Bunyi mntera suami dengar. Aku kurung dalam bilik. Takut anak nampak. Tengah malam, tiba2 suami cucuk2 di dapur

 

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca.

Seperti tajuk di atas, confession ni untuk aku berkongsi dalam masa yang sama mohon support, doa dan tips bagi yang pernah alami perkara sama.

Daripada apa yang aku faham, penyakit ni menyebabkan pesakit alami halusinasi dari segi visual, pendengaran, rasa.

Pesakit akan dengar, nampak dan rasa apa yang kita tak nampak, dengar dan rasa.

Husband aku di diagn0s menghidap penyakit schiz0phrenia beberapa bulan lepas.

So aku akan cerita kejadian sebelum dan selepas dia di diagn0s penyakit ni..

Sebelum diagn0s..

Husband aku dari seorang yang sayangkan family termasuk family aku, jadi panas baran tanpa mengira siapa.

Walaupun dengan adik lelaki aku, sedara mara. Dia suspek macam macam.

Kononnya aku ni ada buka aurat depan adik ipar. Bergurau yang tak sepatutnya dengan adik lelaki kandung sendiri..

Dan cemburu tiba tiba kononnya aku ada bercakap mesra dengan staf lelaki dekat tempat kerja. Sampai ada beberapa kali dia ajak bercerrai..

Dari penjelasan husband, dia ada dengar suara yang menghasut dia. Mengata buruk tentang aku sekaligus minta dia siasat aku masa aku dekat rumah parents aku.

Dan dia buat! Dia pegi siasat senyap senyap.

Kejadian lain, nampak binatang besar dalam sungai dan dia hampir terjun ke sungai yang dalam tu.

Kadang dia akan nampak biawak besar dan ini akan betul betul mengganggu dia.

Dia nampak di lantai penuh dengan binatang macam semut, ular..

Husband tak boleh tidur malam. Jadi setiap malam dia akan merayap naik motor. Masa ni, dia akan nampak macam macam.

Ada satu hari, dia jumpa aku. Katanya nak makan ubat tidur. Rasa diri tak betul…

So aku call kawan aku yang kerja di jabatan psikitri, dia suggest aku bawa husband ke hospital…

Fast forward, hari pertama temujanji psikitri, husband aku jadi triggered sebab doktor tanya banyak soalan.

Kebetulan aku tak dapat hadir sekali, sampai akhirnya dia call minta aku datang ke klinik..

Semasa di interview, Dr kata masih perlu di kaji simptom ni tetapi most likely schiz0phrenia..

Balik dari klinik, husband jadi stress.. Katanya dia malu nanti di panggil orang giila. Dia takut dengan masa depan dan kerja dia..

Husband aku mulanya dapat ubat resperid0ne 1mg..

Mula makan ubat, husband aku develop simptom seperti yang Dr explain pada kami.. Lidah mengeras, tangan kaku, mata mengantuk…

Anyway, overtime, badan adapt dan husband aku boleh cope up. Sekarang dose da cecah 3mg, sebab halusinasi tu masih ada.

Cuma husband aku biasanya tak ambik 3mg, dia cuma ambik 2mg sebab tak tahan dengan side effect..

So now aku nak cerita halusinasi yang dia cerita… ada yang aku rasa bertambah. Tapi ada juga yang berkurang atau terkawal..

Husband selalu nampak seseorang yang matanya semua hitam. Figure yang tak dapat dipastikan lelaki atau perempuan.

Dia nampak di kebanyakan tempat yang dia pergi.. Di pasar, di roadblock, di supermarket…

Husband aku tak takut, tapi dia jadi marah sampaikan pernah sekali masa tengah drive, dia decided untuk langgar figure tu… Nasib baik hilang…

Apa yang aku takut, memang wujud orang betul tapi dia nampak figure tu… Takut jadi kes langgar anak orang pulak.

So aku nasihatkan dia untuk kawal amarah dia…

Telinga dia selalu dengar bunyi mentera.. Katanya macam bunyi bacaan di kuil.

So bila dia dengar, dia akan tekup telinga, sujud… Telampau stress sebab rasa sangat terganggu…

Dulu waktu husband aku tak sedar, terperangkap dalam halusinasi tu, aku akan masukkan dia dalam 1 bilik.. Sebab aku tak nak anak aku nampak..

Jadi bila aku masukkan dalam bilik, dia akan dengar pulak hasutan. Suara gelakkan dia sebab kena kurung.

Ada jugak suara kata dia menyusahkan hidup aku dan family…

So biasa aku memang akan dengar bunyi sepak terajang dia dalam bilik. Baling baling barang.

Tapi aku terpaksa letak dalam bilik untuk elak anak anak nampak.

Yang kecik akan menangis, yang besar akan pergi dekat ayah.. Cuba pujuk ayah..

Apa dia tahu? Umur baru masuk tadika…

Pernah sekali, aku di dapur, si bongsu pergi pada ayah, bagi mainan. Minta ayah tolong dia nyalakan mainan tu.

Husband panggil aku, tapi aku lambat pegi sebab tengah cuci pinggan. Sekali aku dengar mainan tu dah di baling sampai pecah..

Husband aku tolak pinggan nasi yang dia nak makan sampai beterabur nasi.

Aku ambil anak anak. Letak jauh dari ayah dia. Aku pegang tangan dia, dan dia kilas tangan aku…

Bertahan aku.. Pujuk sampai dia lepas.. Menangis aku. Menangis anak…

Pernah juga, anak sulung aku melawak kononnya nak lawan dengan ayah guna kayu golf mainan tu.

Sekali ayah dia sepak… Nasib tak kena anak… Berlari anak sulung aku jauh dari ayah…

Aku tarik husband masuk bilik, bagi dia makan ubat. Lepas minum air, di baling cawan ke dinding…

Entah malam bila, aku tidurkan anak, aku hampir lelap sekali..

Tiba tiba dengar barang jatuh di dapur. Rupanya husband aku tak sedar. Dia pegang pisau dan cucuk cucuk chopping board tu….

Aku tangkap tangan dia… Loose kan pegangan dia pada pisau tu… then tepaksa sorok pisau tu…

So sekarang, bila keadaan dia tak ok, aku kena sorok barang barang tajam dekat dapur.

Actually, mental aku semakin break down.. Aku dapat rasa tu… Kadang aku tak mampu nak cope up dengan simptom ni.

Aku jadi stress, tak boleh control marah pada anak kadang kadang..

Anak yang sulung faham perubahan ayah dia… Bila dia nampak ayah dia lain, dia akan tanya, ayah nak ubat? Ayah sakit kepala ke?

Dan dia akan bagitahu aku, “ibu, ayah tak sihat.. Sakit kepala.. Kena bagi makan ubat…”

Husband aku pernah minta untuk aku bersama dengan dia ke tempat yang dia tak mampu nak pergi seorang macam tempat sesak atau supermarket.

Dia lebih confident bila aku ada… Sebab dia tak perlu nak berpura pura tak nampak apa dia nampak..

Dia akan bagitahu aku, dan aku akan verify benda tu wujud tak..

Cumanya aku perasan dia akan terperangkap dan tak mampu kawal halusinasi tu kalau dia ada konflik dengan aku atau dia stress di tempat kerja…

Macam aku cakap tadi, mental aku breakdown… Stress sebab aku tak boleh ada rasa marah pada dia..

Perasan aku kena kawal sepenuhnya atau nanti dia akan relapse.. Dan benda ni akan makan diri aku…

Seperti baru baru ni, aku terkejut tiba tiba husband jadi agresif pada anak yang nak bermanja dengan dia… Berubah muka anak sulung masa bagitahu aku…

Aku bawa husband ke bilik air, minta dia mandi… Makan ubat…

Dan aku pulak yang tiba tiba jadi telampau stress sampai tak mampu kawal emosi pada anak… Anak aku menangis. Tak bersuara…. Yesss.. Itu bukti dia sangat terguris dengan aku…

Dan untuk semua perilaku husband aku, bila aku jelaskan, katanya dia tak sedar walau satu pun….

Dia nampak anak, dia nampak aku… Tapi dia di dunia lain.. yang dia tak mampu kawal..

Parents kami sedia maklum penyakit ni, tapi mertua aku tak percaya husband ada sakit mental.

Katanya buatan orang atau gangguan… dan aku tak mampu nak explain semua pada family sebab solution yang di bagi, tak tenangkan aku….

Aku cuma nak bercerita.. Nak orang dengar saja… Sebab aku rasa aku pun akan hancur.

Walaupun tak ada yang nampak perubahan pada aku. Aku berdiri tegak. Muka tak ada perasaan… Tapi hakikatnya aku menangis…

Aku cari kekuatan.. Aku cipta angan angan. Untuk aku lupakan memori agresif husband aku…

Sampaikan aku hilangkan dia dari angan angan aku…

Kawan kawan… Bagi aku kata semangat… Kongsi dengan aku pengalaman korang.

So aku tau aku bukan paling sakit… Aku bukan paling susah….

Bantu aku untuk terus berdiri… Sebab aku takut perkara ni ganggu anak anak aku…

Maaf sebab cerita kejadian tu pendek pendek. Sebab aku tak reti nak elaborate panjang panjang.

Terima kasih semua yang baca..

Reaksi Warganet

Nyi Merah –
Kalau hospital memang itulah penjelasan.. Tapi demi Allah dik, akak merayu supaya kamu bawa suami untuk diruqyah.. Perlu awak ingat juga belum tentu sekali ruqyah sembuh..

Kadang bertahun, kadang macam macam orang yang kita jumpa dalam usaha merawat dia.. Sebelum awak kehilangan dia selamanya dalam kegelapan tu ikhtiar cepat.

Harus awak tahu juga. Perawat yang hebat tak semestinya ustaz, atau orang yang nampak hebat.

Biasanya orang berilmu hebat ni tak nampak pada pandangan mata biasa ni. Rajin rajinlah tanya orang.

Ini pengalaman saya sendiri yer. Alhamdulillah, saya dah semakin baik dan boleh bantu orang lain pulak dengan apa yang saya belajar.

Jangan percaya bomoh, nanti bertambah tambah jin yang di letak.

Kita sebagai hamba Allah, asas utama kembali pada Allah, solat malam, solat hajat, istikharah. Ubat yang paling ampuh..

Anna Kirana –
Anak kedua saya umur 19 tahun tapi dia anak istimewa. Berkelakuan macam suami puan..

Tapi saya tak pernah tau apa dia nampak apa dia rasa dan dengar. Sebab dia slow learner tak pandai nak cerita panjang.

Now baru saya faham kenapa tetiba dia mood swing. Marah marah dan mengamuk.

Juga Dr bagi dia bagi makan ubat tu 2mg. Dr kata dia bukan schiz0phrenia tapi psik0sis.

Saya setuju untuk bawak berubat cara Islam kerana ada kaitan semua tu.

Kami jenuh dah berubat, belum lagi ikhtiar sendiri tapi baik sekejap lepas tu mula balik.

As mom memang ada masa hilang sabar terutama bila dia merepek bukan buka dan mengamuk. Masih jumpa Dr tapi tetap juga ikhtiar macam macam.. Buat air yasin, pagar rumah.. Named it tapi baik sekejap nanti dia datang semula.

Saya berserah dan berdoa semoga dia akan baik seperti biasa dan tidak mencederakan diri dia.. Semoga urusan tt dipermudahkan..

Tapi nasihat saya bawa berubat.. Kita usaha cara lain.. Mungkin takkan baik terus sekurangnya buat dia bertenang

Neeta Zainol –
Kak. Kalau da baca mentera tu, saya takot ada orang hantar sihir dekat keluarga akak.. Saya rase akak kene pergi berubat dekat darus Shifa dan maintain bagi ubat hospital juga.

Satu lagi, anak anak tu dalam keadaan yang tak ok juga persekitaran macam tu. Kesian juga dorang.

Saya doakan akak selamat dan di permudahkan segala urusan. Akak pun kene Alert juga..

Takot jadi apa apa dekat akak dan anak. Bahaya sangat dia da pegang benda tajam dan tak sedar tu..

Khairunisa Rahman –
Adik saya macam ni puan. Tapi hanya auditory hallucination, tapi tak seteruk husband puan.

Ada time dia relapse dia akan duduk temenung sendiri berjam tetibe ketawa katenye ade orang bersembang dengn dia. Malam tak tidur and macam macam dia fikir sendiri ntah apa apa.

Waktu time macam ni saya akan suruh adik yang duduk sekali bukak surah al baqarah setiap hari.

Dalam 3 jam juga untuk rakaman tu habis.

Sebab sekarang susah nak buat appointment doctor psychiatry atau nak berubat dengan ustaz jadi saya amik pendekatan sendiri dulu. Saya ada background health jadi saya tahu level adik saya macam mana.

Al baqarah ni memang ustaz sarankan sebab ade hadis sahih kate syaiitan takkan masuk rumah yang ade bacaan al baqarah. Kalau orang yang berubat kena sihir pun ustaz sarankan bukak surah ni.

Orang orang yang mengalami masalah mental ni memang setan suke duduk dengan diorang. Alhamdullilah nampak jugak perubahan adik saya tu lepas dekat 2 minggu kami pasangkan surah tu.

Dia lebih tenang dan boleh turun bawah buat keje rumah. Tapi saya plan nak bawak juga pergi psychiatry and berubat cara Islam lepas PKP nanti.

Harap dapat membantu puan serba sedikit. Moga puan terus kuat ya.

Sumber – Me (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *