Biarpun Dulu Hantar4n Hanyalah RM6k,Tapi Isteri Sel4mba Redah Sungai Tangk4p lkan

Bila bercerita soal hantaran, pasti ramai gologan lelaki yang akan gelabah jika jumlah yang diletakkan tinggi. Lebih-lebih lagi di zaman sekarang, ramai pihak yang lebih pandang taraf pendidikan sebelum mereka langsungkan perkahwinan. Namun hakikatnya, perkara tersebut bukanlah ukuran sebenar yang akan menjamin kebahagiaan pasangan.

Pulun bantu bapa mentua. Selamba redah sungai cari ikan

Menerusi sebuah perkongsian di Twitter, Melalui akaun saudara Firdaus Ibrahim telah berkongsi video dimana isterinya yang rajin ‘pulun’ membantu bapa mentua. Berbeza dengan wanita lain, dapat dilihat dia selamba saja meredah sungai untuk menolong tangkap ikan.

Semua boleh buat, turun sungai pun
sama. Macam manalah aku boleh dapat hantaran RM6k

Pada mulanya mereka sekeluarga menaiki sampan, tapi tidak lama
selepas itu mereka masuk pula ke dalam sungai pula. Disebabkan itu, Firdaus sempat berseloroh jika beginilah suri hatinya yang boleh lakukan pelbagal perkara termasuk juga rutin lasak seperti ini, jika seperti ini dia tidak kisah jika demand harga RM20k untuk hantaran mereka sewaktu awal berkahwin dulu.

Ni baru valid RM20k, yang lain letak tinggi tapi masak pun tak reti

Ramai netizen yang terpegun melihat kehebatan isterinya yang serba boleh itu. Malah mereka juga turut bersetuju jika hantaran jumlah yang setinggi itu ditawarkan kepada calon isteri seperti yang ada dalam video ini, dan bukannya sekadar bergantung atas tahap pendidikan sahaja.

Sumber: Twitter zafidos, viralnewsupdate.com