Aku seorg ibu tiri. Dulu ingatkan suami duda anak sorg. Bila dah nk kawin trkejut rupanya duda anak 5. Lps 14 thn brsama ini jd kat aku.

Assalamualaikum. Ini 1st time saya nak berkongsi kisah hidup saya kepada pembaca IIUM Confession.

Saya sebenarnya malu nak tulis ni, tapi dah bosan2 duduk rumah PKP ni, saya tulis juga. Suami pun izinkan. Jadi saya tulis lah.Saya seorang ibu tiri kepada 5 orang anak. 3 lelaki 2 perempuan (L,P,L,L,P).

Beberapa tahun sebelum berkahwin, saya belajar di UKM, lepas habis belajar, saya kerja di Petaling Jaya dan menyewa di Bangi. Ketika itu, duduk menyewa 3 orang serumah dengan kawan-kawan belajar.

Saya seorang sahaja kerja bahagian PR dan marketing dalam rumah tu, 2 orang lagi cikgu mengajar di shah alam.

Mereka kahwin tak lama lepas tu, tetapi ber-PJJ. Hujung minggu, selalu tiada di rumah. Masa hujung minggu la saya banyak melepak di rumah, tak buat apa-apa.

Habiskan masa tonton TV saje. Kemudian saya aktif ikut kawan-kawan pejabat pergi cuba restoran dan kedai-kedai makan di KL dan PJ. Masa tu, saya mula rapat dengan senior tempat kerja. Dah berapa bulan rapat, dia ajak saya ke rumah dia untuk makan tengah hari.

Nak dipendekkan cerita, ketika makan tengah hari itu, bukan saya seorang sahaja tetamu undangan, ada seorang lagi. Tetamu lelaki dengan anak kecil dalam umur lebih kurang setahun lebih.

Orang nya tinggi, manis, berkaca mata. Senior saya kenalkan saya kepada dia waktu itu. Dia duda kematian isteri akibat barah payu dara. Saya hanya mengangguk. Di tempat kerja, senior saya beritahu, lelaki itu berminat untuk berkenalan dengan saya.

Masa tu saya teragak- agak. Kenapa nak kenal dengan saya? Pergi lah cari orang lain, yang sama status macam dia. Saya pula masa tu rasa ragu-ragu boleh ke kalau berkenalan dengan lelaki yang sudah ada anak?

Tapi, dalam sibuk saya persoalkan semua tu, saya benarkan juga senior beri nombor telefon kepada dia. Kami berkenalan melalui sms dan phone call sahaja. Dia bekerja di Negeri Sembilan, di bank sama saya bekerja, cuma cawangan di Negeri Sembilan.

Lepas kenal dengan dia, baru saya tahu, dia 7 tahun lebih tua dari saya dan dia bukan duda anak seorang. Tetapi 5 orang. Saya terkejut juga masa tu sebab saya dah mula jatuh hati, tapi tak berani nak tanggung risiko kahwin dengan orang yang sudah ada anak. 5 orang pula tu.

Tak sampai setahun kenal, dia melamar untuk kahwin dengan saya. Saya sangat was-was sebab bagi saya, ia mungkin mudah bagi saya dan dia berdua sahaja. Tapi untuk stranger macam saya nak terima anak-anak dia sangat susah. Begitu juga anak-anak dia, mesti susah nak terima saya sebagai ibu mereka.

Sya terima macam-macam nasihat dari keluarga untuk tinggalkan dia. Tapi, suara hati saya kuat minta terima dia seadanya. Kami diijabkabulkan pada tahun 2007. Masa itu saya berusia 29 tahun dan suami 36 tahun. Ketika itu, usia anak-anak tiri saya ialah 11,10,7,5 dan 2 tahun.

Suami saya berkahwin dengan aruwah isterinya pada usia 23 dan isterinya 22. Mula-mula kahwin sangat susah. Saya tak pernah memasak dalam kuantiti yang besar. Keluarga saya cuma 2 beradik. Saya dan abang saya. Waktu belajar, duduk menyewa cuma setahun, 2 tahun dalam hostel. Cuma beli bungkus. Jarang memasak.

Waktu kerja juga sama, saya ikut orang pergi cari port makan, bila masa saya nak memasak kan? Tapi, suami banyak tolong saya sebab dia uruskan anak-anak sendiri sejak arwah isterinya jatuh sakit lagi. Dia sangat superdaddy dan super hubby.

Lincah dia melipat baju, kemas mainan anak dan memasak di dapur. Banyak saya belajar dengan dia. Dalam masa sama saya cuba improved cara saya kendalikan urusan rumah. Saya baca banyak buku-buku resepi, video memasak dan cari menu yang budak-budak suka.

Saya belajar masak sikit-sikit dan sendiri adapt dengan situasi saya waktu itu. Saya kena terima hakikat saya jatuh cinta dengan lelaki yang dah ada 5 anak.

Saya bukan saje kahwin dengan dia tetapi juga dengan 5 anak-anak dia. Pada peringkat awal tu memang sangat-sangat kekok lah saya dengan anak-anak. Sebab masa perkenalan, cuma banyak kali berjumpa dengan si bongsu.

Yang lain, lepas kahwin la baru betul-betul kenal dan cam muka, nama dan lain-lain. Budak-budak tu pun takut-takut nak dekat dengan saya.

Takut saya ni garang ke apa, saya perasan mereka hanya mencari papa sahaja. Mereka tak cari saya, ibu. Sya cuba juga dekati mereka, rapat dengan mereka, terutama yg perempuan.
Sebelum saya lupa, biar saya beritahu nama mereka dulu dari sulung sampai bongsu.

Adib, Hanani, Ashraf, Abqari dan Hansyirah. Paling susah saya nak approach adalah Adib sebab masa tu dia dah besar. Umur dia 11 tahun, dia dah dengar macam-macam yang tak baik pasal mak tiri. Kena d3ra la, mak tiri jahat la, nanti tak bagi makan lah. Saya tahu pun sebab suami cerita.

Saya tanya kawan-kawan kat pejabat, apa nak buat. Kemudian kawan-kawan kata, kena guna psiklogi. Biar Adib rasa tak blh berenggang dengan saya.

Sy pun kalut lah mikir apa nk buat. Akhirnya saya dapat satu idea, saya jemput dia dan adik-adik di sekolah setiap hari. Saya berpindah ke Negeri Sembilan selepas kahwin. Jarak bank dengan sekolah tak sampai 10km, jarak rumah dengan sekolah hanya 4km.

Saya ambil mereka di sekolah setiap hari selama sebulan. Cukup sebulan, saya minta suami saya pula yang jemput. Masa nak ambil anak tak lama pun, dlam 20min keluar sahaja. Hari yang sama suami saya jemput, Adib tanya saya, kenapa ibu tak ambil kat sekolah hari ni?

Hati saya jadi sebak. Dia teringat kat saya, dia datang sendiri tanya kat saya di rumah. Masa tu saya yakin, saya nak jadi ibu kepada budak-budak ni. Hanani dengan saya rapat, masa tu Syira masih kecil lagi. Dia tidur dengan saya dan suami. Hanani ni kata suami saya perangai sama macam arwah isteri dia.

Pendiam, tapi sangat rajin membantu. Kalau saya di dapur, dia ada. Kalau saya di ruang tamu, dia ada. Dia tak buat apa-apa pun. Dia diam sahaja. Sepatah tanya, sepatah jawab.
Kalau hari minggu, papa mereka keluar jogging bawa tentera lelaki, saya dengan Hanani pergi cari restoran makan-makan.

Tapau bawa balik kat bala tentera di rumah, Syira ikut saya sama. Ashraf dengan Abqari ni geng. Usia mereka tak jauh beza. Kalau gaduh pun berdua, kalau baik pun berdua, semua berdua. Dua ni memang jadi pak turut saya. Sekali panggil saja dah muncul.

Si Abqari kaki pow, minta tolong sikit, mesti nak kena ada upah. Aiskrim ke, apa-apa lah yang dia nak, Saya bagi duit seringgit saja, tu pun duit papa dia. Syirah sudah semestinya gold dalam family kami, dia lah yang paling disayangi. Ke mana sahaja saya dan suami pergi dia akan ikut.

Saya tak bawa dia ke pengasuh di rumah-rumah orang, saya hantar dia ke nursery, belakang barisan bank saya juga. Pergi kerja, dengan saya, balik kerja pun dia dengan saya. Saya tak ada rezeki anak sepanjang kahwin dengan suami. Saya ada PCOS sejak umur 23 tahun masa belajar di UKM. H0rmon saya tak stabil, dan kesuburan saya tidak normal macam wanita lain.

Saya memang rasa sedih, selalu mengadu dekat doktor, nak juga merasa mengandung macam perempuan lain. Ada nak sendiri, menyusu untuk anak sendiri. Doktor pun dah cuba habis baik, bertahun lama saya dan suami ke hospital untuk temujanji, sakit buat IVF pun saya tak boleh lupa, Tapi tiada rezeki saya.

Saya dan suami redha. Suami saya tak pernah bangkitkan perkara ni sebab sangat sensetif bagi saya. Dia betul-betul jaga emosi dan tak guris hati saya bab ni. Cumanya, ramai juga lah mulut-mulut yang mengata saya tak boleh beranak. Jadi mak sanggup untuk duda sahaja la.

Tapi saya pekak kan telinga. buat apa nak kisah orang kata apa, anak-anak tiri saya sayang saya. Kenapa perlu saya sibuk dengan mulut orang kan? Tahun makan tahun, anak-anak makin membesar. Adib banyak celoteh, di sekolah dia excelled. Sekolah menengah masa dia dah ‘mimpi’, dia datang jumpa saya, bukan papa dia.

Kalau ada masalah, mereka semua cari saya, mengadu kat saya. Nak duit saja cari papa. Papa pun suka la apa lagi, dapat tengok bola saja kerja dia, anak-anak semua menepek cari ibu. Hanani makin besar baru la bunyi suara, suka membebel kat adik-adik dia makan tak kemas, kerja sekolah sepah, buku tak susun, jadual tak ikut. Sebijik macam saya membebel bila mereka sepahkan rumah masa kecil dulu.

Duo Ashraf dan Abqari tu paling banyak mengadu masalah dengan saya.Selain Adib dan Hanani, dua orang ni selalu datang jumpa saya sebab konflik kawan. Dua yang atas tu, konflik belajar dan str3ss. Yang geng ni saja lah selalu nya masalah kawan, gduh kawan. Sampai saya dan suami decide untuk pindah taman sebab kawan-kawan mereka suka membuli. Habis calar balar badan anak saya dicarit dengan ranting kayu.

Syira juga yang paling sweet. Behaved sepanjang masa. Suka baca buku kat buai luar rumah. Petang-petang boleh dengar la suara dia, “once upon a time… once upon a time…” jiran-jiran pun suka main dengan dia. Abang dan kakak ajar dia kayuh basikal, depan pagar rumah. Main air paip, mandi tepi parking kereta. dah basah kuyup, terpekik pekik minta tuala. Macam tu la mereka membesar.

Hanani masa form 4 masuk MRSM. Abang dia Adib ambil SPM di sekolah, duduk rumah, tak pergi SBP. Sebab papa tak bagi. Result dia lagi bagus dari Hanani.

Habis SPM, Adib masuk UM ambil TESL. Hanani ke UiTM buat degree in pharmacy. Sekarang masing-masing dah jadi teruna dan anak dara. Adib umur 25, Hanani 24, Ashraf 21, Abqari 19 dan Syira 16. semua ada kat rumah sekarang, work from home dan belajar online.

Kecuali hanani. Sekarang tengah dalam kontrak KKM (PRP) untuk jadi pegawai farmasi. Adib pula mengajar di sekolah, 20km dengan rumah. Jadi, duduk dengan kami juga.
Baru-baru ni hari jadi Adib, 11 jun lepas. Kami sambut di rumah, Saya jadi sebak. Sebab tengok anak-anak berkumpul.

KEcuali Hanani, dia sahaja dalam wassap video call. Saya buat ucapan sikit untuk adib. Saya suka tengok mereka dah membesar dengan sihat dan berdikari. Semua hensem dan cantik belaka. Masing-masing dah pandai bawa diri sendiri.

Dah kerja, duduk jauh dengan saya. Belajar pandai, tapi main-main tu tetap ada.Somehow, saya kata saya suka tengok mereka besar. Tapi jauh dalam hati ni rasa sedih juga. Dulu, tak kira masa cari saya.

Ada masalah sikit cari dan cerita kat saya. Sekarang, semua dah besar. Bila saya atau papa mereka tanya, okay ke tak? ada masalah ke? Semua cakap okay. That’s adulting. They behaved in adult manner. Most of the time, they pretend to be okay walaupun tak okay.

Walaupun saya ni bukan ibu yang lahirkan mereka dari rahim saya, tapi saya pernah alami usia-usia macam mereka. Sikit banyak, saya tahu apa mereka rasa. Sekarang, prlahan -lahan saya dah nampak mereka ke arah struggle tu.

Engage in social development, try to be fit in society’s expectation. Terutama sekali Adib dan Hanani, sebab dah masuk alam kerja. Dah mula rasa beban. Kena penuhi permintaan orang atasan dan sebagainya.

Saya tahu sangat anak-anak saya dah mula dalam zone struggle tu. Tapi saya tak nak tunjuk sangat yang saya tahu. Saya sebagai ibu kena professional juga.

Saya tak mahu mereka rasa tersinggung dan rasa saya seolah persoal kebolehan mereka.
Halus2 saya cuba beri concern dan motivate mereka untuk be strong and always vibing dengan emosi yang betul.

Saya tahu masa tu Adib nak menangis, tapi dia cuba acted cool in his way. Saya masih ingat rasa suam air mata dia di pipi saya masa ambil result SPM dulu. Dia pelok saya dulu sebelum pelok papa dia. Dia berterima kasih kepada saya sebab banyak belikan dia buku cerita dan novel english. belikan cd dan telefon untuk dia dengar lagu-lagu english.

Dari situ dia mula rasa minat dengan english dan TESL. Saya sangat bangga dengan Adib. Dia hilang mama masa umur dia sangat muda. Mama dia meninggal sebelah dia..Hati saya pilu bila ingat balik kisah kem4tian tu. Betapa banyak yang dia dah lalui sampai tahap ini. Dia memang cekal. Dia memang anak teruna saya yang kuat dan tabah.

Adik-adik pun sama, walaupun belajar lagi. Mereka pun slowly ke arah sana. Zaman kita membesar tak sama dengan zaman anak-anak kita. Syira umur 16, tingkatan 4 dah tanya saya pasal isu pengangguran. Pening saya nak jawab. Semua benda kat hujung jari, maklumat banyak. Dia nak pilih cita-cita dia pun, dia tak yakin.

Saya sampai terkejut, migraine dibuatnya. Last-last papa dia juga la jawab. You jadi cafe owner sahaja lah Syira. Kerja sendiri bagi ibu makan. Begitu lah kisah saya dengan anak-anak. Dulu saya memang sungguh2 rasa takut macam mana nak terima budak2 ni. Risau juga macam-macam boleh jadi.

Tapi lepas 14 tahun bersama, saya cuma mahu ingat kenangan2 yang ada gelak tawa sahaja. Yang duka2 tu biar lah jadi pengalaman yang mendewasakan saya. kadang2 saya terfikir, untuk jadi seorang ibu, bukan bermaksud semata-mata kita lahirkan seseorang. Tapi nak jadi seorang ibu, kita perlukan banyak kasih sayang, Dengan kasih sayang ni lah kita nak beri kepada anak-anak.

Kalau lahirkan sahaja, tapi kita beri kesengsaraan, dera sampai bnuh semua, layak tak kita nak gelar orang itu sebagai ibu?
Sekarang, anak-anak dah besar, saya dan suami makin tua. Penat lelah besarkan anak, masak banyak2, kejut pagi tiap hari semua tu dah jadi memori manis kami.

Semua tu kalau duduk berdua, recall balik lepas tu sama-sama gelak. Sebab tak sangka cepat sangat masa berlalu. Sekarang, kami nak tenang sahaja, tengok dah perhatikan anak-anak bawa diri. Kami dah berikan didikan dan ajaran yang baik2 sahaja inshaAllah. Harapnya boleh jadi panduan untuk mereka.

Setahun dua lagi mungkin tunggu menantu dan cucu saja la kan? Aamiin. Doa2 kan anak2 saya yer. Panjang umur, dapat la sama2 tengok menantu dan cucu. InshaAllah. Aamiin.

– Ibu (Bukan nama sebenar) kredit bacakami.

Via: seleksimedia

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini