Biarpun ramai mmber pat4h smangat pers0al pilihannya tapi pemuda ini tetap kej4r kerjaya tak gIamor demi pertah4n legasi bapanya

Muhammad Na’im Md Zaki, 23, meminati bidang penternakan sejak kecil lagi dan kini bangga menjadikan ia sebagai kerjaya.

“Saya minat dari umur 10 tahun. Dulu selalu tolong ayah uruskan lembu. Tapi selepas tamat sekolah, saya ada buat kerja lain. Dulu saya bekerja pasang meter elektrik.

“Tapi sewaktu buat kerja lama pun, saya memang cari duit untuk bela lembu, memang target nak ke arah bidang itu. Sekarang ada dalam 15 ekor lembu di ladang dan ada seekor lagi di rumah.

“Sekarang ayah dah tak uruskan lembu. Saya pun nak hidupkan tanah yang terbiar tu. Saya buat perniagaan ini sendiri secara sepenuh masa bermula tahun lepas,”

Mesra dipanggil sebagai Na’im, dia yang menetap di Felda Lakum, Lanchang, Pahang tidak terlepas menerima soalan berkaitan kerjaya pilihannya itu.

Na’im menguruskan sebuah ladang lembu sebagai kerjaya utamanya.

Malah, ada yang turut memandang rendah haluan yang dipilihnya, yang mana ia berbeza dengan kerjaya pilihan rakan-rakan lain.

“Memang selalu dapat pertanyaan begitu. Orang tanya, tak ada kerja yang lagi bagus ke? Memang ada yang pandang rendah.

“Sebab saya tak pakai smart, tiada uniform mahupun baju kemeja. Pagi ke petang pakai baju buruk je.

“Tapi saya juga ada dengar cerita kawan-kawan yang kerja di luar. Mereka mengeluh tak cukup makan.

“Tapi saya tak pernah ambil hati. Segala tanggapan orang, saya jadikan ia sebagai pembakar semangat. Bagi saya, apa kita nak buat, kita kena hadap. Tolak tepi yang negatif,” ujarnya lagi.

Paparan skrin video yang dikongsi di TikTok.

Dalam pada itu, anak ketiga daripada lima beradik itu turut bersyukur apabila video berkenaan kisah hidupnya yang dikongsi di TikTok sehingga kini meraih lebih 70,000 tontonan.

Selain memuji sikap anak muda sepertinya, ramai netizen turut mengajukan soalan mengenai cara untuk memulakan bisnes penternakan.

“Saya kongsi video di TikTok untuk beri inspirasi. Ada kawan-kawan saya yang bela lembu, mereka patah semangat gara-gara mulut orang. Jadi saya buat video ini untuk mereka. Untuk bagi semangat.

Na’im tak sangka video dikongsi menjadi tular di TikTok.

“Alhamdulillah tak sangka ia viral. Syukur dengan segala respon netizen. Ramai juga yang tanya macam mana nak mula bela lembu, bagaimana nak jana pendapatan bulanan dan sebagainya.

“Ramai juga yang request minta saya tunjuk ajar mengenai kaedah bela lembu. Saya memang terbuka untuk berkongsi pengalaman dengan mereka. Saya terkejut ramai yang berminat sebenarnya.

“Adik-beradik saya yang lain dah keluar dan tinggal berasingan. Sekurang-kurangnya saya pilih kerjaya ini, saya boleh tengok mak ayah sekali di kampung.

“Ayah saya pun gembira apabila saya minat untuk teruskan apa yang dia buat selama ini,” ujar Na’im lagi.

Sumber: mstar / Via videoviral

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Yang Subscribers Channel Admin. Admin Doakan Dimurahkan Rezeki Selalu. Aamiin. TQ (^_^)

kalau sudi Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini