Baru seminggu berpantang anak kembar, akak tiba2 minta kami datang. Mak meraung2, kami terkejut besar melihat

 #Foto sekadar hiasan

Nafsu Serakah

Asalamualaikum dan salam sejahtera warga pembaca semua.

Aku nak share satu cerita yang dah bagi kesedaran dekat diri aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah kepada 5 orang anak.

Mungkin apa yang aku sampaikan ni ada yang tak boleh terima, baik lelaki mahupun perempuan.

Cerita aku agak kejam dan jijik kalau kamu semua baca sebab ini berkaitan dengan aruwah kakak aku yang dah setahun lebih meninggalkan kami sekeluarga.

Ceritanya bermula bila aruwah kakak aku berkahwin dengan seorang lelaki yang boleh dikatakan sempurna dimata dia dari segi kerjaya, harta dan paras rupa.

Setahun lepas mereka berkahwin, aruwah kakak aku disahkan mengandung anak kembar.

Nak jadikan cerita, doktor sahkan aruwah kakak aku ni kategori “high-risk pregnancy” sebab dua kali dia tumpah drah yang berpunca dari suami dia sendiri.

Doktor dah nasihatkan suaminya masa tumpah darah kali pertama jangan “sentuh” kakak dan diminta berpuasa menahan keinginan suaminya itu tapi suaminya tak pedulikan arahan doktor.

Pada dia, doktor hanya sembang kosong dan kakak pula hanya mendiamkan diri sebab kakak saya memang jenis tak melawan sejak dia berkahwin dengan lelaki tu.

Aruwah kakak memang jenis yang kuat berahsia dari semua orang termasuklah saya adiknya yang paling rapat ni.

Sampailah hari dia melahirkan anak kembarnya.

Terjadi satu insiden dimana seminggu ketika aruwah kakak sedang berpantang, suaminya pulang dalam keadaan marah dan telah melakukan perbuatan yang tak boleh kami sekeluarga maafkan sampai sekarang.

Aruwah kakak berpantang dirumahnya sendiri atas permintaan suaminya.

Mulanya kami sekeluarga tak bersetuju dengan cadangan suaminya sebab itu kali pertama aruwah kakak bersalin dan berpantang sebab aruwah kakak tiada pengalaman.

Tapi suaminya berkeras dan mengatakan bahawa dia dah bayar Confinement Lady (CL) untuk jaga aruwah kakak.

Suatu malam ketika suaminya pulang ke rumah dalam keadaan marah, aruwah kakak tengah tidurkan anak kembarnya masa tu.

Suaminya memaksa aruwah kakak “melayan” dia ketika kakak dalam keadaan tak sihat sebab hari aruwah kakak bersalinkan kembarnya.

Doktor bagitahu yang aruwah kakak banyak kehilangan drah dan banyak koyakkan “dikawasan” bersalin.

Aruwah kakak menolak permintaan suaminya dengan baik tapi suaminya tak pedulikan apa yang aruwah kakak katakan.

Dia tetap dengan keinginannya memaksa aruwah kakak melayani nfsu binatangnya.

Siapa yang tengok cerita lakonan Emma Maembong tu pasti dapat bayangkan apa yang aruwah kakak saya rasakan.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku ini. Niat aku bercerita ni hanya nak sedarkan masyarakat, terutamanya kaum aku sendiri supaya sentiasa berfikiran waras ketika isteri sedang mengandung ataupun berpantang.

Malam sebelum aruwah kakak pergi meninggalkan kami, aruwah kakak sempat hantar mesej meminta aku dan sekeluarga datang ke rumahnya.

Masa tu kami memang tak fikir apa apa sebab kami semua fikir yang kakak rindu dekat keluarga.

Malam ketika kami sampai, jiran sebelah rumah aruwah kakak datang berjumpa dan bagitahu yang anak anak aruwah kakak tak henti henti menangis.

Kami tak fikir panjang terus masuk rumah mencari aruwah kakak dan anak anaknya.

Rumah masa tu gelap. Hanya lampu dapur dan lampu ruang tingkat atas je yang menyala. Suami kakak masa tu tiada dirumah.

Bila mak kami terjah bilik kakak, mak kami meraung menangis memanggil aruwah kakak.

Rupanya bila kami masuk bilik aruwah kakak, kami sekeluarga terkejut melihat keadaan aruwah kakak yang dah tak sedarkan diri dalam keadaan katil yang penuh drah.

Aku tak banyak cakap aku terus call ambulans dan polis untuk meminta bantuan mereka.

Bila MA datang check keadaan aruwah kakak, MA bagitahu yang aruwah kakak dah meninggal 2 jam yang lepas akibat pendrahan yang terlalu banyak.

Aku cuba call suami aruwah kakak berkali kali tapi tak dapat.

Dekat situ aku mula syak sesuatu dan tak sedap hati sebab polis kata rumah kakak aku tiada kesan pecah masuk.

Tapi polis jumpa 1 buku catatan atas nama aruwah kakak dan polis ambil buku serta handphone aruwah kakak untuk dijadikan bahan bukti.

Polis terus minta maklumat suaminya dari kami dan kami beritahu semuanya tanpa sorok segala jenis maklumat. Doktor yang merawat aruwah kakak juga dipanggil untuk bantu siasatan.

Selepas 2 minggu Polis uruskan kes aruwah kakak, akhirnya pihak mereka berjaya memberkas dalang segala punca kematian aruwah kakak.

Rupanya orang tu suami kakak sendiri.

Dia diberkas ketika cuba melarikan diri dari “road-block” dikawasan utara tanah air.

Orang tua kami tak sangka yang menantunya sendiri tergamak buat aruwah kakak sebegitu rupa.

Hasil siasatan terhadap suaminya, pihak polis terangkan kepada kami punca suaminya bertindak begitu gara gara angkara video tips layanan batin yang dia dapat dari socmed.

Dan polis juga ada tunjuk mesej terakhir yang aruwah kakak dapat dari suaminya.

Yang aku ingat mesejnya seperti ni, “Kau mengandung ke berpantang ke, sakit atau tak, kau tetap kena layan nfsu batin aku.

Kalau tak, aku tak redha dan kau akan berdosa seumur hidup kau. Kau akan jadi isteri ahli neraka”.

Rupanya selama ni aruwah kakak dilayan seperti binatang oleh suaminya. Kalaulah dari awal aku tahu suami dia macam tu, aku dah tibai suami dia cukup cukup.

Ya Allah, sampai sekarang aku rasa diri aku seorang lelaki yang tak berguna sebab tak mampu lindungi kakak sendiri.

Remuk hati aku bila tengok keadaan aruwah kakak. Aruwah kakak satu satunya anak perempuan dari kami 6 beradik.

Setahun lepas kejadian tu, mak aku jatuh sakit sebab tak boleh terima apa yang jadi pada aruwah kakak.

Ayah aku pula meninggal akibat serangan jantung 2 bulan lepas kakak meninggal.

Kalau korang dekat tempat kami sekeluarga, tak tahulah macam mana korang nak hadap situasi ni.

Anak kembar aruwah kakak dijaga oleh kami sekeluarga sepenuhnya dan ayah kepada si kembar ni telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mti akibat perbuatannya terhadap aruwah kakak.

Rumah yang menjadi tempat tinggal aruwah kakak juga telah kami jual sebab tak nak ingatkan kejadian tu. Terlalu perit untuk kami terima.

Sampai sekarang kejadian tu masih terbayang bayang dimata kami sekeluarga.

Di sini aku cuma nak sampaikan sesuatu. Tak salah nak share apa sekali tips ilmu rumah tangga, lagi lagu perihal layanan batin.

Tapi yang salahnya korang share tips tu tak sepenuhnya. Ilmu tu tergantung dekat situ je.

Tak semua orang faham apa yang korang cuba sampaikan. Lagi lagi bagi kaum tu kaum aku sendiri.

Dalam hal ni, bekas abang ipar aku ni “mengaji” tak habis sebabkan tengok video2 yang orang share dekat socmed tu.

Dalam masa yang sama, kita sebagai lelaki tolonglah ada “common sense” dalam hidup kita ni.

Aku sendiri pun 5 kali isteri aku bersalinkan anak anak aku. 5 kali tu juga aku tak pernah tergamak nak “sentuh” isteri aku selama dia berpantang. Aku bagi dia rehat 100 hari..

Kalau isteri aku “minta” pun aku akan tolak baik baik dan terangkan sebab apa aku tolak.

Aku tolak bukan sebab tak nak tapi sebab aku sayang isteri aku. Kesihatan dan nyawa dia lagi penting dari nfsu batin.

Dia satu satunya wanita yang dah hidup dengan aku hampir 20 tahun dari aku kosong sampai aku dah ada semuanya.

Kalau dia tak ada, aku tak tahu apa jadi pada aku anak beranak. Kau tak tahan nfsu, kau boleh je puasa.

Kalau kau boleh puasa bulan Ramadhan tu cukup sebulan, takkan puasa isteri berpantang tu tak boleh?

Islam ni mudah bro. Kita je yang banyak susahkan. Kau yang jahanamkan badan isteri kau sampai putus 20/30 urat, kau lah yang sepatutnya bertanggungjawab pulihkan balik keadaan isteri kau.

Bukannya bila isteri tengah pantang, kau sedap “makan luar” atau cerraikan isteri kau.

Bro, cuba kau tengok orang tua kau. Tanya orang tua kau kenapa perkahwinan mereka bertahan sampai ke cucu cicit?

Satu lagi, kau kena ingat. Bayangkan menantu kau buat balik benda yang kau pernah buat dekat isteri kau tu pada anak perempuan kau balik?

Apa perasaan kau sebagai seorang ayah?

Hidup kita ni ibarat roda. Fikir fikirkan apa aku cuba sampaikan. Hormatilah kaum ibu/isteri kita ni.

Buat kaum wanita pula, andai kata korang tak mampu nak layan batin seorang suami, terus terang dengan suami.

Jangan sorok apa apa sebab kami orang lelaki ni lambat tangkap. Andai suami kamu seperti bekas abang ipar saya, tolong cerita pada keluarga.

Minta perlindungan dari mereka. Sebab biasa masa mula mula bercinta dan awal awal berkahwin ni memang tak nampak perangai sebenar. Bila dah setahun dua kahwin baru timbul “belang”.

Tak semua orang bernasib baik dan rezeki setiap orang lain lain. Lagi lagi bab jodoh. Aku faham tu.

Aku sekeluarga pun tak sangka bekas abang ipar aku boleh jadi macam tu. Yang aku tahu dia berubah bila dapat tahu aruwah kakak mengandung.

Jadi jangan sesekali cakap “Jodoh tu pilihan kita sendiri”. Aku pantang dengar ayat tu.

Apa yang jadi dekat aruwah kakak aku tu dah buka mata kami 5 beradik lelaki ni seluas luasnya dan aku harap cerita ni akan buka mata korang juga.

Yang mana nak kahwin tu, tolong betulkan niat korang nak kahwin tu untuk apa.

Janganlah kahwin sebabkan “nfsu” yang satu tu je.

Maaf kalau cerita ni buat korang bosan nak baca. Terima kasih admin sudi siarkan cerita saya ni.

Reaksi Warganet

Syahmi Hilaluddin –
Pernah jugak terbaca cerita macam ni tapi dari nurse.

Dapat pesakit yang dah nyawa nyawa ikan sebab suami dia nak jugak lepas beberapa hari bersalin, meninggal jugak.

Kesian anak kehilangan ibu sebab bapak serakah macam tu

Anne Is –
Memang ada lelaki macam ni. Masa saya warded, ada one patient tu aduhai dia pun warded sebab bleeding.

Dia cakap rambut tak sempat kering dah kena layan. Kadang kadang tengah mandi wajib ni, laki dia masuk bilik mandi.

Dia suka dok hospital, kalau boleh biar lama lama kena tahan. Tak tau la apa kesudahan dia.

Dekat rumah mak saya pun ada satu wedding, malam tu ambulan datang angkut pengantin perempuan ke hospital.

Kisah macam ni la, lelaki tu duda. Saya kalau nampak dia jalan lari masuk rumah. Masa wife dia baru bersalin tengah pantang pun sekali lagi ambulance datang. Patutlah ko duda.

Intan Syazwani –
Terima kasih banyak kepada Confessor sebab berani dedahkan perkara perkara yang sensitif macam ni.

Memang lebih baik kaum sendiri yang menyampaikannya sendiri supaya yang lain lain lebih mudah untuk faham..

Kepada semua isteri, taat kepada suami tu ada hadnya. Sekiranya permintaan tu memudaratkan atau menyalahi syarak, tak wajib untuk kita taat dah.

Sekarang ramai yang makin berilmu dan ada kesedaran yang tinggi, gunakanlah ilmu itu dengan sebaiknya.

Safinah Rashid –
Allahuakhbar. Menggeletar baca perkongsian confessor ni. Rasa macam hati ni dirobek robek bila baca setiap perenggan.

Macam mana lah boleh tergamak nak buat macam tu dekat isteri sendiri. Memang patut pun kena gntung sampai mti.

Hardati Abdul Hamid –
Kepada para wanita, dah tahu perangai lelaki tu tak betul, please la mohon pertolongan daripada keluarga atau kawan kawan.

Escalation and communication is very important.

Janganlah dok pendam sorang sorang masalah tu sampai perkara paling buruk berlaku. Ikut cerita tu pendrahan kali pertama berlaku sebab suami.

Masa berpantang tu sangatlah bahaya bila tiada orang yang tengok kakak tu. Dia dah la sangat lemah, jaga anak kembar lagi.

Sangat sedih dia meninggal dalam keadaan yang sakit fizikal dan merana hatinya.

Semoga Allah memberi ganjaran syurga untuknya di atas kesabarannya menahan derita hidup.

Sumber – Abang Lori (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *