Bila masak, nasi lauk dibiar sampai basi. Aku kata pada suami. Slow dia balas. Igat aku tak dengar. Sedihnye lah

 #Foto sekadar hiasan

Sebumbung, Tapi Bukan Sebantal dan Sekatil

Aku tak tau hendak dimulakan bagaimana. Yang pasti kini jiwa dan emosi aku meronta ronta untuk aku pergi dari semua ini.

Ya.. aku sekarang mula menyalahkan dirikan aku. Aku kerap katakan pada diri akulah puncanya.

Aku sering kali menangis dengan mudahnya dan kerap sekali tangisan hingga kadang kala hampir setiap pagi buta aku akan terjaga dari tidur dan mengenang nasib diri diperlakukan sebegini dan sehingga kini..

Sudah 9 tahun usia perkahwinan kami, dan telah banyak juga dugaan yang menyinggah ke dalam mahligai yang dibina sehingga kini.

Awalan perkahwinan sahaja sudah menunjukkan kaum kerabatnya tidak menyukai diri aku.

Apabila disuarakan dan diberitahu pada suami, pasti perkataan ini yang keluar dari mulutnya “Awak ni suka fikir yang bukan bukan la. Mana ada mereka tak suka awak.”

Kita ni bukan budak kecil yang tidak memahami maksud percakapan orang yang suka memerli untuk menyakitkan hati.

Sudah banyak kali aku diperlakukan begitu dan aku cukup faham.

Setiap kali aku mengadu pada suami, belum pun habis berkata kata, dia akan potong cakap aku dan berkata alasan yang sama tanpa mendengar habis segala rasa yang terbuku di hati.

Haha.. begitulah aku diperlakukan suami.

Selama 9 tahun usia perkahwinan kami, Boleh dikira dengan jari berapa kali kami duduk berbincang berdua untuk capai kata sepakat.

Sepakat ke?

Biasanya dia tak mahu mendengar sampai habis pun. Dalam rumah kami jarang bercakap. Dia?

Balik kerja dengan handphone ditangan sahaja. Kalau keluarga belah suami datang pasti mulutnya bak bertih jagung bercerita itu bertanyakan ini.

Kadang aku lihat sampai jam 3 pagi pun masih sanggup menghadap mereka bercerita Itu Dan ini.

Aku?

Tidak pula dia berbuat begitu. Kami bagai orang asing dalam rumah sendiri. Jarang bercakap. Biasa yang ditanya perihal anak.

“Anak dah makan?”. “Masak Apa harini untuk anak anak?”

Bercakap mengenai masakkan, yang aku kerap diperlakukan di mana banyak kali lauk pauk dan nasi basi begitu sahaja tanpa di makan suami Dan anak anak.

Penatnya masakkkk… tetapi penat lelah tak dihargai.

Pernah aku menangis disebabkan hal ini, aku pernah kata aku merajuk aku tak mau masak lagi. Dan aku pernah juga berkata pada suami,

“Saya tau la saya masak tak sesedap mak awak, sampaikan lauk semua ni basi tak dimakan”.

Dan dia menjawab dengan perlahan kononnya dia fikir aku tak mendengarnya. Padahal jelas sekali ayatnya dilontarkan perlahan.

“Tahu pun!”. Sedihnya… sedih teramat sangat.

Jika memang betul bak dikata, sebagai suami tidakkah kau menjaga sedikit perasaan dan hatiku?

Aku tau aku bukan yang terbaik buat kamu, Tapi aku cuba buat yang Terbaik. Kata kata kamu menambahkan duka dalam hati ini.

Pulang kerja handphone setia ditangan kamu. Anak anak juga kamu jarang bermain dengan mereka.

Aku? Aku lagi lah suami tak diajak bersembang. Bukan aku tak pernah mulakan dulu perbualan Dan perbincangan.

Tapi kerap kali itu juga kata kata aku dipotong tanpa mendengarkannya sehingga habis aku bercerita.

Seperti biasa… ya… seperti biasa seperti sebelum ini juga sama aku diperlakukan.

Pernah juga dia berkata “Dah la yang, banyak lagi benda saya nak pikir dari benda benda remeh macam ni!”…

Remeh? Pada dirinya mendengarkan semua itu remeh dan menyerabutkan kepala dia. Habis aku? Aku tak bekerja, hanya surirumah sepenuh masa.

Pernah aku suarakan keinginan aku untuk bekerja. Tapi dia membalas anak anak masih kecil, nanti anak anak terabai dan anak anak perlukan perhatian aku.

Sudahnya aku berkorban dan membatalkan hasrat aku untuk bekerja Demi menuruti kehendaknya.

Dia bekerja sekurang kurangnya dapat menghiburkan hati dengan berjumpa orang luar atau kawan kawan untuk bersembang sedikit sebanyak.

Tapi aku? Aku cuma ada dia dan anak anak. Aku? Tempat berbicara pun tiada. Aku perlukan dia… untuk meluah rasa Dan cerita. Tapi aku tak dipedulikan sama sekali.

Malam hari suami aku akan tertidur kepenatan. Hari hari begitu. Tempatnya adalah di sofa di hadapan tv.

Setiap kali aku bertanyakan kenapa tidak masuk tidur dikatil. Dia akan menjawab dia kepenatan sehingga tertidur di situ.

Aku diperlakukan bagai seorang “PEL4CUR”. Datang bila nfsu kamu memuncak pada aku, selesai dari itu… sofa juga pilihan kamu melelapkan mata. Waktu aku demam tidak sihat juga suami meinginkan untuk diranjang.

Apa tidak kasihankah kamu dengan keadaan aku yang tidak berdaya. Apa erti hidup serumah dan berumahtangga jika ini yang berlaku dalam mahligai yang dibina.

Banyak sungguh yang aku ingin coretkan tetapi setiap patah ayat aku ukir disini diiringi juraian air mata.

Masalah ini juga aku pernah cerita kan pada ibuku. Sekejap sahaja suami berubah. 2-3 minggu kembali kepada tabiat Dan rutinnya yang asal.

Hingga kini hampir 4 tahun aku diperlakukan sedemikian.

Sudah suarakan Dan dibincangkn dengannya. Tapi seperti biasa juga bak mencurah air ke daun keladi. Sia sia sahaja.

Aku tertekan Dan ada kalanya aku berdoa semoga tuhan percepatkan untuk mengakhiri hayatku di dunia.

Sebab aku rasakan aku tak sanggup hadapi setiap dugaan sebegini lagi Dan lagi.

Ampunkan dosa dosa hambamu ini Ya Allah kerana telah ber fikir dan meminta yang bukan bukan pada mu…

Aku hanya perlukan suamiku yang dahulu waktu kami mula mula bercinta dahulu yang sanggup mendengar aku. Yang melayani aku seharusnya dan selayaknya insan bernama isteri.

Sebelum aku memilih untuk tak bertahan lagi dengan semua ini.

Reaksi Warganet

Nur Hela –
Cari kerja. Cari pengasuh. Kalau dia cakap sapa yang izinkan awak kerja ni? Jawab balik “Laa awak masih suami saya ke ? Macam tak je. Saya hidup macam tunggul je dalam umah ni”

Haa gitu. Buat keras je sis. Lelaki awak ni suka awak terhegeh hegeh dekat dia. Jual mahal je sekarang ni.

Dah ada income esok awak tengoklah. Layanan dia mesti lain. Jantan begok!

Aini Mohd –
Ujian dalam rumah tangga ni berbeza beza. Apabila mengharapkan kepada manusia maka kita akan kecewa.

Kita tak boleh mengharapkan suami berubah atau cuba mengubah perangainya. Hatinya Allah yang pegang.

So perbaiki hubungan dengan Allah, mengadu kpdNya maka insyaAllah semuanya akan bertambah baik.

Karmila Yusof –
Kalau hati kata nak lari, dan keadaan memaksa untuk lari… maka angkatlah kaki.

Walaupun bukan untuk “berpisah” tapi minta lah izin untuk keluar sebentar ambil angin segar.

Tak perlu jauh, mungkin boleh minta 2 hari untuk balik kampung sekejap… fikir semasaknya.

Buat keputusan untuk diri sendiri.

“Happy wife, happy life”

Nurulaishah Mohammad –
Love yourself 1st sis.. Kalau masak tu melelahkan dan ganggu emosi tak payah masak sis, makan kat luar je hari hari or masak apa yang anak makan je, suami balik keje sis ajak suami makan kat luar.

Belajar gembirakan diri sendiri, cari hobi menjahit ke berkebun ke. Petang bawak anak main playground or kat luar.

Kalau boleh drive keluar sendiri shopping or makan kat luar kalau suami tak nak layan. Cuba berkawan dengan jiran buat teman berborak.

Bab henfon dan tido sofa kene bagitau suami, buat peraturan rumah yang both of u kene ikut eg: no henfon depan anak, mesti tido dalam bilik etc (ni susah sikit sbb kne duduk bincang dan suami kene setuju)

Finally, wujudkan 1 masa yang whole family berkumpul cth: jemaah maghrib/isyak sama sama masa solat usually xde la ada fon sama kan so boleh la nak borak hati ke hati masa tu..

Semoga dimudahkan ye, don’t give up

Siti Norseeha –
Risau tt ni boleh dapat kemurungan. Macam dah ada tanda tanda.

Please seek help. 4 tahun tu lama tau. Suami macam ni memang kena tanya balik kenapa dia kahwin dengan tt pada awalnya? Nak siksa anak orang ke apa..hmm

Hopefully janganlah bertambah lagi anak tu. Anak yang sekarang ni mesti dah besar sikit kn? Try la request untuk cari kerja semula.

Build your self confidence. Find your own money.

TT ada ayah lagi tak? Kalau ada, bagitaulah pada ayah ibu tt. Andaikata suami tu dah taknak jaga TT elok elok, bincanglah keputusan yang sewajarnya.

Semoga Allah bantu tt untuk ambil tindakan yang sewajarnya

Sumber – Elvira (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *