Baru 2 Minggu Nikah, Dah Kena Cer4i, Wanita Hamil Sedih Suami Kahwin Lain

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan hubungan mereka kekal hingga ke syurga. Meskipun begitu, tidak semua orang bernasib baik dalam mengejar kebahagiaan berumahtangga.

Begitulah nasib yang dilalui oleh seorang wanita ini apabila dia telah diceraikan walaupun baru dua minggu bergelar isteri.

Baru 2 minggu nikah

Kisah sedih ini dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Rembulan. Dalam video pendek yang dimuat naik, wanita ini meluahkan rasa sedih selepas si suami melafazkan talak terhadap dirinya. Malah apa yang lebih mengejutkan apabila mengetahui si suami kemudian berkahwin pula dengan wanita lain selepas dua minggu mereka bercerai.

Berdasarkan video tersebut kelihatan wanita ini sudah cuba menahan air mata tetapi gagal lebih-lebih lagi apabila mengetahui dirinya kini berbadan dua dan perlu membesarkan anaknya seorang diri.

Jelas wanita ini, dia tidak tahu sama ada mahu gembira atau bersedih dengan berita kehamilan tersebut tetapi dia akan cuba sedaya upaya untuk kuat dan tabah menerima dugaan ini. Malah, dia juga berjanji akan menjalani kehidupan seperti biasa bersama anak yang bakal dilahirkanya nanti.

Sedihnya, semoga tabah

Video:

Berikut dibawah komen dari natizen

Sumber: Rembulan via printlyrics

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini