Allahu, Baru Sahaja Jadi Bapa, M4ngsa KRI Naggala 402 ‘Tinggalk4n’ Anak Usia 16 Hari

Tragedi kapal selam KRI-Naggala 402 milik Tentera Laut Indonesia yang disahkan karam semalam sememangnya memberi kesan kepada semua pihak terutamanya ahli keluarga 53 kru yang dinyatakan terkorban dalam insiden itu.

Ada diantara mereka masih lagi mempunyai anak kecil yang perlu dinafkahi dan diberi kasih sayang. Ada juga diantara mereka merupakan seorang anak yang sedang berbakti demi ibu bapa di kampung.

Anak baru berusia 2 minggu

Hal ini samalah seperti perkongsian luahan daripada seorang pengguna Twitter yang memohon agar orang ramai mendoakan saudaranya yang baru sahaja melahirkan anak sulung namun terpaksa menerima hakikat suaminya telah ‘pergi’ dalam tragedi itu.

Belajar untuk ikhlas

Menerusi Instagram isteri kepada Sertu Eko M Rusdiyansyah, beberapa gambar bayi mereka yang baru berusia 2 minggu turut mengundang sebak apabila isterinya sempat memuat naik ke IG story berharap agar suaminya segera pulang.

Selepas diberitakan bahawa semua kru kapal disahkan terkorban, wanita bernama Gresilia itu mengakui belum dapat menerima sepenuhnya hal tersebut namun cuba untuk belajar redha dengan ketentuan daripada Allah S.W.T.

Khabar duka mengenai tenggelamnya kapal selam KRI Naggala 402 itu telah dimaklumkan oleh pihak Tentera Laut Indonesia selepas pasukan pencari berjaya mengesan keberadaan kapal tersebut yang berada pada kedalaman 838KM di perairan Bali.

Lebih menyedihkan, kapal selam yang hilang sejak Rabu minggu lalu telah dinyatakan terpecah kepada tiga bahagian dan kesemua kru dipercayai terkorban dalam tragedi itu.

Sumber: haseyyo, gresiliafn / caramohon