C̷inta Iqbal Terl̷alu Ku̷at, Vida Akh̷irnya Meng̷aku B̷akal Berkhw̷in Dan Ded̷ah Bila M̷ajlis Akan Berl̷angsung?

Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida tidak mahu terlalu mencanang soal hbngan cinta dengan bekas pembantu peribadi, Ahmad Iqbal Zulkefli kerana tidak mahu berdepan cemvhan ntizen.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 49 mengesahkan dia memang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Iqbal namun segalanya tertakluk kepada perancangan Tuhan.

” Saya sebenarnya malas nak beri komen sebab orang kita kuat mengata. Ada yang cop saya ged1k, tak sedar diri, kvbur dah panggil masih nak khwin. Tetapi soal jodoh inikan di ta­ngan Tuhan.

” Memang saya merancang untuk berkhwin tetapi ada beberapa syarat antaranya soal kesubvran dan anak-anak.

” Saya pun sudah beberapa kali melalui episod kegagalan rumh tngga, tidak mahulah perkara sama berulang,” katanya.

Nama Vida dan Iqbal kembali diperkatakan selepas bekas pembantu peribadinya itu mendedahkan hbungan cinta antara mereka terjaIin semula selepas beberapa tahun terputus.

Namun pendedahan Iqbal turut menerima kec4man dan krit1kan hebat warganet yang mempersoal keikhlasannya men­dekati Vida semula dan usia selebriti popular itu yang kini menghampiri 50 tahun.

Bercakap soal perkhwinan, setakat ini Vida masih belum ada tarikh khusus berikutan situa­si pandemik yang meruncing, namun dia tidak menolak majlis akan berlangsung dalam tahun ini atau awal tahun depan.

” Perancangan itu ada tetapi tunggu sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan situasi pandemik di negara ini beransur pulih. Saya pun sudah melakukan ujian kesuburan jadi kita lihatlah nanti ya,” katanya.

Ditanya bila hbungan yang terputus di tengah jalan sebelum ini kembali terjalin, jelas Vida, dia dan Iqbal tidak pernah berhenti bertanyakan khabar sesama mereka dan akhirnya, membuat keputusan untuk bersa­ma semula.

” Kami setiap hari bertanyakan khabar walaupun sudah putus hbungan sejak 2018. Lama-lama, kami jadi rapat semula dan insya-Allah, jika ada jodohnya bertemulah nanti di pelaminan,” katanya.

Terdahulu, Iqbal, 27, membuat pengakuan berhubung gosip percintaan dengan Datuk Seri Vida yang kembali hangat diperkatakan ntizen di laman sosiaI.

Iqbal turut tampil menjawab beberapa spekulasi dan mempersoalkan mengenai kriteria calon suami yang dinyatakan oleh Vida.

” Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keliru, dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

” Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu.

” Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

” Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu. Saya tahu dia nak khwin tapi tak yakin,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Vida memberitahu dia mahu seorang suami yang sama ‘level’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kukuh.

” Hubungan kami pernah bermasalah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan rapat semula. Setiap hari kami berhubung melalui panggilan telefon, berborak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi.

” Tapi sejauh mana hubungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah mengakui tentang hal itu… sejujurnya hati saya terhadap dia masih sama.

” Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkhwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja.

” Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkhwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia tr4uma dengan perkhwinan sebelum ini.

” Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa. Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih complicated… sayang itu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa,” katanya.

Sumber:utusan Via lamanhiburan

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini