Ateh, anak yang ditatang. Bila ateh balik, mak salam lapik duit. Aku huduh, tiada siapa kesah. Terasa sungguh

 #Foto sekadar hiasan

Untungnya Ateh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Confession ini berkisar keluarga sederhana besar kami.

Biasanya jika dikaitkan kesusahan dengan anak anak yang ramai ini sepertinya kami kurang mendapat perhatian dari mak ayah.

Biasala jarak antara kami hanya 3-4 tahun, tentunya mak ayah berbelah bagi kasih sayang mereka.

Tipulah jika seorang mak dan ayah cakap, “kami semua sayang anak anak sama rata, tak lebih anak mana pun”.

Semestinya akan berat sebelah juga. Begitu lah keluarga kami.

Kisah ini pasal ateh, acu dan aku sahaja. Versi cerita adik adik laki yang lain mungkin berbeza.

Ateh merupakan anak emas mak dan ayah kami. Ateh memang cantik sejak kecil hingga remaja. Rata rata jejaka yang tengok ateh mesti akan jatuh hati.

Kawan mak ayah pun sama akan puji kecantikan ateh. Mak ayah biasanya rasa gembira bila orang keliling puji ateh.

Ditambah pula ateh pandai berbicara, pandai memasak dan rajin. Flashback zaman sekolah kami cemburu dengan ateh.

Rombongan mana mana mesti mak ayah, kakak, abang akan support kewangan. Begitu jugalah dengan pakaian.

Ateh nak apa apa tulis je surat pada kakak yang kerja kilang masa tu. Hujung minggu dikirimnya macam macam untuk ateh.

Pernah juga aku buka surat ateh sebelum dipos, siap edit minta kakak belikan aku barang sekian sekian.

Tapi, tak pernah dapat pun. Hahaha

Ateh dengan aku berbeza sangat. Aku hitam manis, parut di muka pun banyak. Ada parut besar ateh “bagi” kekal hingga hari ni. Hahah, pendek kata tak cantik lah.

Biasanya susahla aku nak dapat apa yang aku minta. Mak aku cakap tunggu besar nanti sendirilah pergi, mak takda duit nak bagi untuk ke rombongan mana mana.

Mintak dari abang, kakak aku pun sama dorang bagi pergi tapi duit suruh aku cari sendiri.

So disebabkan aku susah nak dapat duit, aku mula mencuri masa sekolah rendah.

Masa tu nilai RM1 tu macam kau anak T20 tau, apatah lagi RM5. Tapi aku pandai rolling duit haram tu. Beli benda makanan then jual pada kawan kawan aku.

Hahaha. Bdoh betul masa tu. Naik dajah 6 aku insof bila pikir bab neraka.

Aku kira top jugakla dekat sekolah agama, ujian ke peperiksaan ke mesti no 2 dari darjah 4 hinnga 6. Tak berubah. Naik sek menengah pun sama.

Lagi 1 cara aku nak cari income masa sek rendah aku tolong kawan aku siapkan kerja sekolah dorang. Dapatla upah 20sen – 50sen. Duit tu jugalah aku rolling main kutu.

Bila dah cukup, aku ajak ayah aku pegi kedai beli kasut sekolah, beg sekolah, baju tudung sekolah pun aku potong jahit sendiri sejak tahun 5 ke 6.

Begitula aku survive hingga aku masuk universiti, fikir macamana nak cari income sebab tak nak susahkan mak ayah kakak abang.

Shortcut cerita, aku kawen. Macam pasangan lain la ada sahaja dugaan. Kutip syiling untuk makan pun biasala kan.

Tapi sejenis yang kental aku diamkan segala masalah di depan mak ayah. Beza dengan ateh.

Ateh kawen dengan jejaka pilihan sendiri. Suaminya ada bisnes sendiri, memang ateh hidup senang.

Tapi manusia bila cepat naik cepat jugaklah jatuhnya. Ateh diuji dengan kejatuhan itu. Rumahtangga ateh goyah gara gara orang ketiga, buatan orang dan business partner.

Setiap kali ateh ada masalah mak ayah kakak abang tahu dan semestinya akan tolong.

Untungnya ateh ada orang nak dengar masalah ateh. Hulurkan ateh bantuan.

Ateh penah cakap pada aku selagi mak ayah ada ceritalah pada mak ayah. Nanti dah takda sapa nak bantu.

Berbekalkan kata kata ateh aku rasa betul juga. Aku jenis tahan selagi boleh, retak rumahtangga aku, aku jaga sesungguh.

Mungkin pada masa tu aku lemah kot. Pernah sekali rumahtangga aku diuji teruk, aku hanya nampak muka mak dan ayah. Tak sempat nak luah ayah ugut penampar cakap aku buat cerita.

Mak ayah aku datang rumah aku ceramahkan aku. Aku tetap diam sebab apa apa memang mak ayah nampak anak sendiri ni yang jahat.

Tiap kali ateh balik kampung mesti mak kirim beras, salam lapik duit. Barang apa yang ateh takda dibeli dan diletak di rumah ateh.

Sekali je aku pernah dapat beras sekampit sebab ada kenduri kawen adik masa tu, sepupu sponsor beras.

Duit tak pernah dapatla waktu salam. Tapi tak kisahlah aku kerja kan. Mak ayah nampak aku “kaya” hahahaa.

Rumah aku dan rumah ateh dekat dekat je. Kami beli 1 taman. So bila balik kampung kami saling tumpang menumpang kereta.

Kalau aku balik tanpa ateh mak akan tanya, mana ateh, nape tak ajak ateh balik sekali.

Kadang terasa juga “mak, saya depan mak ni. Mak tak nampak ke mak? Saya balik nak tengok muka mak ayah, nak recharge battery saya yang nak padam ni”.

Memang suasana berbeza bila ateh balik. Mak ceria, buat lawak. Cuma kadang kadang lawak mak buat aku terasa.

Mak kerap cakap anak anak sedara nangis sebab muka aku buruk, huduh. Tambah pula aku ni OKU jugak. Jadi bahan lawak mak dan adik adik jugalah. OKU ape tu biarlah rahsia.

Hehehe. Tau mak gurau tapi itulah kan..huhu

Kalau ateh takde mak cakap bila mak rasa nak cakap je dengan aku. Aku tanya pasal adik adik ke biasanya dipatahkan dengan jawapan tak tahu je.

So aku assume adik adik okey dan bantu diam diam mana yang patut jela.

Biasa nak tahu cerita penuh tanya ateh. Kadang ateh tak cerita sangat sebab jawapan balas balik aku ni biasanya positif. Aku tak reti nak menambah.

Kalau ateh ngadu adik adik aku gini jawapan aku, “biarlah hidup dorang, jangan campur” ataupun “dorang stress tu, dugaan hidup”.

Aku perasan je tiap kali ateh balik kampung tanpa aku, mak tak tanya pun aku. Aku tanya acu si bongsu dia cakap kalau ateh lama tak balik mak akan tanya dan tanya. Telefon pun kerap la. Dengan aku susah la nak telefon.

Aku dengan acu lebih kurang sama je perangai. Kami tak pandai bercerita atau sembang panjang panjang.

Kalau anak anak lain ajak pergi jalan mana mana biasanya mak akan cakap tak sihat, malas. Tapi bila ateh yang ajak on je selalu.

Mungkin sebab tula mak ayah suka bila ateh balik, ada kawan nak bercerita dan support cerita.

Mak selalu cerita perangai anak anak mak dan masalah anak cucu pada ateh.

Dijadikan cerita, acu kawen dengan suami yang tak da kerja tetap.

Awal awal dulu acu menyewa asing tapi selepas suami dia kena stop sebab c0vid acu tinggal dengan mak sementara suami acu ulang alik berniaga dari rumah ayah dia.

Keluarga acu ibarat kais pagi makan pagi, tak kais tak dela.

Cuma anak sulung acu kerap buat perangai. Nangis susah nak pujuk. Mak ayah dah tak berapa sihat. Jadi terganggu dengan anak anak acu.

Sampai ayah masuk tido dalam kebun buah buahan kita nun jauh di sana. Mestila mak ngadu pada ateh, cakap nak sangat kawen muda tapi tak pandai jaga anak.

Aku tau acu buat macam tak de perasaan tapi dia nangis juga diam diam. Aku cuma suruh dia bersabar jela. Nanti adalah rezki acu di mana mana.

Aku yang dengar pun terasa. Yela anak anak aku kuat nangis jugak. Sawan tangis berbulan bulan jugak la dorang kecik kecik dulu.

Maafla mak kami tak mintak anak anak kami macam ni.

Yela anak ateh behave je 2 orang tu waktu baby, senang jaga mak kata.

Tapi anak ateh yang bongsu pun kuat nangis jugak. Tapi mak tak komplen pun. Kenapa mak?? Sebab anak ateh kan.

Berbalik pada kisah aku, ayah merupakan orang dulu dulu yang tak tahu la apa amalan sampai ada saka. Sehinggala saka itu ada pada aku.

Orang kata anak harapan dalam keluarga ataupun anak yang fragile mudah “diturunkan” saka. Aku tahu pun selepas berubat. Kadang timbul perasaan marah pada orang dulu dulu.

Perjanjian nenek moyang kononnya “menjaga” anak cucu sangat sangat menyusahkan keturunan anak beranak.

Percayalah saka ini penyebab hidup sentiasa bermasalah. Menjauhkan diri dari rezki.

Macam macam dugaan luarbiasa yang aku lalui, jatuh bangun time study, time nak dapat kerja, dari berkahwin, beranak, anak anak sendiri pun terganggu.

Kadang timbul perasaan marah pada ayah. Ayah tahu tak macam macam yang saya lalui yahh..dek saka ayah ni.

Entah berapa banyak air mata keluar untuk survive rasanya mak dan ayah tak tahu. Sebab anak ayah yang seorang ni kuat memendam.

Namun jauh dari sudut hati anak mak ayah ni ucapkan terima kasih asbab mak ayah anak ini jadi kuat dan takkan sesekali mengalah.

Kami minta maaf mak ayah kalau kepulangan kami buat mak tak selesa. Kami balik sebab nak jenguk mak ayah, masalah kami terasa ringan selepas tengok muka mak ayah.

Kami akan terus balik jenguk mak ayah hingga akhir nafas kami sebab kami sayang mak dan ayah. Kami takkan lupakan pengorbanan mak ayah.

Reaksi Warganet

Cik Ana –
Jawapan aku setiap kali benda benda macam ni mudah je. Esok mati masing masing dah ada jawapan.

Tu sebab mak boleh pilih pilih kasih. Sebab Mak tu yakin mti nanti dia dah ada jawapan bila disoal.

Yusmaaniza –
Mungkin ateh disayangi mak ayah adik beradik sebab perangai dia yang pandai ambil hati keluarga.

Janganlah cemburu dengan ateh. Ambil la hati mak ayah tu. Lama lama diaorang akan nampak juga kesungguhan awak.

Ida Sara –
Emm… satu silap adalah membandingkan diri dengan adik bradik. Please stop la.

U kan ada kelebihan, ha bangga lah dgn kelebihan tuh. Mak tak bagi beras, biar je la. Bagi ke tak bagi sama je lah. Tanya tak tanya, abaikan je lah.

U pun dah kawen. Teruskan kehidupan. Selagi ada rasa iri dengan orang sebelah, selagi tu hidup tak tenang. Asyik rasa dia lebih, kita kurang.

Cuma u bagus la still sayang makpak jenguk makpak. Good. Semoga berjaya dunia akhirat.

Nik Unggu –
Biasa la dalam setiap keluarga mesti ada yang lebih mesti ada yang kurang. Tak perlu kita iri pada yang lebih.

Tak semua yang kita teringin tu elok untuk kita. Tak perlu kita perlekeh yang kurang.

Kadang mungkin ateh tu lebih baik, dia kuat penyayang tu pasal dia pun macam magnet mudah disukai ramai.

Tak perlu la nak terasa dengan yang sebumbung dengan kita. Biar satu family sama sama maju berjaya.

Mungkin kita ni kuat bersangka, kurang sifat penyayang. Jadi la penyayang bisa memaafkan. Jadi la pemurah berbagi kasih demi kebaikan orang tua juga.

Stop la bertanding dengan adik beradik sendiri. Tengok la yang sebaya umur dengan kamu.

Kalau dengan adik beradik dah terang terangan la lain umur, jadi rezeki pun Allah bagi berbeza mengikut masa masing masing yang telah Allah tetapkan.

Norhashima –
Atas dunia ni semua pinjaman yang kita hanya menikmati bukan memiliki dan perlu membayar ansuran dengan amalan amalan kepadaNya

so just focus nikmati dan kuatkan amalan agar kehidupan didunia dan akhirat kita bermakna.

Bersangka baik dengan aturan Allah. Amin

Sumber – Anak Mak (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *