Apa Yang Pɛliknya Makan Laksa Pakai Tangan? Rakaman Gadis Ini Buat Netizen Bi1ngung

Makan menggunakan tangan adalah budaya dari pelbagai orang bukan sahaja di Asia tetapi di Timur Tengah, Afrika, dan Amerika Selatan. Jadi tidak hairanlah jika ada yang lebih gemar makan menggunakan tangan berbanding alatan seperti sudu dan garfu.

Menggunakan sudu atau garfu adalah budaya dari Barat dan mereka masih mengamalkan sehingga sekarang. Kata orang, lain negara lain budaya. Jadi kita tidak boleh menidakkan budaya orang lain.

Makan menggunakan tangan adalah sesuatu yang normal di Malaysia walaupun di Malaysia ini majoriti kedai-kedai makan dan restoran ada menyediakan sudu dan garfu. Tetapi tidak menjadi satu kesalahan jika ada yang mahu menggunakan tangan semasa makan di restoran.

Tidak ada sesiapa yang melarang untuk seseorang itu menggunakan tangan semasa makan di restoran atau hotel mewah. Kerana kita bebas menggunakan apa sahaja untuk makan.

Namun, jika makanan itu jenis berkuah atau mee selalunya mereka memilih menggunakan sudu, garfu dan chopsticks untuk memudahkan mengambil makanan jenis itu.

Jarang sekali kita melihat orang makan mee atau laksa menggunakan tangan. Tetapi, baru-baru ini tular satu video di twitter seorang gadis ini makan laksa menggunakan tangan walaupun makanan itu sejenis mee dan berkuah.

Video yang dimuat naik di media sosial itu telah menimbulkan perdebatan antara netizen yang melihat. Ada yang berpendapat bahawa perkara itu pelik dan tidak kurang juga ada yang menyokong tindakan gadis itu.

Tetapi tahukan anda bahawa makan laksa menggunakan tangan adalah sesuatu yang biasa untuk beberapa negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Johor?

Jadi, kita tidak boleh menidakkan budaya orang lain. Lain negeri lain budaya bukan? Apa komen anda mengenai perkara ini?

SUmber: ohinfokini

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu puasa korang nnti..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini