Dah Habis Jawab ‘Exam’,Pelajar M3ningg4l,Kawan-kawannya Sedih Dan Tak Dapat Raih Pengambilan Slip Keputusan

Baru Habis Jawab ‘Exam’,Pelajar M3ningg4l,Kawan-kawannya Sedih Dan Tak Dapat Raih Pengambilan Slip Keputusan

SETIAP pelajar ada cara tersendiri dalam meraikan ‘kebebasan’ mereka selepas menamatkan alam persekolahan.

Menurut Mohamad Zaim Mohd Tajudin, 18, dia bersama rakan-rakan yang lain sudah berjanji untuk menziarahi pusara arwah rakan mereka di Tanah Perkuburan Felcra Nasaruddin, yang meningal dunia dua tahun lalu.

“Kertas peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri berakhir pada 10.30 pagi Isnin. Saya dan rakan-rakan, lebih 20 orang, kami dah berjanji sejak dua minggu lepas.

“Habis je last paper, kami bersalaman dengan cikgu dan terus pergi untuk menziarahi kubur dan baca surah Yassin,” katanya

Malah kata Zaim, dia juga sehingga kini tidak mengetahui dengan jelas punca kematian mengejut rakannya yang sudah lama dikenali itu.

“Saya pun tak tahu punca. Arwah meninggal pada tahun 2018. Dia ditemui dalam sebuah ladang. Saya pun terkejut dan memang tak sangka.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, biarpun sudah lama berlalu, dia masih ingat dengan jelas saat menerima berita duka mengenai sahabat yang dikenali sebagai Hadi itu.

“Masa tu saya tengah main futsal. Kemudian perasan dia tak ada. Tak lama kemudian ada orang datang maklumkan yang dia ditemui m3ninggal dun1a.

“Memang kami semua berhenti main futsal masa tu, menangis sebab terkejut. Biasanya arwah pun selalu main futsal dan akan menjadi penjaga gol,” imbas remaja itu lagi.

Menurut Zaim yang sudah tiga minggu bekerja sambilan di sebuah kedai cendol, arwah sering diingati kerana sikapnya yang ringan tulang.

“Dulu masa sekolah rendah saya sama kelas dengan arwah. Sekolah menangah kami belajar di kelas berbeza.

“Banyak kenangan, tapi saya paling ingat sebab dia rajin tolong orang. Dia banyak tolong kawan-kawan.

Menurut Zaim, idea untuk ke kubur itu sama-sama tercetus hasil perbincangan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelajar dua kelas berbeza iaitu kelas Landskap dan Seni Reka Tanda

Malah, mereka sempat membersihkan kubur allahyarham dalam kunjungan itu.

Jelas Zaim lagi, dia juga tidak memiliki gambar kenangan bersama kerana tidak menyangka rakannya itu akan pergi secepat ini.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:capuccinolatte.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Yang Subscribers Channel Admin. Admin Doakan Dimurahkan Rezeki Selalu. Aamiin. TQ (^_^)

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini