Ayah marah bila aku berniqab. Slow2 aku buka aurat. Dengan orang asing, aku tido. Aku takut, aku ajak kawin

 Foto sekadar hiasan

Aku Per3mpuan Murahan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku baru habis belajar. Baru dapat kerja dekat luar negeri, tapi nampak gaya aku kena apply kerja baru. Macam susah untuk aku dapat position dekat sini.

Setiap hari lepas balik dari kerja aku rasa depression sangat. Kepala aku sakit sangat. Dada aku selalu kena tepuk. Sesak dan banyak lagi lah.

Sebenarnya sakit aku ni dah lama. Dari masih kat universiti.

Tapi apa yang aku nak kongsi ni, bukan tentang kerja aku. Tapi tentang Aku.

Aku dibesarkan dalam keluarga yang baik. Tapi aku gagal jaga diri aku sendiri. Maruah aku.

Aku sejenis yang senang berkawan dengan lelaki dan perempuan. Sebab aku pun lasak. Tapi itu dulu.

Sekarang aku banyak diam. Aku tak suka share life aku dekat orang lain.

Status aku yang dulu penuh, sekarang kosong. Dah tak nampak dah gambar aku kat mana mana.

Takde sesiapa boleh tahu life aku sekarang, kecuali kalau diorang call atau ws aku.

Itu pun kalau diorang ada nombor hp aku yang aku baru tukar lagi ni. haha

Aku ada kisah silam aku yang mana dari situ aku mula takut dengan semua benda. Dan sejak dari tu aku jadi makin teruk.

Dulu aku selalu video call dengan ex. Kami kalau jumpa tak pernah bersentuh.

Tapi makin lama hubungan kami, kami terlanjur semasa video call. Bukan sekali. Tapi berkali kali.

Aku dah lama putus dengan ex. Tapi kalau dia jumpa nombor baru aku, mulalah permintaan pelik pelik dia. Sebab itulah aku tukar nombor berkali kali.

Social Media lama aku, semua aku deactivate. Aku tak nak ulang. Aku nak cuba berubah.

Alhamdulillah aku jadi semakin baik lepas beberapa bulan. Aku join bermacam macam aktiviti islamic.

Aku sempat berniqab dua bulan. Dua bulan je? Kenapa kejap je? Sebenarnya aku tak ingat berapa bulan aku pakai tutup aurat sempurna.

Ayah aku pernah marah aku. Aku ni tak baik. Kurang ajar. Tapi pakai macam ni.

Awal awal memang aku anggap tu cabaran aku pakai macam ni. Memang ramai akan benci. Tapi aku jujur. Aku memang tak baik. Tapi aku cuba jadi lebih baik.

Makin lama makin aku rasa aku tak layak pakai macam ni. Aku jijik. Aku derhaka dengan parents aku.

Aku jadi seseorang yang aku tak pernah kenal selepas tu. Sikit-sikit aurat aku dedah. Tak pakai handsock dah. Takde stokin tak apa.

Sekarang aku kerap free hair. Tak pakai tudung pun tak rasa apa apa. S3ksi pun aku tak kisah.

Ikut korang lah nak kata aku apa. Aku pun tak kenal aku dah.

Aku ada berkenalan dengan orang luar negara. Dia baik sangat dengan aku. Tak kedekut, tak pernah naik tangan dekat aku, tak baran.

Tapi satu je masalah aku.

Lepas dah 2 bulan kenal. Aku buat silap lagi. Dah banyak kali kami tidur sekali.

Ye salah aku. Aku tak salahkan dia. Sekarang ni aku risau je kalau tiba tiba aku pregnant.

Aku pernah ajak dia kahwin. Banyak kali. Tapi dia tak ready physically and mentally.

Aku dah pernah bertaubat. Banyak kali. Tapi aku tetap kalah dengan nfsu sendiri.

Cuba bagi pendapat kepada saya. Macam mana saya dan dia nak mudah dapat restu family kami?

Btw masa sekolah dulu abang aku pernah panggil aku PEREMPUAN MURAHAN sebab aku berkawan dengan lelaki.

Hahaha cuma berkawan je tau.

Sampai sekarang aku rasa aku murah sampaikan aku betul betul jadi murah….

Rasa nak bnuh diri je penat asyik buat dosa….

Reaksi Warganet

Zainab Zinnirah –
Lelaki tu baik tapi dia taknak kahwin.. tak ready nak kahwin. Mestilah tak ready sebab percuma pun boleh dapat kenapa dia nak ambik komitmen pulak kan.

Cuba awak jual mahal. Cakap dekat dia kalau nak tidur dengan saya kena masuk Islam dan kahwin.

Kalau dia betul sukakan awak, dia akan kahwin. Kalau dia tak sukakan awak, dia akan tidur pulak dengan orang lain.

Apapun buat la solat hajat minta Allah jaga nfsu awak dan bagi orang yang boleh masuk syurga sama sama.

Saya pernah ja baca ada perempuan tu kawan dengan orang asing, first time dia p melawat laki tu terus dia bawak laki tu pi masjid, syahadah dan nikah.

Semoga Allah mudahkan awak ya.

Munirah Mokhtar-
Semua orang buat dosa. Ujian setiap orang berlainan. Islam haramkan bnuh diri.

Sebab apa? Sebab islam tak suka umatnya putus asa. Dalam quran sifat Allah swt yang paling banyak disebut adalah Allah swt Maha Pengampun.

Ehsan Allah swt pada hambaNya melebihi segalanya. Jadi jangan putus asa.

Diri sendiri yang kena kuat untuk berubah. Jangan bagi apa apa alasan lagi dan mula tinggalkan jalan gelap tu mulai sekarang.

Sufyan Haiyan –
Rasa berdosa – okey. Jangan buat jahat tapi Tak pernah rasa berdosa.

Pertama bincang sekali lagi dengan lelaki itu. Kalau dia Tak nak halalkan, dia itu bukan manusia. Tinggalkan dia, hentikan.

Kembali kepada keluarga. Jika mereka masih Tak boleh terima berusaha la meminta maaf.

Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya, jangan berputus asa. Sentiasa la bertaubat.

Mungkin harini Kita bertaubat, esok Kita mati. InsyaAllah termasuk dalam golongan mereka yang m4ti dalam rahmat allah

Mis NoOne –
Orang yang berperang dengan nfsu sendiri ni besar ganjaran dia dik.

Usaha ko nak lari daripada dosa dosa ziina ko tu, tu lah ganjaran pahala besar Allah bagi dekat ko.

Takpe, bertaubat sikit sikit. Ubah sikit sikit, lama lama nanti istiqamah laa. Bertaubatlah, masih belum terlambat.

Tinggalkan semua lelaki lelaki dalam kontak ko sekarang yang membawa ke arah ziina.

Jangan bnuh diri, tak bau syurga ko dik dekat akhirat sana. Berbaloikan ko ke neraka jahannam selama lamanya dek sebab jantan jantan keparat yang dah rosakkan ko tu?

Dan hukumlah diri ko yang dah zalim dengan diri sendiri tu dengan taubat nasuhah.

Sayang diri kita dulu, kalau kita sendiri tak sayang diri sendiri, siapa lagi?
Tinggalkanlah kisah silam yang hitam tu dan bertaubatlah.

Ketahuilah, di syurga dipenuhi oleh pendosa pendosa yg sudah bertaubat..and YOU CAN BE ONE OF THEM!

Selagi nafas ko belum terhenti buat selamanya, pintu taubat Allah masih terbuka, masih belum terlambat dik.

Cuba cari support system dengan follow group yang boleh bagi nasihat yang baik dekat kita. Dan teruskan follow majlis ilmu.

Bukalah lembaran baru, dan kau binalah hidup yang baru dan terus pandang ke hadapan.

Jangan toleh ke belakang lagi dah.

COME ON, YOU CAN DO IT SIS!

Sumber – Nini (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *