Dah masuk 50an, suami masih bz dengan anak2 kecil dan madu. Lihat aku goyang kaki, suami makin meroyan

Foto sekadar hiasan

Suamiku Meroyan Selepas Poligami II

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responders yang baik hati dan juga yang memberi kata kata semangat yang saya akan ingat hingga akhir hayat.

Part 1, baca dibawah;

“Lepas aku terima p0ligami, suami pula yang meroyan”. Anak2 terkejut. Ibu mertua pula canang sekampung. Suami mula cemburu

Ada Responder yang berharap untuk saya memberi keputusan selepas dari confession pertama. Ada yang ingin lebih mengetahui melalui permasalahan kami.

Buat pengetahuan semua, apa yang saya ceritakan sebelum ini hanya tidak kurang dari 10% sahaja.

Hanya surface kerana bagi saya tidak patut menceritakan keseluruhan pengalaman saya sepanjang perkahwinan kerana ingin menjaga aib ramai orang.

Tujuan saya dari confession pertama tersebut adalah hanya ingin mendapatkan nasihat dan feedback dari kaum isteri, ibu dan juga suami.

Orang orang yang bukan dari family saya, kerana tidak mahu terikat dengan emosi apabila membuat keputusan.

Mengenai tuntutan nafkah, dari hari pertama nikah lagi saya highlightkan kepadanya, jika dia tahu tanggungjawab, dia akan beri.

Kerana suami bukannya budak kecil yang masih perlu diajar.

Ibu saya sendiri sampai turun naik mahkamah hingga keakhir hayatnya tidak selesai kes mahkamah.

Saya melihat sendiri bertapa susahnya seorang ibu tunggal untuk menuntut haknya di Malaysia ini.

If takde duit, jangan harap kes akan selesai dengan cepat.

Saya melihat lelahnya aruwah ibu sehingga saya sudah malas untuk melalui pengalaman ini buat kali kedua.

Anak anak tidak kisah sebab mereka memang tidak rapat dengan ayah mereka dari kecil.

Bayangkan, saya yang selalu tiada dirumah pun masih boleh rapat dengan anak anak. Sedangkan tempat kerja suami hanyalah 10 minit berjalan kaki dari rumah kami.

Tapi masih tidak boleh ada hubungan yang rapat dengan putera dan puteri kami.

Dalam hal ini, bukan sebab nafkah atau hubungan tidak baik kami menjadi hal utama.

Saya hanya minta untuk tidak diganggu dan pressure mental saya sedangkan saya sudah berikan apa yang dia inginkan.

Memang kalau boleh, saya tidak mahu panjangkan hal ke mahkamah kerana saya tahu dia tidak mahu mencerraikan saya.

Kalau dia sendiri yang ingin cerrai, sekarang jugak saya boleh setuju untuk rundingan damai.

Alhamdulillah Allah berikan rezeki kepada saya dengan career dan kecukupan rezeki untuk saya dan anak anak.

Anak anak juga sudah besar, merekalah sahabat baik saya kerana saya tiada sesiapa didalam dunia ini kecuali aruwah Ibu.

Bukan niat saya untuk derhaka kepada suami, tapi kami sudah bersetuju untuk adakan “win win situation”.

Dia tak ganggu kehidupan saya, dan dia dapat isteri baru yang boleh menyayangi dia 24jam.

Itu saja yang saya inginkan. Kalau dia balik rumah saya, saya tetap akan layan dia sebagai suami.

Masakkan lauk kegemaran dia, try untuk bonding bersama anak anak.

Tapi dia pilih untuk tetap rasa tidak puas hati kerana melihat saya tidak perlu lagi pening dengan hal rumahtangga kerana anak anak sudah pandai berdikari.

Dia pulak walaupun sudah menginjak 50an, masih terpaksa mencari rezeki kerana anak anak bersama madu masih kecil.

Saya tahu dia stress, dan dia lepaskan stressnya kepada kami anak beranak.

Adakah adil untuk saya dan anak anak terima? Apalagi yang dia inginkan? Adakah dengan pressure saya sehingga sakit mental baru dia dan madu puas hati?

Selepas membaca semua feedback dari sahabat semua, semalam saya memanggilnya pulang kerumah. Saya tunjuk kepadanya semua feedback sahabat sahabat sekalian di fb. Dan dia hanya terdiam.

Saya katakan kepadanya, sekiranya hingga menganggu mental saya dan anak anak, saya terpaksa mengambil jalan untuk meminta fasakh.

Saya ada bukti yang dia culas memberi nafkah kepada kami dari dulu. Tapi itu adalah jalan terakhir yang saya akan lakukan sekiranya dia tidak berubah.

Dan saya mengatakan kepadanya, sekiranya kes ini dibicarakan, dia akan bertambah malu kerana segala kekurangannya selama ini akan dilondehkan di mahkamah.

Sebelum dia balik kerumah madu, saya tanya dia.. adakah luahan saya ini benar? Dan dia katakan “ya”.

Dia tahu hutang nafkah kepada saya dan anak anak, dan dia tahu dia cemburu melihat kehidupan saya sekarang.

Sempat saya mohon maaf kepadanya kerana gagal menjadi isteri yang baik sepanjang kami berkahwin.

Sebab itulah untuk lengkapkan kekurangan saya, saya izinkan dia berkahwin lagi. Dia cuma angguk dan juga memohon maaf kepada saya.

Sahabat sekalian, buat masa ini saya akan menjadi pemerhati, adakah dia akan betul betul berubah atau masih menganggu emosi kami.

Sekiranya tidak berubah, seperti yang saya telah rancangkan, saya terpaksa memohon fasakh walaupun itu adalah jalan terakhir yang saya akan fikir.

Saya hanya ingin hidup tenang. Sebab itu saya ajar diri saya sentiasa positif dan tidak mudah marah.

Buat pengetahuan semua, bagi harta saya sendiri, saya telah hibahkan kepada anak anak.

Tapi bagi harta sepencarian, saya akan faraidkan seperti biasa. Tidak banyak pun harta bersamanya.

Yang pasti nasib anak anak saya akan terbela selepas saya tiada lagi didunia ini.

Terima kasih kepada semua sahabat IIUM Confession kerana sudi membaca dan memberi kata kata nasihat. Tidak terbalas rasanya untuk saya dan anak anak.

Semoga kita semua dilindungi Allah swt.

Reaksi Warganet

Ayu Hayati –
Umur nak dekat 50an patutnya tenang tenang je sebab anak anak dah besar, senang nak p travel sana sini.

Tapi tu lah, dia pilih nak ada anak Kecik kecik. Lepastu jeles pulak bini pertama duk rilek rilek, haha.

Siti Rosmiza –
Sebenarnya suami puan tu yang tiba tiba rasa menyesal. Bayangkan lah tiba tiba beranak kecik, kena besarkan, kerja kuat lagi.

Belah isteri pertama pun kena bagi perhatian jugak. Dengan bini no 2 surirumah.

Berasak asak didesak nak itu ini… dia tu mengharap puan bantu dia dengan madu tu sebenarnya, bantu dia ringankan apa patut.

Tu meroyan tak habis. Semoga tenang la kehidupan puan selepas ini

Nafisah Mamat –
Saya masih tetap mengatakan seperti dalam part 1. Lebih baik cari bahagia sendiri. Sebab emosi kita lebih tenang.

Walau nampak semuanya ok dalam luahan ini tapi ada satu rasa sayu jaudi sudut hati. Ikatan jiwa yg rapuh antara suami isteri.

Fitrahnya isteri, ingin rasa disayang dan dilindungii…

Kak Ain –
Sebenarnya ada nada sedih dalam confession ini, yang ditutup dengan kebaikan hati dan ulasan yang menampakkan rasional, ia baik untuk ‘kesihatan mental’ seperti kata confessor.

Tapi sebenarnya ia penyelesaian sementara. Tiada cinta yang mendalam daripada suami, tiada ikatan jiwa, tiada kesetiaan dan segala hak terabaikan. Malah dicemburui dan disakiti hatinya.

Sebenarnya bukan itu kehidupan yang setiap wanita idamkan.

Kita mampu menerima kekurangan fizikal dan kekurangan harta, tapi bila kekurangan rasa di jiwa dan kasih setia… Apalah maknanya kesabaran.

Fydd Arsat –
Buat suami TT.

Selagi hidup berhutang nafkah, tidak akan pernah aman dan tenteram jiwa tuan. Dunia dan akhirat jadi kacau.

Mohon belajar balik bab nafkah. Apalagi kalau dah ada dua cawangan.

Lelaki sebagai ketua keluarga, kalau misi kahwinnya lebih kepada nak dilayan sahaja, memang hidup akan kelaut dalam tuan.

Inilah dia orang kata, takde penyakit cari penyakit.

Nurul Millah –
Sebab tu pentingnya ada ilmu dan pendapatan sendiri. Bukan tak yakin dengan ketentuan Allah swt.

Well, kita kan kahwin dengan manusia yang bernama lelaki, yang selalu kalah dengan hawa nfsu.

Dugaan ke atas suami, juga dugaan ke atas isteri dan anak anak. Cuma, sebagai perempuan yang cerdik kita cuba mengurangkan kesan -ve kepada diri kita dan anak anak.

Anak anak tentunya terkesan dari segi emosi akibat perbuatan suami. Kita taknak anak anak terkesan juga dari segi ekonomi dan hidup serba kekurangan dengan mak yang mental tak stabil akibat perbuatan suami.

Syabas kepada puan. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan puan dan anak anak serta diberikan kesihatan, ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan kepada puan dan anak anak.

Noor Fatin Hazwani –
Buat TT, sending love and hugs.

Allah tarik cinta manusia yakni suami, saya bermohon dari jauh mudahan Allah berikan cintaNya buat puan.

Ketahuilah puan, cinta anak anak saat kita menginjak usia emas lagi berharga. Betapa rugi suami puan.

Benarlah nak gapai isteri solehah tu bukan melalui suami yang baik sedia warak. Kalau lah itu, mana ada mehnah dan ujianya untuk kita lebih dekat dengan Nya kan.

Disaat disakiti puan boleh melayan suami dengan baik pastinya kerana lillahitaala puan buat.

Doa saya dari kejauhan moga Allah gantikan segala duka, kesakitan dan kekecewaan puan dengan syurga yang paling indah

Sumber – Manisah (Bukan nama sebenar) via IIUMC


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *