#Foto sekadar hiasan
Div0rce Proposal
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hi salam semua. Semoga tulisan ini mampu mendapat pandangan sewajarnya agar mampu memberi sedikit pertimbangan sebelum aku membuat keputusan.
Aku sebenarnya tak tahu sama ada aku perlu teruskan perkahwinan aku atau tidak.
Baru menginjak 3 tahun tapi aku rasa sangat banyak perbezaan antara aku dan isteri aku.
Dari segi pemikiran, gaya hidup, halal haram, d0sa pahala, kerjaya, hala tuju hidup.
Aku mulakan dengan menceritakan serba sedikit latar belakang kami agar mudah kalian memberi pandangan.
Aku merupakan seorang Software Engineer walaupun aku bukan belajar dalam bidang itu. Dulu aku mengambil jurusan agama di Timur Tengah.
Tapi disebabkan minat yang mendalam terhadap bidang pengaturcaraan, aku sering belajar sendiri ketika punya waktu terluang.
Usai tamat pelajaran di Timur Tengah, aku terus minta kerja dalam bidang pengaturcaraan dan berjaya menempatkan diri dalam syarikat terkemuka walau tanpa sijil berkaitan.
Berasal dari keluarga yang sederhana, ibubapa ku mengajarkanku untuk bekerja keras dan sentiasa berjimat cermat supaya tidak boros dan berjaya mengubah hidup kelak.
Isteri aku merupakan seorang berkelulusan sastera di universiti swasta dalam negara. Sekarang bekerja di dalam bidang pentadbiran di sebuah syarikat kecil dengan gaji bawah B40.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang sederhana tapi dimewahkan oleh ibubapanya. Simpanan zero sebab semuanya dibelanjakan untuk anak anak.
Beberapa sebab kenapa aku nak putuskan hubungan ini.
Pertama, iaitu kami sering bergaduh tentang gaya hidup.
Aku walaupun bekerja di syarikat besar mana lah gaji banyak sangat sebab baru sahaja bermula,
Tapi aku diberi expectation oleh isteri untuk sediakan 100% keperluan rumah, memberi nafkah dengan tambahan membeli barangan barangan mahal seperti produk Epal.
Aku selalu cakap kepada dia untuk berjimat cermat, tapi sering tidak diendahkan.
Ya, aku faham dia dibesarkan dalam keadaan serba mewah, tapi ukurlah baju dengan badan sendiri.
Kedua, aku rasa tertipu dengan pakaian beliau sewaktu mula kenal. Nampak seperti muslimah bertudung labuh tetapi tidak sebaik yang disangka.
Walaupun dia mendapat didikan agama dengan sempurna tapi tidak diamalkan sepenuhnya dalam keluarga beliau.
Semasa tahun akhir sahaja, dia mula bertudung labuh selepas menyertai “usrah instant” gara gara insaf ditinggalkan bekas teman lelaki nya.
Detik kekecewaan terendah aku apabila aku terjumpa sekotak rkok dalam beg tangan beliau. “Perempuan merokok?”
Ketiga, dia tiada usaha untuk buat lebih baik dalam kehidupan. Baik kehidupan dunia mahupun akhirat. Hanya tahu enjoy, vacation, Korea.
Keempat, dia tak suka keluarga aku. Dihinanya keluarga aku sebab mengamalkan kehidupan yang sederhana, pakai pakaian murah, makan makanan di kedai biasa.
Dia sangat tidak suka kalau aku nak balik kampung, ke rumah ibu aku.
Aku banyak kali nak hentikan hubungan ini. Tapi aku tiada kekuatan.
Rasa cinta tiada. Yang ada kasihan. Kasihan kalau aku tinggalkan dia, apa lah jadi dengan nasib kehidupan dia.
Kemudian, aku takut dipersalahkan. Aku tak suka buka aib dia dengan mak mertua aku tentang sisi buruk anak nya. Tiada keperluan pun.
Sebab ibu dia sendiri tahu perangai buruk anaknya.
“This marriage is a total scam!”
Ibu ayah aku sendiri merasakan aku tidak bahagia dalam perkahwinan. Mereka sendiri pun menyalahkan pilihan aku.
Tapi rasa malu dengan mertua kalau perkahwinan ini diputuskan.
Macam macam dah aku buat dekat isteri aku untuk bagi dia tawar hati. Tapi selepas beberapa hari aku rasa kesian. Aku sendiri yang pujuk balik dia.
Isteri aku sangat sayangkan aku. Sangat dahagakan perhatian aku tapi aku tiada rasa apa apa. Aku rasa terpaksa tapi kasihan.
Oh ya, kami masih belum ada anak. Satu kelegaan buat aku, sebab aku taknak perkara jadi lagi rumit jika mempunyai anak.
Aku tidak boleh bayang kalau anak aku mendapat didikan dari ibu seperti beliau.
Aku dah tawar hati. Aku tak nampak halatuju perkahwinan ini. Dalam masa sama aku tak sanggup nak sakitkan hati dia. Sebab aku kesian.
Aku rasa hidup dia dah terlalu banyak trauma. Dan aku tidak perlu menambah trauma itu.
Aku taktau apa jadi pada dia kalau aku tinggalkan dia. Entah bnuh diri atau giila agaknya.
Tapi aku sendiri merasa merana sekarang.
Mohon pandangan kalian semua.
Reaksi Warganet
Athraa Ahmad –
Para wanita atau isteri, cuba lah rasional dalam memberi komen. Asal ada luahan suami tertekan, mesti tetap ada yang terselit nak mengutuk si suami.
Ikut mana suami juga salah, isteri saja yang perlu dibela. Ada je isteri tak baik dalam dunia ni, perempuan bukan semua betul. Bantulah dengan beri lah nasihat yang membina.
Siti Nur Azirawati Idris –
Wavelength tak sama. Fikrah berbeza. Si suami Islamic, si isteri keduniaan.
Tapi kadang itu yang sering diuji Tuhan. Asbab dijodohkan untuk saling melengkapi dan menyempurnakan. Mungkin juga agar si isteri terbimbing hatinya.
Komunikasi itulah kunci. Beri peluang, belajar semula mencintai. Tapi jika setelah mencuba, tetap tawar hati bincanglah keputusan muktamad agar dua dua boleh happy. Moga Allah permudahkan segalanya
Faris Haikal –
Perempuan zaman sekarang memang ramai macam tu. Korea, nak makan tempat hipster/viral, kuat berangan, takde usaha upgrade diri! Bila dah kena tinggal, meroyan.
Yg kesian lelaki, tersangkut dengan marriage yang umpama scam, lebih malang bila dah ada anak. Rasa terpaksa terus hidup bersama walau dah tak sayang, asbab tak nak anak anak hidup dalam keluarga pecah belah.
Bagi aku solusi kes kau ni bro;
(1) cuba bimbing dia dulu. Dari cerita, sounds macam wife ko ni dah biasa pampered. Jadi memang take time + effort untuk bagi dia faham dan terbiasa dengan value hidup kau yang berbeza dengan dia
(2) dia sayang kau. Jadi biasanya bila sayang, sesorang tu sanggup berubah asalkan dapat bersama dengan insan yang dia sayang. Dalam proses perubahan, dia perlukan sokongan.
Peranan kau sangat besar di situ. Jangan sekadar paksa dia untuk berubah, tapi kena bersama sama dengan dia dalam proses perubahan tu. Be support system to her
(3) kalau semua di atas tak jalan, berpisah mungkin jalan yang terakhir. InsyaAllah dia masih ada tuhan dan parents yang boleh menjaga dia.
Ambil cara baik, pulangkan juga mestilah dengan cara yang baik.
Calla Lily –
Faris Haikal ada betul, kawan kawan perempuan aku kebanyakan nak makan cafe cafe dan only viral je.
Aku macam old school, kalau aku suka satu tempat tu, tu je aku nak pergi dan mostly tempat tu ialah lokal je. Jadi tak ngam
So pada aku, aku happy ada benda tu. Aku happy kalau dapat tu so kenapa aku nak tukar happy aku tu pada makan benda aku rasa tak leh telan? tapi aku tetap follow sekali sekala.
Tapi mereka dah faham, aku bukan camtu. Hahaha, so aku rasa aku rigid ke? entahlah
Tapi betul, lelaki akan jadi ngeri dapat perempuan macamtu sebab bagi aku, aku yang perempuan ni pun rasa ngeri. Mahal tapi tak sedap, mahal tapi tak happy. Hahhaa
Intan Syazwani –
Kalau awk dah buat semua yang termampu untuk selesaikan semua masalah antara awak dan isteri tapi masih belum jumpa jumpa jugak jalan penyelesaian, awk dah tau jawapannya.
Kalau belum, cuba buat dulu betul betul, ikut saranan komen komen dekat sini ke, ada yang bagus jugak saya baca.
Awk pun manusia, ada hati dan perasaan. Jadi, kena ambik kira jugak yang tu.
Pada pendapat saya, untuk menjayakan sesebuah perkahwinan ni, persefahaman dan tolak ansur yang tinggi antara pasangan amat diperlukan.
Tapi kedua belah pihak perlu aktif bagi kerjasama. Takda kerjasama daripada salah sorang pihak la yang akan merumitkan lagi keadaan. huhu..
Moga dipermudahkan urusan tuan
Sumber – Suami Kasihan (Bukan nama sebenar) via IIUMC