Bila suami ambil ay̷am, mertua r̷ampas dan cakap itu b̷ahagian ab̷ang ipar suka

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku dengan suami dah 7 tahun kahwin. Alhamdulillah kehidupan kami bahagia, dan kami dikurniakan 2 orang cahaya mata. Aku anak bongsu dan aku dari keluarga yang agak berada. Tapi abah aku dah meninggal 4 tahun lepas. Suami aku pulak anak ke 9 dari 13 bradik dan bukan lah dari keluarga berada.

Tapi kehidupan kami terganggu dengan masalah orang lain. Suami dengan aku gaji tak lah besar sangat. Cukup cukup makan je, sebab buat bisness sendiri. 7 tahun aku kawin ni aku banyak makan hati dengan family suami aku.

Ye suami aku tak mampu nak bagi duit cash macam anak anak lain setiap bulan, tapi setiap kali kiteorang pergi rumah mak mertua mesti suami aku bagi 30 ke 50. Kiteorang pergi pulak dalam 4 hari sekali sebab jarak rumah dekat je. Tapi diorang tak nmpak tu, still kutuk kutuk suami aku dari belakang. Sebab jenis suami aku, bila bagi pun diam diam je. Tak kecoh dalam group family.

Bila kiteorang takde duit pun kiteorang diam, tak minta dengan sapa sapa pun. Masalah sekarang, kami tak meminta minta pun salah. Family suami aku ingat kan bila kiteorang tak mintak mintai tu kiteorang bnyak duit tapi saja tak nak bagi dekat mak mertua aku.

Diorang ingat hidup kami mewah sebab tengok aku beli mainan macam macam dekat anak anak aku, dapat beli makanan yang sedap sedap. Dan tengok kehidupan kami takde apa apa msalah. Sebenarnya kami ada je masalah. Cuma kami tak tunjuk, yelah manusia mana yang takde masalah kan.

Ni suami aku sakit kepala sangat. MIL aku suruh kiteorang support 3 orang adik dia nak kahwin tahun ni dan tahun depan. Siap suruh sponsor dalam 8k untuk renovate rumah tambah bilik untuk diorang yang nak kawin tu.

Suami dah cakap nak kawin biarlah diorang usaha sendiri. Sampai bila nak kena tolong. Nanti nanti dah kawin ada anak takkan suami aku jugak kena tanggung. Lpas suami cakap macamtu mak mertua aku trus tak layan kami dengan mesra dah.

Dan setiap kali rumah MIL aku rosak ke ape ke memang suami aku yang akan tolong repair. Ye la dah tak dapat tolong dengan duit, tolong dengan tenaga. Suami aku ada sorang abang dekat rumah mak mertua aku yang reti tido makan mintak duit, mengarah je. Dia la yang termasuk 3 orang nak kawin tu. Abang suami aku tu suka marah marah mak mertua aku, bila mak mertua aku masak.

Kalau tak kena dengan selera dia memang dia membebel tak berhenti. Ada dekat rumah tapi takde function, ada hati pulak nak kawin. Tapi walaupun prangai macam tu MIL aku tetap sayang dia. Pernah sekali tu masa kiteorang makan sama2, suami aku ambik ayam bahagian yang abang ipar aku suka. Tapi mak mertua aku ambik balik ayam tu dari pinggan suami aku dan cakap. “ni bhagian abang” dan simpan.

Bila suami aku mintak mak mertua masakkan makanan kesukaan dia, macam macam alasan mak mertua aku bagi tak nak buat. Kadang kadang anak rindu masakan ibu sebab tu suami aku requst. Sekarang dah seminggu tak pergi rumah mak mertua. Last pergi baru ni dia nak layan tak layan je kiteorang min.

Salam pun tak disambutnya, bila bercakap dia sindir sindir je sebab suami aku tak nak support anak anak dia nak kawin. Suami aku sedih sangat. Dia cakap dia berdosa kecikkan hati mak dia. Semalam dia nangis sambil peluk aku. Dia cakap dia dah tak mmpu nak puaskan hati mak dia.

Dari kecik lagi dia tak disayangi macam anak anak lain sebab dia gelap sikit dari adik beradik dia yang lain.

Reaksi Warganet

Deeya –Awak kena support suami. Bagi dia rasa disayangi. Elok la duduk jauh dari keluarga dia tu, senang sikit. Hati suami pun takkan disakiti. Jangan sesekali support orang lain nak kawin ok. Jangan layan permintaan mak mertua tu.

Cakap dekat suami, tak payah bagi duit untuk orang lain kawin sebab kalau dia bagi pun, mak dia tetap akan layan dia acuh tak acuh juga.

Azlina Yahya –Ye la, pindah pergu jauh sikit la. Kesian suami awak. Abaikan je MIL macam tu. Suami awak sepatutnya cakap takde duit. Duit cukup cukup untuk keperluan je. Bukan pertikaikan adik beradik yang nak kawin tu walaupun suami awak betul.

Sebab MIL awak tu ingat suami awak banyak duit tapi kedekut. Tu orang tua tu kecik hati. Pasai pilih kasih tu patut suami awak tegur terang terang je tapi dengan nada sopan. Asalkan tidak dicop derhaka sudah…
Buat baik selagi boleh tapi kalau salah tetap kena tegur walaupun ibu.

Kurangkan balik umah MIL, bila dah sejuk balik lah.. Sebab kita mencari keredhaan Allah biarpun dizalimi. Doa banyak banyak. InsyaAllah.

Zie Rozita-Bab ayam yang di ambik balik dari pinggan tu rasa sedih lakk dengar. Ada jugak jenis mak macamni. Anak anak makcik ni ada 3 orang. Kalau merebut ayam tuu lantak korang laa. Makcik tolong gelak je. Sekarang kalau beli kepak, semua kepak sampai 12 ketul. Tak payah nak rebut lagii.

Joyah Salimi – Agak agak lah ayam dah masuk pinggan pun dia pergi angkat balik. Janagn persoalkan kalau anak buang mak bila dah tua nanti. Sebab perangai mak musibat macam ni lah yang suka beza bezakan anak. Dah korang pun laki bini tergedik gedik nak pergi sana untuk dilayan seperti hamba pastu mengeluh dah kenapa? Dah orang tak suka, dah musim PKP, dok rumah jelah diam diam. Dok gatal merayau rayau.

Noraizan Ali –Pindahlah. Sementara suami memang dah terfikir nak pindah ni, biar jauh sikit. Kalau boleh selang 3, 4 buah negeri. Biar susah nk blik.

Tang adik beradik kawin tu, jangan sponsor. Sape gatal nak kawin suruh dia kumpul sndiri duit. Takat sponsor sikit takpe lagi. Ni melampau, siap nak suruh renovate bagai. Cakap je, sape yang nak buat tambah bilik tu dia lah yang bayar. Cakap awak tak perlu pun bilik tambahan tu. Moga dipermudahkan segalanya nanti.

Sumber : Kisah Rumah Tangga. Kredit edisimedia