‘Dahulu mand1kan jenaz4h orang, kini jen4zah beliau pula dimandikan’ – Staf Pejabat Mufti meningg4l dunia aklbat C0vid-19

KUALA LUMPUR: “Dahulunya beliau mandikan jenrzah pesrkit C0VID-19, semalam jen4zah beliau pula dima4dikan oleh petugas.

“Besar jasa beliau kepada umat Islam di Labuan,” Itu antara bingkisan perk0ngsian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Perk0ngsian itu berkaitan seorang kakitangan yang berkhidmat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Labuan dikenali sebagai Datu Sadam yang meningg4l dunia aklbat jangkit4n COVID-19, pada Ahad.

Datu merupakan individu yang terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI) bagi menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

Zulkifli berkata, kematian Datu diketahuinya pada jam 12 tengah malam melalui aplikasi WhatsApp.

“Masih segar di ingatan saya ketika beliau mula melapor diri sekitar tiga hingga empat tahun lalu.

“Dek keunikan namanya dan tubuh yang sedikit gempal serta sifatnya yang ramah saya senang mengingati beliau,” kata Zulkifli.

Menceritakan kenangan bersama Datu, Zulkifli menyatakan setiap kali mengadakan lawatan kerja ke Labuan, Datu antara individu terawal akan menyambutnya di Lapangan Terbang Labuan.

“Selesai tugas di siang hari biasanya kami akan ke Anjung Ketam atau ke RPP Labuan untuk menikmati makanan laut, beliaulah biasanya berkhidmat membakar ikan, ketam, udang bersama sahabat lain.

“Beliau pergi dalam usia yang muda 30 tahun, namun saya berbangga dengannya kerana sebelum didapati positif COVID-19, beliau terlibat sebagai Pasukan Pengurusan Jenazah JAKIM dan JAWI bagi menguruskan jenazah pesakit COVID-19.

“Saya doakan semoga Allahyarham Datu Sadam Turan dikurniakan syahid dan ibu bapa serta keluarganya dikurniakan ketabahan dan kesabaran,” tambah Zulkifli.

SUmber: Awani / WB / Via Detikkiniviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini