Berapa Minit Je Lagi Nak Iftar, Wanita Sedlh Makanan Beli Kat Bazar Le$ap Dicvri (VIDEO)

Suda kebiasaannya ketika bulan puasa, setiap orang akan berusaha untuk membuat kebaikan. Jika tidak dapat membantu orang yang susah sekalipun, paling tidak sekurang-kurangnya mesti belanja ahli keluarga juadah berbuka. Namun siapa sangka, masih lagi wujud pihak yang tidak berperikemanusiaan di bulan yang mulia ini.

Luahan persiapan berbuka jadi tumpuan ramai. Baru keluar dari farmasi, tak sangka boleh berlaku

Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang memaparkan luahan seorang wanita dengan persiapan berbuka puasanya, telah menjadi tumpuan ramai di TikTok. Menurut Puspa Wafiy, kejadian itu hanya disedarinya selepas sahaja keluar dari sebuah farmasi.

Baru tinggal makanan sekejap dalam

raga. Tahu-tahu dah lesap.

Beberapa juadah makanan yang ditinggalkan sekejap di dalam raga
motor, dan alangkah terkejutnya wanita berkenaan apabila kesemuanya telah ‘lesap’ dan apa yang tinggal hanyalah air kelapa sahaja. Pada ketika itu, dia pun berasa sebak oleh kerana waktu berbuka hanya tinggal beberapa minit lagi. Namun nasi sudah jadi bubur, Puspa pun akhirnya redha dan dia anggap kesemua itu hanyalah sebagai satu sedekah pada bulan mulia.

@puspawangirauza

Kisah 645 petang ðŸĨšðŸĨš bertabahlah

♮ original sound – PUSPA GOMEN – PUSPA GOMEN

Tak apa kak, redhakan hati niat sedekah je. Zaman sekarang memang tak reti fikir orang lain

Melihat di sudut komen pula, ramai diantara netizen turut simpati dengan nasib wanita tersebut. Dalam pada itu, mereka juga turut menasihati Puspa supaya kekal positif dan menganggap bahawa mungkin la bukan rezekinya.

Sumber: TikTok puspawangirauza, viralnewsupdates.com