Foto sekadar hiasan
Anak Mak Yang Tersakiti
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku suami anak satu nak buat keluhan hati. Aku baru menimang cahaya mata, baru berusia 6 bulan.
Kami kawen awal, sewaktu usia 25 tahun.
Masa bercinta lain, memanglah. Dah nikah baru aku tau perangai wife ni. Baran. Lepas beranak lagi menjadi perangai dia.
Dia ni seorang perempuan yang pemarah, tak boleh salah sikit dan aku sebagai suami aku terima diri dia, aku sabar. Aku nasihat elok elok.
Tapi pada aku, dia makin menjadi jadi.
Aku dapat tahu dia suka maki mak aku. Bila aku ada, dia behave.
Tapi dalam whatsapp dia suka bahasakan “kau aku” dengan mak aku sendiri.
Dengan mak dia memang dia bahasakan “kau aku”.
Aku ni anak sulung lelaki so aku memang banyak bantu keluarga aku.
Tak banyak pun aku hulur dekat mak adalah seminggu sekali aku bagi RM50-RM100.
Kalau wife aku dapat tahu, dia meroyan dia mara marah mak aku, dimakinya.
Walhal mak aku ni banyak bantu kami dalam kehidupan berkeluarga.
Mak wife aku ni dah tak larat nak nasihat anak sendiri. Kadang datang minta maaf dekat mak aku.
Aku takdelaa sampai nak pisah dengan wife ni. Kadang ada juga rasa hilang sabar aku, tapi aku tenangkan diri.
Aku pun berlawan dengan diri aku sendiri. Aku sayang mak, aku sayang wife aku. Aku sayang anak aku.
Lepas beranak ni meroyan dia lain macam. Aku cakap tak payah kerja tapi dia heboh juga nak kerja. Takde kerja apa pun, kerja waitress dekat restaurant je.
Dia tak kerja pun aku boleh tanggung makan pakai dia cukup. Dia nak apa aku tunaikan.
Aku ni kerja shift. Aku dah sediakan barang keperluan rumah, bahan masak semua lengkap ada.
Dah dia pula dah penat balik kerja dia dah malas nak masak. Aku tak kisah pun, aku makan luar ajelaaa. Dah wife aku penat kerja.
Aku tak jadikan benda ni isu. Isu besar sekarang perangai giila dia.
Anak yang baby pun dia tak nak asuh. Mak aku kadang menangis penat jaga anak, wife aku tak pedulikan anak. Sebab tu dia nak kerja. Balik kerja dia balik terus tak amek anak.
Memang anak aku tu mak aku yang jaga. Tak salah pun kalau aku bagi mak aku duit jaga cucu. 24 hrs pulak tu sebab aku sibuk dengan kerja.
Wife aku kalau masuk shift petang pun tak pedulikkan anak yang baby tu.
Aku tak tau kenapa wife aku jadi macam tu. Kami duduk asing dengan keluarga.
Mak aku takde laa masuk campur urusan kami laki bini.
Maksudnya takde la mak aku buat keputusan dalam keluarga aku laki bini
Setahu aku la. Hubungan dia dengan mak dia pun tak baik. Mak dia tak nak jaga cucu sendiri.
Mak aku ni macam serba salah, kang tak jaga siapa nak asuh anak aku?
Aku kerja cari nafkah keluarga. Sebabkan kesian, mak aku bantu tapi dah jadi lain.
Kadang mak aku sampai cakap, “bang kau tak payah la bagi mak duit nanti gaduh kau laki bini. Mak tak suka korang gaduh, kesian anak”.
Kadang kita nak berbakti kepada mak, belikan barang emas. Tapi aku pastikan wife aku dapat sekali.
Belikan mak hadiah, aku belikan untuk wife sekali. Dia akan mengamuk, kata kata dia pedih tau.
So aku bagi sorok sorok pun dia tau. Sebab aku nak jaga hati dia.
Keperluan anak aku yang sediakan. Selalu mak mak yang teruja beli barang anak kan?? Benda ni tak terjadi dekat wife aku. Dia seolah tak bersedia nak ada komitmen, anak.
Lepas beranak makin teruk perangai wife aku. Aku fikir dia ni meroyan macam tu la.
Takkan sebab tu aku nak pkul dan marah dia kan???
So aku cari ustaz ubatkan dia. Ape mengamok dia! Teruk aku kena bantai! Aku ajak dia pi klinik kesihatan jumpa kaunselor.
Dia mengamuk!!! Puas aku merayu. Kang aku lak mental. Memang aku ni tersiksa jiwa raga.
Nampak jer kental. Tapi hari hari aku nangis.
Aku tanya dia apa yang dia nak sebenarnya. Kehidupan kami ni macam takde seri hidup berumah tangga.
Aku nak kerja pun dah tak tentu arah. Ntahlaaa, buntu.
Aku lelaki, aku kena kental. Aku ada anak kecil yang perlukan aku.
Aku sayang mak aku, aku sayang keluarga aku. Mak selalu nasihatkan aku utamakan keluarga sendiri. Tu aku pegang nasihat mak.
Aku takde menggatal dengan perempuan lain. Sebab niat aku halalkan wife aku, bina hidup dengan dia aman dan bahagia.
Tapi Allah uji aku.
So jangan kata wanita aje yang teraniaya. Kami suami pun ada yang kena digantung tak bertali.
Nak kata wife aku ada lelaki lain, aku dah follow takde pulak.
Memang dia ni ada kemurungan tapi dia sendiri tak terbuka untuk rawat diri dia.
Aku tak pasti apa trauma yang dia hadap sebab dia tak nak kongsi dengan aku. Masa bercinta dia okay je aku tengok.
Takde pun sifat baran dia tunjukkan. Ntahlaaa, pening.
Reaksi Warganet
Nurharyati Ibrahim –
Kesian tengok nasib suami macam ni.
Zaman sekarang ramai dah saya jumpa isteri yang panas baran, suami dah jadi macam kuli isteri dah.
Isteri pemalas, kuat maki hamun. Tapi suaminya tetap setia.
Ada suami pula jenis tak sedar diri. Dapat isteri baik, ambil kesempatan, tak hargai isteri.
Apa nak jadilah dengan zaman sekarang ni, tak tahulah
Kamalya Desu –
Bab anak jangan buat main. Kalau dah taknak langsung jaga anak tu kau tinggal je dia. Cari bini baru.
Anak kandung kot? Lantaklah trauma dia, sendiri taknak pi berubat dah jadi salah sendiri. Tinggal lah dia.
Nazira Mylisa –
Cerrai je dik. Kena ingat bercerrai pun jalan penyelesaian. Cakap je dah tak sanggup nak hadap perangai dia yang baran.
Anak baby tu biar mak awak yang jaga. Cakap dekat dia kalau dia dah berubah perangai, dah sihat balik mental tu, baru lah kahwin semula.
Kadang dalam tempoh berpisah/iddah tu, masing masing boleh bermuhasabah Dan beri ruang dekat bini tu nak ubah perangai yang macam tak keruan tu.
Amira MK –
Saya rasa bini encik ni tak puas hidup couple, dia nak kasih sayang tapi taknak komitmen.
Haaa kahwin ni datang beserta komitmen. Keluarga mentua adalah komitmen. Anak adalah komitmen. Dia taknak. Dia nak awak je.
Dan dia kalau boleh, nak awak fokus dekat dia je.
Ni takleh buat apa. Dia tu kena ada kesedaran sivik. Encik bagi ultimatum je dekat dia. Berbincang dan tegaskan apa yang salah, minta dia baiki perangai dia.
Pada masa tu, buat perang dingin sikit. Mesra dengan anak tapi jangan layan dia.
Selagi bini tak mengalah, teruskan dingin. Kalau ada otak, sedarlah dia dah buat salah.
Gitu jelah. Kalau tak berubah jugak, entahlah sisturrr.
Ann Fardan –
Buat anak anak gadis dan anak anak teruna di luar sana. Kalau hanya minat bercinta janganlah ajak anak orang menikah.
Perkahwinan ni bukan ikut suka mak abah korang. Kahwin ni ada tanggungjawab bukan macam drama jam 7 petang tu.
Jangan aniaya anak anak dan keluarga orang lain. Makcik doakan awak kekal jadi suami yang tabah.
Sabar ada hadnya. Kalau dah usaha macam macam Isteri Masih biadab, awak perlu tahu apa tindakan sepatutnya.
Biar kurang makan dik… Jangan kurang ajar!!
Sumber – Ahmad (Bukan nama sebenar) via IIUMC