Buah Pinggang Semakin Bengk4k, Andi Bernadee M0hon Doa Dari Natizen Sebelum Dlbedah

Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee akan menjalani pembedahan bagi membuang batu karang di sebuah hospital di Lembah Klang, tengah hari ini.

Menurut laporan Astro Gempak, Andi atau nama penuhnya Andi Azrul Andi Mapangile​ mengadu sakit di bahagian perut dan sekitarnya sebelum disahkan mengalami buah pinggang bengkak.

“Sebenarnya dah lama rasa sakit di sekitar perut sehingga ke bahagian pinggang, tapi Sabtu lepas ketika berada di sebuah acara di Shah Alam, tiba-tiba rasa sakit sangat.

“Saya bersama pengurus bergegas ke klinik berhampiran dan terima suntikan, dapat bertahan sikit. Lepas waktu berbuka puasa, sakit tu datang balik dan terus ke hospital.

“Doktor kata buah pinggang saya dah bengkak dan perlu menjalani pembedahan dengan segera,” kata penyanyi berusia 30 tahun itu.

Penyanyi lagu Donde itu berkata, ini adalah kali pertama dia dimasukkan ke hospital selain memohon doa orang ramai agar semuanya berjalan dengan lancar.

Sebelum ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu mendedahkan dirinya menjadi mangsa dengki sehingga disihir dipercayai perbuatan seorang wanita dan masih dalam proses untuk sembuh.

SUmber: Cari

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini