Baru 4 tahun kahwin berat bdn isteri naik 95kg. Aku dh smbah istri air yassin, air longkang je blm lg

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Min tolong hide kan fb aku. Min aku dah 4 tahun kawin min. Sebelum khawin bini aku selalu hias diri cantik2. Berat badan pun baru 65 kg sebelum khawin. Lepas 4 tahun min kami khawin berat badan dia naik sampai 95 kg min.

Baru anak sorang. Kalo badan naik sebab beranak takpe min tapi selepas kahwin je makan macam esok makanan dah takde je kat dunia.

Ada saka ke.? Masa dalam kereta aku siap pasang ayat ruqyah tapi dia ok je min sampai tertido takde pulak kerasukan.

Kadang2 aku simbah air Yasin kat dia min tapi dia gelak2 je min. Air kolah msjid pun aku pernah simbah tapi tak jadi apa. Cuma air longkang je belum lagi.

Bila aku cakap aku nak cari bini lain dia marah. Dia cakap nak crai. Pastu aku cakaplah kalo crai sapa nak bagi dia makan. terus diam dia min.

Kenapa min perempuan ni taw cantikkan diri sebelum khawin lepas khawin macam dah tak penting bagi mereka. Salah ke keputusan aku kalo nak khawin lain?

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum dan hai semua. First time aku rasa nak meluah, apa yang terpendam lama kat hati pasal berat badan dan warna kuulit aku. Ya, fizikal yang jadi bahan ejekan dan hinaan orang cantik dan kur0s kat luar sana.

Aku memang besar gedempol sejak lahir. Lahir-lahir je berat hampir 4 kilogram. Kepala aku pun besar. Cukup sksa mak nak lahirkan aku. Terima kasih mak.

Kalau cari baju, memang susah sikit sebab kepala tak muat. Salah aku ke kepala tengkorak besar sejak azali ni? Hahaha.

Dari kecil lagi dah jadi bahan ejek saudara mara aku. Aku ni orang kampung je, jadi memang duduk pun dikelilingi mak cik, pakcik dan sepupu sepapat.

Mereka kata nanti kalau aku dah besar, memang tak ada sape nak kahwin dengan aku sebab aku gem0k dan hiitam…

Ye lah masa sekolah pun aku memang tak pernah ada boifren, tak macam anak2 gadis mereka cantik kur0s puutih kuulit gebu halus mulus senang bertukar2 teman lelaki. Ohh anak gadis macam tu rupanya yang mereka banggakan yaaa. Hehehe.

Mereka kata nanti kalau aku jadi anak dara tua, nak kahwinkan aku dengan duda-duda tua kampung atau jadi isteri nombor dua ke tiga ke empat ke, asalkan bersuami kata mereka….

Aku dengar dan senyumkan aje. Takpelah, jodoh dan pertemuan bukan urusan aku. Cuma memang dari sekolah menengah lagi, setiap kali aku habis solat aku akan berdoa dan minta secara detail ciri-ciri suami yang aku nak (Antara doa tu aku nak suami kacak, baik hati, penyayang, kaya, dan beriman).

Sebenarnya dulu aku memang sedih sangat bila saudara mara panggil aku badak sumbu, badak air, anak gajah, dinasor, jalan bergegar macam gempa bumi, dan macam-macam lagi lah tak sanggup nak tulis takut termenangis kang… Hehehe.

Dari rumah sampai ke sekolah aku ni jadi bahan hinaan orang je… Sampai mereka kata aku ni dari lahir sampai ke besar tak cantik. Huhu. Aku bukan tak usaha nak kur0s tau, zaman dulu tak sama macam sekarang boleh gugel je.

Aku budak kampung tak reti apa itu eat clean dan sebagainya, kat sekolah bukan ada ajar pun…. Balik sekolah pun makan apa mak masak… ayam goreng, asam pedas, kuah lemak… Hujung bulan ayah bawak makan kepci mekdi pizza kat bandar.

Bukan salah mak ayah aku tau aku gem0k dulu… Mereka pun mungkin takde kesedaran dan ilmu pengetahuan untuk jaga berat badan aku.

Bila zaman sekolah aku tak ada orang nak berkawan, ye lah siapa jeee suka kawan dengan orang gem0k hiitam kan?

Aku ni jenis belajar je.Sebab takde kawan kannn, apa lagi hiburan aku masa tu selain baca buku dan buat kerja sekolah sambil dengar radio atau alunan bebelan mak aku??

Hidup aku dulu pergi sekolah dan balik sekolah. Cuti sekolah pun baca je buku apa2 mak ayah aku belikan kat bandar atau pinjam kat sekolah. Baik aku duduk je rumah membaca tak kacau siapa2. Kalau keluar kang terserempak sedara mara buat tambah sedih aku je kan.

Hikmahnya, aku antara pelajar terbaik kat sekolah dan amat suka membaca sehingga kini… Dan sekarang pun aku on the way nak jadi doktor falsafah, kalian doakan aku ya… Sikit jeeee lagi ni….

Aku berfikir balik, andai kata aku ni dulu cantik kur0s kuulit puutih mulus jadi terkenal dan kegilaan, mesti aku sibuk layan teman lelaki sampai tak siap kerja sekolah,

tak fokus cikgu mengajar, dan tak peduli nak dapat skor masa peperiksaan, macam sepupu-sepupu aku yang jadi kebanggaan ibu bapa mereka tuuu. Hehe.

Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita ni ada hikmahnya tau.. Kena bersyukur di setiap keadaan dan fokus untuk jadi manusia terbaik dan bermanfaat dalam hidup ni.

Habis SPM, aku berjaya masuk universiti, masa ni lah aku jumpa suami aku. Suami yang menepati ciri-ciri aku nak dalam setiap doa aku lepas solat tu, the power of doa…

Pada mulanya pun aku memang tak yakin yang ada juga orang ikhlas nak aku? Dah lah dia muda dari aku kot… Kacak dan bertubuh sasa pulak tuuuu. Hahaha. Macam tak tercapai dek akal aku itulah jodoh aku.

Suami aku tak kisah pun aku gem0k hiitam, dia tak pernah hina rupa dan fizikal aku. Alhamdulillah, tahun ni dah masuk 6 tahun kami hidup bahagia berumah tangga. Saling cuba melengkapi. Gduh-gduh manja merajuk tu biasalah, tipulah kalau takde kannn.

Suami aku memang baik sangat. Apa aku perluukan, dia akan usaha untuk sediakan yang terbaik. Aku belajar sampai sekarang pun banyak suami support dari segi sokongan emosi dan kewangan.

Sampai kadang aku rasa aku tak layak jadi isteri dia. Tapi itulah suami yang dikurniakan untuk aku. Dia memang menepati ciri suami yang aku doa dulu.

Aku ada juga tanya kenapa pilih anak gajah macam aku ni?? Jawapannya, dia memang cari isteri yang boleh setia jadi teman hidup sampai akhir hayat dia dan kali pertama nampak aku, dia yakin sangat aku ni jodoh dia… (nak nangis, huhu)

Lepas kahwin, suami sediakan aku rumah siap ada gym dan swimming pool. Katanya untuk mudahkan usaha aku nak turunkan dan kekalkan berat badan ideal dan tenang fikiran untuk belajar.

Terima kasih, suamiku. Sayang doakan hubby murah rezeki dan berjaya dunia dan akhirat. Aku akan sentiasa cuba jadi isteri yang terbaik untuk dia… Kalian doakan kami kekal bahagia ya..

Jujur aku kata, soal jodoh memang aku berserah dan berdoa, yang aku tau aku pergi sekolah dan masuk universiti nak belajar pandai-pandai dan dapat kerja bagus. Aku sibuk usaha untuk capai cita-cita aku nak jadi doktor falsafah. Hehe.

Lagi satu kan… aku ni kahwin dulu dari sepupu sepapat yang ratu cantik kampung tu… Hahahaha. Macam aku cakap tadi, jodoh pertemuan bukan aku yang tentukan. Tapi kasihan juga kat mereka bila selalu kena tipu dengan lelaki. Tipu duit dan janji-janji palsu ajak kahwin…

Tak apa lah, aku doakan mereka bahagia dengan jalan hidup yang mereka pilih.

Aku menulis ni sebab aku faham ramai sangat yang belum bertemu jodoh sampai sekarang. Apa aku mampu nasihat, kalian berdoa dan yakinlah kalian akan dapat apa yang didoakan. Doa tu pulak kalau boleh secara details ciri-ciri suami yang kalian mahukan.

Serahkan semua pada DIA. Fikir positif dan sentiasa bersangka baik walau apa pun terjadi dalam hidup kita dan walau apa pun yang orang hina kita.

Kalau aku yang gem0k dan tak cantik ni pun ada jodoh terbaik, apatah lagi kalian yang cantik dan berkerjaya. Pasti ada. Kena doa dan yakin ok.

Ramai terkesan dengan perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Firdaus Sakirin, Lebih baik sekiranya awk berusaha utk ubah dia dgn cara ajak dia joging ptg2, atau main badminton, bersukan dgn dia.

Pastu amalkan gaya hidup dan corak pemakanan yg sihat…sama2 control, sama2 bg fit…klu mcm ni x jalan, bru pkir kaedah lain.

Mady Madiah, Sebenarnya pompuan semua blh cantik.. Artis2 pun dlu xcantik tapi bile ade duit blh jadi cantik.. ko xbg duit kt bini mcm mne die nk berhias.. takat bg makan aje tu memng tanggungjawab ko.

Atyn Husin, Ermmm . Duit kau banyak tak bang ? Kalau banyak bawak lah pi cantikkan diri . Hire bibik sorang sementara bini kau pi berhias.

Hantar dia pi spa , pi saloon . Kalau sembang kosong tak payah lah bang . Kang bini baru kau lepas beranak gemok jugak , kau repeat cari lagi betina lain.

Nurul Yakin, Isteri yg tak cantik bukan sbb dia tak cantik.. tp sbb POKET SUAMI yg tak cantik.. masa belum kawin dia mmg cantik.. sbb mak bapak dia bela tatang bak puteri.. dpt kat suami bodoh bajet retis bini nk lawa padahal poket tak mampu.. pastu salahkan bini.

Bayati Elyas, Pokoknya,awak adalah seorang suami yang tidak reti bersyukur.Nak bini cantik kembali?Sponsor lah bini tue.Ini tidak.Pendek akal awak nie.

Kalau kahwin lain sekalipun,kalau bini baru tue pun jadi benda yang sama jugak,awak pun kahwin lain lagi ya?Wah,banyak duit nak kahwin lain.Sponsor bini jadi cantik tak nak pulak ya…

Bini awak dah lahirkan zuriat awak.Memang awak suami tak reti bersyukur.Patutnya awak yang kena simbah dengan air Yassin tue.

Entah apa yang merasuki mu…Belajar jadi manusia reti bersyukur.Dan jangan kedekut nak sponsor bini untuk jadi cantik kembali.

Ros Nani, Kau guna Cara salah nak tegur dia. Kau belikan baju yang cantik serta kasut Dan beg tangan yg sepadan, kalau dia dapat turunkan 10kg. Lepas tu kau belikan dia barang kemas, kalau dia dapat turunkan lagi 10kg.

Dalam pada tu kau Bantu dia ajak pergi buat senaman atau Zumba ke.. beri semangat kata sayang.. Bantu dia jaga Anak sekali sekala supaya dia Ada Masa buat senaman atau Zumba tu. Ajak dia berpuasa sama.. makan makan yang sihat..

Bukan order je tapi Tak da supply apa2 pun. Bukan perap dia Kat rumah jaga Anak urus rumahtangga je. Kau ug0t dia macam2, sampai maati dia akan ingat.

Almi Amira, Aku berat 100++ ni pon mesti org ingt aku bela saka. Dahlah tak kawen lagi. Kuajo la TT. Bini ko senang hati pon ko mcm tu. Ko pon direct je ckp crai la apelah.

Ckp la elok2, ayang cntik2 lah utk i, hantar dia gi zumba ke, gym ke, bagi dia masuk london sliimming centre ke. Ko jgnlah cmplain sini. Borak leklok la bini ko. Adesss

Indah Rosmina, Rata-rata makcik bawang cakap kena bg duit & spend a lot of money to his wife. Are u sure bukan sebab ‘Malas’ jadi main point? Contoh terdekat tgk Kak Bosmah..Jibby ada RM2.6.bilioon tp tgk bini beliau mcm Mak Lampir ja beso.

Zara Shah, ak pling pntang llaki mcm ni…hello nk uruskn anok ag umh ag ko lagii…? pikr lah skit bodo.. nok bni cntik sponser r byok kit.. bkn sibuk nk eta bru je.

kalu x sume boleh ke ko abis gemok blke psal mu xrti nk sponser pndai komplen jer.. ko tu xsmpai 5minit pncut xyah nk komplen sgt sedar diri skit.

Yasmin Nizam, Ni la beruk matyeh, dia bukn xnk bhias, tp xsempat.. xde skongan.. dlu bfore kawen anak dara mana dk kalut apa goyag kaki jga bdan je kt umh..

Skrg nk kena masak kt mu lagi, jga anak lagi.. nk bni cntik pegi cri maid, yg dtg hari pn ok dah.. pastu bagi duit byk2.. nti pndai dia berhias.. dia penat, dia hilagkan stresss dgn makan… klu dia enjoy dgn khidupn dia, dia xjdi gtu.. smua salah mu laaa matyeh.

Cik Puan, Bro, aku cadangkan kalau kau nak cari bini kedua cari yg berat dia 10 kg je tau. Bukan apa kot2 jodoh panjang dgn bini kedua lps 4 tahun baru 40kg..myb lps 10 tahun baru cecah 100kg.

Lps tu kau ungkit lagi dekat bini kedua plak cakap nak bini ke3.. Yg ketiga kau cari berat yg 5 kg plak. Maknanya lama ckit la dia nak gemok nk ambik masa 20 tahun baru nak cecah 100 kg.

Selamat berjaya bang yer.. Risau2 je kot2 kau skit bini kau yg besar tu hawin kau sekali jalan terus ke batu dua.

Lia Miza, Awak sruh wife buat eat clean omad dan intermittent fasting.. Boleh google. Nanti wife cantik balik la.. Pelan2 ajar wife diet.. Jgn mkn smua mknan manis..

Jgn ambil gula.. Beli bnyk sayur dan buah je sbb cantik ni sbnarnya xperluukan duit yg beribu pun.. Ckup jaga pemakanan.. Cantik lah dy nnt.

Cikna Pozi, Bab ni aku sokong laki dy .. kita xleh salah kn suami ..kadang2 suami nk kita kur0s bukan sbb nk kita btul2 cntik ..tpi dy risaukan kesihatan kita … sy pon gem0k .. sblum khawin pon gem0k .. tpi suami selalu pesan

Kur0s lah sikit bukn suruh cntik2 tpi risau kesihatan sy .. bila gmuk mudh dpt penyaakit .. jadi bab ni sy x salah kn laki dy .. sepatutnya kita perempuan ni kne jaga penampilan dpn suami.

Sy pon gagal bab tu ..tpi gah usaha untuk jadi yg terbaik untuk suami .. kalau kita kur0s .. kita jugak untung sihat cerdas boleh bergaya … kita nk kur0s x semesti nya kne makan pr0duk.

Jog tiap ptg smbil bawa anak jalan …pon boleh kur0s …so wahai wanita jngn salah kn suami kita kalau kita sendiri gagal untuk jadi yg terbaik untuk suami.

Ru Zainal, Nak biini sl1m belikan ub4t krus. Nak bini cantik belikan make up n supplmen. Belikan baju cantik2. Belikan perfume mahal bg wangi. Ni tak. Bini dah x cantik nak kahwin lg. Nti bini kedua lps kahwin pun dah x cantik….

Nak kahwin lg ke 3 pulak ke. Camtu kahwin jer lah dgn semua pompuan yg cantik sampai mmpos sbb tujuan ko kahwin nak bini cantik tp xnak jaga bini biar sentiasa cantik.

Zue Razi, Sebelum kawin mak bapak die jaga elokkk….lepas kawin ko kena jaga dia nak cantik mcm mana dari dalaman samapi luaran..tah2 duit nafkah dekat bini tu tak bg..nak minta bini cantik bagai.

Ko crai dia pum…munkin sebelun 2 tu di down..leps tu dia boleh perbaiki dri dia lebih cantik pada sebelhm kawin….janda sekarng semua cantik2 belaka n pandai cari makan sendei.

Yuyu Dai, Kdg² org laki nie dh tegur cara yg berhemah tp mgkin si isteri xpham si laki suruh jaga mkn.. Lau x, xkan dia ckap dia simbah pkai air yasin, psang ruqyah, tu mnandakan dia xnk si isteri makan byak.. Tp pompuan nie susah nk pham..

Better ko terus terang je suh dia jaga badan mcm dlu first kawin.. Dan utk pembaca kat sini lau rasa berat terlebih timbang tu diet² laa.. Si laki mmg ckp ok je blh trima.. Tp lalu pompuan cantik dia jeling jgk.

Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen

Kredit: informasiviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini