Aku tumb0k, tunjal kepala suami. Men4ngis dia merayu2. Jika suami cvrang lagi, aku ok je.

Foto sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

Assalammualaikum dan Salam PKP2.0. Aku Redheart. Berusia 30an, dah berkahwin dan ada 2 orang anak lelaki. Aku selalu juga baca IIUM Confession ni bila bosan. Jadi aku rasa nak share cerita kat sini.

Aku dan suami berjumpa di zaman university. Satu fakulti. 3 hari lepas berjumpa, suami offer aku jadi gf dia dan aku terima. Kenapa? Sebab aku Tengah lari dari ex-bf yang psych0 masa tu. Jadi jalan mudah adalah cari bf baru.

Usia 17 tahun dan aku masih tak matang pada masa tu. Siapa sangka Allah jadikan dia jodoh aku. 7 tahun bercinta, macam orang lain juga. Ada pasang surutnya. Berkahwin pada 2011, jadi Usia perkahwinan kami sudah hampir 10 tahun.

Sedikit latar belakang aku supaya korang faham kenapa aku masih OK. Aku dilahirkan bukan dari keluarga tipikal.

Aku merupakan anak dari isteri kedua dan pandangan masyarakat pada anak seorang “perampas” adalah kejam ye. Aku dibuli dari kecik. Dipulaukan kawan kawan kerana aku “budak PTS”.

Kawan kawan sekelas semuanya tua setahun dari aku. Aku dipaksa belajar setiap masa sebab bila aku pandai, Mak akan bangga dengan aku.

Mak meninggal sewaktu usiaku 14 tahun dan Mak adalah the most important figure yang membentuk diri aku (baik dan buruk).

Lepas Mak meninggal aku dan adik tinggal dengan isteri pertama Ayah. Tapi lepas setahun Mak meninggal, Ayah nak kahwin lagi. Alasannya dia tak boleh beristeri cuma seorang.

Isteri pertama Ayah minta cerrai sebab bertahun tahun dia menahan hidup bermadu dengan Mak, bila Mak pergi Ayah tetap cari isteri baru. Aku faham perasaan dia.

Ayah kahwin dengan gadis muda, beza cuma 8 tahun dari usiaku. Perasaan dapat ibu tiri muda? Aku dah hilang perasaan masa ni.

Tapi Ayah tetap dengan perangai dia.. Sampai saat ini Ayahku dah kahwin 5x. Dan adik tiriku lebih muda dari anakku sendiri. Korang boleh bayang hidup di tempat aku??

Aku membesar dalam survival mode. Hidup aku adalah fight or flight. Aku jadi seorang yang keras hati. Aku aggressive bila aku aim sesuatu.

Menangis adalah a big NO. Sebab waktu Mak dalam ICU beberapa hari sebelum dia pergi, antara kata kata last Mak adalah..

“Jangan nangis. Kakak kuat. Tolong jaga adik elok elok. Mak tahu kakak kuat jadi kakak tak boleh nangis”.

Sewaktu mak sakit, mak selalu pesan pada aku,

“Kakak kena belajar pandai pandai. Nanti dah besar, kakak kena kerja. Jangan duduk rumah macam mak. Kakak kena ada duit sendiri. Jangan percaya pada lelaki. Jangan tunggu duit dari laki. Bila kita ada duit sendiri, kita ada kuasa sendiri..”

Jadi dalam hidup aku, aku tak percayakan cinta seorang lelaki. Aku cuma percayakan diri sendiri.

Aku membesar dengan kawan kawan lelaki. Aku sentiasa ada kawan baik lelaki walau ramai kawan kawan perempuan. Tapi aku sentiasa ada garisan friendzone dengan bff aku.

Jodoh Allah, aku bertemu suami. Dia seorang suami dan ayah yang baik. Suamiku tak culas dalam nafkah. Dia bantu jaga anak anak.

Belanja bulanan kami bahagi dua sebab aku pun bekerja dan gaji kami hampir sama (walau aku tinggi sedikit saja dari suami). Orang luar yang lihat kami pasti akan rasa kami keluarga normal yang bahagia.

Ada juga kawan kawan yang kata cemburu lihat kami. Sebab suamiku kelakar orangnya dan kami boleh berlawak depan kawan kawan lain. Dari segi harta, hidup kami tak mewah. Tapi juga tak susah. Alhamdulillah..

Sesungguhnya aku memang bersyukur dapat suami. Dia penyabar walau anginku macam puting beliung kadang kala.

Aku ada masalah agak baran terutamanya bila aku stress dengan masalah kerja, masalah keluarga (ayahku selalu buat hal), masalah duit (bukan berkaitan suami). Tapi… suamiku selalu bertahan dengan kerenah aku.

Suami aku sejenis tak begitu pandai berbual dengan perempuan. Apatah lagi ambil hati mereka. Jadi aku tak pernah terasa nak curiga dengan suami. Kawan kawan dia, aku kenal dan kawan kawan aku, dia kenal. I trust him so much sebab aku rasa dia berbeza dengan ayahku.

Suamiku bukan seorang yang romantik. Berbelas tahun kenal suami, cuma beberapa kali dibelikan hadiah. Kalau aku mahu apa apa, aku perlu minta. Hadiah harijadi juga selalunya tak ada. Apatah lagi sambutan anniversary. Aku redha je sebab aku kenal suami.

Kali pertama aku kena d3pression adalah selepas Mak meninggal. Aku ambil masa 2 tahun untuk pulih. 2018 aku dilanda d3pression sekali lagi. Aku jadi reclusive, menangis seorang diri malam malam. Aku ada suic1dal thoughts.

Tapi antara perkara yang menghalang aku dari mati adalah kerana aku cuba ingatkan Allah dan aku sayangkan anak anak aku.

Mak pergi masa aku 14 tahun dan aku rasa itu kesakitan paling sakit untuk seorang anak. Jadi aku taknak anak anak aku lalui benda yang sama.

Suami? Aku tau dia sedar perubahan aku tapi dia takde inisiatif untuk bantu aku atau support aku. Jadi aku kena bantu diri sendiri.

Suamiku mula berjinak dengan sejenis sukan. Mula mula hanya 2 malam dalam seminggu dia akan keluar. Tapi semakin lama semakin kerap dia keluar dan semakin lama.

Akhirnya setiap malam dia akan keluar dan habiskan masa berjam jam. Samaada untuk sukan tersebut atau melepak bersama kawan kawan.

Walaupun dia masih membantu kerja kerja rumah, aku terasa semakin lama semakin terabai. Pulang dari kerja dia akan tidur.

Selepas makan malam dia akan bantu kemas rumah dan kemudian keluar sehingga 2-3 pagi. Awal pagi kami akan keluar bekerja dan balik lewat petang atau sebelum maghrib.

Begitulah rutin kami. Hujung minggu biasanya dia akan balas dendam dengan tidur ataupun dengan aktiviti lain. Malam dia akan keluar. Ada hari hari yang aku rasakan macam tiada suami. Aku sunyi. Aku cuba berbincang dengan suami tapi tiada perubahan.

Selain dari itu, tuntutan kerja suamiku juga memerlukan suami untuk travel ke beberapa buah negeri dalam sebulan. Johor, Perak, Sabah, Sarawak,etc.. Aku teramat sunyi. Mujur Allah hadirkan kawan kawan baik yang sentiasa memeriahkan hidup aku.

Dek kerana travel untuk kerja, seorang kawan uni menghubungi suami bila nampak suami ada upload gambar travel ke tempat dia. Aku namakan M.

Aku pernah berjumpa M beberapa kali sepanjang zaman belajar kerana M ada dalam circle kawan kawan suami. Rupa rupanya M telah menjadi janda dengan seorang anak.

Suami ada memberitahu mengenai M dan perjumpaan dia bersama M dan bf M sewaktu dia travel ke sana. Aku ok kerana pada aku, aku tak halang dia untuk berkawan. Suami ada katakan dia dan M adalah bestfriend. Lagipun M dah ada bf kan?

Fast forward ke 2020. Zaman pandemik, aku dan suami adakala tersangkut dirumah seperti orang lain. Adakala kami perlu ke pejabat.

Hubungan kami normal tetapi tak seperti dulu. Travel merentas negeri tertangguh seketika dan suamiku tak perlu travel untuk urusan kerja buat sementara waktu.

Aku dah hampir pulih dari d3pression. Aku cuba kembali hidup normal. Hati terasa kosong. Aku ada terfikir untuk berpisah dengan suami kerana aku sunyi. Tapi aku pendamkan hasrat aku kerana aku rasa betapa bodohnya alasan aku tu. Aku cuba layan suami seperti biasa.

Bila sekatan merentas negeri diangkat, aku pun merangka plan untuk bercuti dengan keluarga ke tepi pantai.

Aku pujuk suami untuk travel sempena harijadiku. Dari dulu pun begitu. Sambutan harijadi sendiri, sendiri yang kena aturkan. Kalau tak, tiada sambutan. Jadi aku ok je. Suami setuju tapi kami cuma akan tidur semalam sahaja.

Malam sebelum harijadiku, aku masih ingat aku menangis seorang diri di bilik kerana aku terasa hidup sangat kosong.

Suami? Macam biasa dia keluar melepak bersama kawan kawannya. Aku mahukan seseorang yang sayangkan aku. Aku dah tak rasa sayangnya suami pada aku lagi. Tapi aku masih pendam seorang diri.

Percutian kami seperti biasa. Tapi aku rasakan suami mula berubah sedikit. Lebih mesra, lebih sabar melayan aku dan anak anak. Mungkin ini titik perubahan dalam hubungan kami. Anak anak pun kelihatan happy. Aku rasa bersyukur dan berterima kasih pada suami… Tapi rupa rupanya…

Sehari selepas pulang dari bercuti (harijadiku), aku bangun awal untuk membasuh kain dan mengemas apa yang patut. Suami dan anak anak masih tidur. Sementara menunggu kain siap dibasuh, aku kebosanan.

Puas scroll HP sendiri. Kemudian aku nampak HP suami disebelah katil. Aku ambil dan scroll FB suami (aku boleh buka HP suami guna fingerprint sendiri sebab kononnya tiada rahsia jadi kami masing masing boleh buka HP masing masing).

Aku buka Whatsapp suami pada mulanya untuk buka group taman. Nak baca info info sebab aku tak ada dalam group taman perumahan kami. Tapi aku terpandang chat suami dan M recently kerana berada diatas. Aku tergerak untuk buka dan baca.

Pecah hati aku bila aku baca chat mereka. Aku yang diabaikan tetapi M dapat perhatian suami. Gambar gambar selfie M di status Whatsapp dipuji suami sedangkan suami tak pernah puji aku.

Aku tahu aku dah tak kurus dan cantik seperti zaman anak dara. Suami selalu ejek aku gemuk tapi aku selalu pujuk hati yang suami cuma bergurau.

Dengan M, wish Good morning dan good night. Dengan isteri sendiri berbual, tengok muka masing masing pun tiada masa.

Aku scroll lagi chat mereka… Suamiku ada cakap dia menyesal tak dapat bercinta dengan M. M pun jawab dia pun rasa menyesal sebab dia pun suka suamiku.

Ada chat mereka yang cakap mereka sayangkan masing masing tapi mungkin tiada jodoh. Ada “what ifs” dan “kalaulah” dalam chat mereka.

What if mereka bercinta, what ifs suamiku tak kawin dengan aku, kalaulah M tak terus bersama ex-suaminya… mungkin mereka dah bersama sekarang.

Rupa rupanya malam harijadiku, di tepi pantai suamiku masih berwhatsapp dengan M dan menghantar gambar pantai kepada M diwaktu aku di bilik menidurkan anak anak.

Dunia aku gelap seketika. Aku menangis disebelah suami yang sedang tidur. Tapi kerana aku membesar dengan survival mode, aku bertindak pantas screenshot semua conversation mereka dan aku hantar ke telefonku.

Setelah itu aku hantar satu sahaja screenshot ke handphone suamiku supaya dia tahu aku dah baca chat mereka.

Aku berhenti menangis. Aku sudahkan membasuh kain dan setelah itu aku mandi. Sewaktu mandi aku dengar suamiku baru terbangun dari tidur.

Tak lama kemudian suamiku gegarkan pintu minta aku keluar. Aku keluar dan suamiku terus terduduk dan meminta maaf. Tapi dah terlambat. Hati aku dah pecah berkeping keping.

Sumpah aku katakan aku ambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Dalam 2 minggu itu aku menangis setiap hari. Aku marah, aku mengamuk, aku diam, aku ketawa… tergamak sungguh suamiku. Sedangkan dia tahu sejarah keluarga aku.

Aku terlalu stress. Jerawat keluar tak berhenti. Aku sungguh rasa nak mati. Suami minta maaf bersungguh sungguh dan bersumpah takkan buat lagi.

Setelah 2 minggu kantoi, rupa rupanya suamiku masih lagi mengikut perkembangan M. Masih lagi Like selfie M di FB. Macammana aku tahu? Sebab aku buka fb M.

Tiba tiba aku dapat satu kekuatan. Aku tergelak sendiri. Aku si isteri ni, friend di FB pun tidak. Tapi M, sentiasa diikuti perkembangannya. Selfie isteri dikutuk kutuk, tapi selfie si M dikata bidadari.

Aku rasa mungkin aku dah hilang akal masa tu. Aku mampu gelak dan hantar gambar jari Tengah ke suami. Malam tu aku bergaduh dan kali ni aku lepaskan semua. Kepala suami pun aku tunjal. Suami pun aku tumbuk.

Aku sendiri terkejut aku seberani itu. Aku print borang permohonan cerrai dan aku katakan aku akan proceed dengan fasakh. Suami merayu rayu tak mahu bercerrai.

Fast forward beberapa bulan kemudian… . Aku tak dapat hantar borang fasakh ke mahkamah kerana tersangkut PKP. Kami suami isteri boleh katakan telah 70% kembali seperti biasa.

Anak anak tak pernah tahu atau nampak pergaduhan kami. Keluarga atau kawan kawan tiada siapa yang tahu kecuali beberapa orang kawan teman meluah perasaan. Kalau takde mereka mungkin aku dah betul betul giila.

Jujur aku katakan.. hati aku dah bukan milik suami lagi. Dan aku OK sekiranya suami curang lagi. Cuma aku takkan terus jadi isteri dia lagi. Sebab aku tahu suami takkan pernah mampu p0ligami.

Dan kerana sejarah keluarga aku, aku takkan mampu bermadu. Jadi aku OK kalau perlu hidup sendiri. Ye. Aku mungkin tak secantik M. Tapi aku pun tak hodoh.

Sekarang aku banyak habiskan duit aku untuk diri sendiri. Aku ke saloon, aku buat laser treatment untuk kulit, aku habiskan duit untuk skincare, aku beli pakaian.. Tapi aku tak buat semua tu untuk bersaing dengan M atau untuk ambil hati suami. Aku buat untuk diri sendiri.

Dan aku gembira dengan diri aku sendiri. No more berkorban apa saja demi suami. Aku mampu berkorban apa saja demi anak anak tapi hati aku, aku jaga elok elok dari suami.

Dan aku sekarang dengan tenang boleh kata pada suami.. andai jodoh kita panjang, dia kena terima aku yang bukan 100% hati pada dia lagi. Tapi andai jodoh dah tiada, biar kami berpisah dengan elok dan aku boleh senyum pada dia lagi.

Sebab suatu masa dia pernah jadi suami dan bestfriend aku dan aku pernah 100% sayangkan dia. Tapi aku akan jadi selfish dan lebih pentingkan diri aku sendiri. Jadi aku minta maaf kalau kami terpaksa berpisah atas sebab ni.

Suami dah berkali kali minta maaf dan minta jangan ungkit lagi perkara ni. Dia janji untuk berubah dan aku memang nampak dia berubah.

Tapi… korang tahu kan janji lelaki? Aku dah mula nampak suami sikit sikit kembali ke perangai lama dia kembali. Aku tegur sekali je haritu dan aku takkan tegur dia lagi lepas ni.

Andai ada lagi jodoh kami, adalah. Kalau takde jodoh, takdelah.

Kalau suamiku curang lagi, aku OK. Aku dah berdamai dengan diri sendiri.

Terima kasih sebab sudi baca confession panjang panjang ni. Aku pun tak sangka boleh sepanjang ni. Banyak lagi aku nak cerita contohnya konfrontasi aku dan M tapi mungkin lain kali. Doakan aku terus OK ye…

Reaksi Warganet

Hani Marissa –
Dear tt, kisah kamu dengan saya seakan sama. Saya di besarkan dalam family p0ligami. Yang mana abah beristeri dua. Saya anak istri pertama

And now bila berumahtangga, saya betul nekad tak mahu lalui sama macam apa yang ibu saya lalui.

Siapa sangka Allah uji jugak saya melalui kecurangan suami. Saya buat macam tt, tak melenting tak marah terus SS apa yang patut untuk bukti.

Mengeletar tangan, Allah nak tunjuk saya tergerak hati nak buka hp suami tengah tidur. Jumpa chat yang agak pelik. Mata tajam naluri hati terus syak ssuatu walaupun save nama lelaki.

Betulah saya macam tt sekarang. Saya lebih sayangkan diri sendiri sahaja. Saya cantikkn diri, taknak biar diri gemok dan sebagainya.

Lelaki nak pergi, pergi lah sesiapa pun. Hati dah kering, dah tak rasa apa. Saya dah berdamai dengan takdir Allah terhadap saya. Sekali suami memilih jalan itu seribu kali saya akan angkat kaki terus, big hugs tt!

Kak Idah –
Lumrah manusia. Dah ada permata depan mata, duri jugak dicari. Bila dah terluka sendiri, mulalah cari balik permata tu untuk ubati hati kononnya. Orang begini B4NGANG!! Dia ingt kita tunggul gamaknya. Takde hati perasaan. Bila hati tu dah penuh dengan nfsu syaiitan, beginilah jadinya.

Go confessor. Kalo rasa tak mampu bertahan lagi, keluar lah cari kebahagiaan sendiri. Tak perlu menjeruk rasa lagi demi untuk orang lain. Diri sendiri juga layak untuk hidup tenang

Norizan Mamat –
Salam. Big hug confessor. Makcik yakin confessor sangat kuat.

Makcik cuma nak bagi tahu, lelaki atau suami kekadang tak romantik dengan kita, kita redha dan terima keadaan tu. Usah kata bagi bunga bila birthday, panggil sayang pun rasa jijik.

Kita tetap redha.

Makcik nak share kawan makcik, dimadukan. Dan madunya suami panggil sayang. Amboiii…

Jadi, makcik tak percaya lelaki tak romantik tak pandai mengayat kita ni baik.

Jangan percaya 100% suami. Sentiasa berbuat baik, tetapi tetaplah sayang diri sendiri. Jangan sayang dan percaya suami 100%.

Makcik, kalau lah suami jumpa orang lain, kawin, dan panggil yang baru sayang, makcik rasa makcik tahu, makcik hanya di kakinya sahaja, bukan di hati.

Jangan tunggu lagi. Selagi baik, kita sayang. Sumber – Redheart (Bukan nama sebenar) via IIUMC