, kalau aku dapat mengecamnya, kalau aku dapat namanya sudah cukup. Aku akan hantar e-mel kepada KKM dan juga SISPAA, supaya dia tahu aku bukan surirumah yang bdoh yang tak tahu apa apa walaupun dihina sebegitu rupa.

“Bukalah kaki tu elok elok! Jangan dok angkat punggunglah! Nak sangat kot kena jahit sampai ke punggung!”

Tak habis lagi rupanya nurse ini memerliku sedangkan aku tak sedar dah apa yang aku lakukan, betapa sakitnya hingga aku hilang kawalan diriku. Allahu, siksanya pengalaman kali ini.

Aku dijerkah lagi bila sesudah melahirkan anak, dia letak anak di atas dadaku.

“Bukalah mata tu tengok anak, pegang la elok elok!!”

Ya Allah, tadi dia yang cakap aku akan mengantuk bila ubat tu dimasukkan ke badanku, sekarang bila aku mamai dan mengantuk begini, dijerkahnya pula aku. Salah akukah?

Waktu dijahit pun, berkali kali rahimku diseluk untuk mengeluarkan drah beku. Sampai aku memegang tangan doktor meminta dilakukan dengan perlahan sebab aku sakit sangat.

Tetapi dijawabnya, “jangan pegang tangan saya”.

Tak tahu kenapa ujianku begitu besar ketika itu, berhadapan dengan orang orang yang tidak ada perasaan kemanusiaan dan empati pada orang lain.

Sedangkan seingat aku, aku bukanlah manusia yang jahat yang berbuat perkara yang sama kepada orang lain di sekelilingku.

Bukanlah aku orang yang baik sangat, tapi tidak tergamak rasanya menuturkan kata kata yang begitu menyakitkan hati orang lain seperti itu.

Inilah secebis pengalamanku bersalin di hospital kerajaan, yang aku rasa sangat beri kesan besar kepada emosiku selepas itu kerana sungguh aku tak mampu memaafkan kata katanya

Terlalu mengguris hati dan aku berharap Allah tidak memakbulkan doaku yang merasa teraniaya ketika itu.

Masih terngiang semua kata katanya, segar di dalam ingatan. Aku sedang berpantang hari yang ke 25 pada hari ini.

Buat nurse itu, aku tidak mahu berjumpanya langsung lagi, sama ada di dunia ataupun di Padang Mahsyar nanti kerana terlalu benci ingin berjumpa.

Harap anak perempuannya, atau cucu perempuannya nanti, jika dia ada, tidak dilayani sepertiku ketika bersalin nanti.

Reaksi Warganet

Wan Munira –
Saya antara yang Allah bagi bernasib baik di hospital kerajaan. Kesemua 4 anak ditemukan dengan misi misi yang sangat baik. Terharu sangat.

Apa pun banyak banyak mohon pada Allah supaya dipermudahkan. Kita ke sana dengan redha dan sabar semoga Allah tolong.

Puteri Salju –
Saya bersalin 5 orang anak di hospital kerajaan. Saya juga diseluk macam puan, sebab rahim saya jauh

Sebenarnya bukan suka suka doktor atau nurse seluk macam tu. Sebab nak keluarkan drah drah beku di dinding rahim.

Kita kena tarik nafas yang panjang semasa diseluk. Teknik ni nurse yang ajar supaya kita tak rasa sakit teramat.

Semoga dipermudahkan Urusan puan….
#HKLtetapdihati

Hafiza Hisyam –
Pengalaman saya anak pertama berbeza Layanan baik. Anak kedua ni ya Allah. Dapat doktor yang entahla.

Tinggal saya sorang sorang dalam labor room sampai anak dah nampak kepala pun saya terpaksa minta cleaner suruh panggil doc.

Mintak epidvral pun doktor tu buat macam kita mintak dia gadai tanah pusaka nenek dia.

Dahla marah marah. Dia yang tinggal kita. Pastu jahit tak habis. Nak keluar wad kena jahit kali kedua.

Dah dekat 4 tahun ingat lagi muka dia. Semua ni rezeki. Kadang dapat yang baik. Kadang dapat yang macam tu. Insyaallah moga ada hikmah..

Awa Salmiah –
Saya kongsi sedikit perkongsian. Kakak ipar selalu pesan, buat solat hajat.

Tak kira apa sahaja hajat kita. Nak bersalin, nak anak berhenti pampers, nak itu nak ini.. APA sahaja.

Semoga bermanfaat kepada saya dan tt. Perlu nya kita bergantung kepada Allah yang maha mentadbir dan menguruskn hidup kita. Apa yang Allah nak aturkan, itu terserah la

Intan Ariya –
Pernah juga bersalin indvce. 3x masuk ubat dalam tempoh 18 jam.

Memang betul tempoh dan sakitnya sangat berbeza dengan bersalin normal.

Alhamdulillah rezeki dapat jururawat dan doktor yang baik. Tapi jika disuruh mengandung lagi dan dibayar rm 1juta, ku tetap tak mahu

Rosliza Ismail –
Kesian dekat confessor. Banyak kali dah dengar kes macam ni.

Ade hospital yang ok dan ade hospital yang tak ok.

Kalau yang tak ok tu staf dia mulut tu lebih teruk dari rumah puaka yang banyak hantu. Kalau yang ok tu staf dia baik sangat..

Sabar yer puan. Saya nasihatkan puan report terus dekat KKM. Pergi tengok balik sape staf yang bertugas mase kejadian tu.

Sebab KKM ambik berat tentang hal ni. At least staff ni akan berubah lepaas KKM ambik tindakan keatasnya.

Kalau tak report mungkin akan kena dekat orang lain pula.

Sumber – Sarah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *