“Aku menantu, yang tak bekerja”. Hujung bulan, mertua kasi duit belanje. Kadang masuk bilik, ajak ‘cuci mata’ sama2

 #Foto sekadar hiasan

Menantu Tak Bekerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sedikit pengenalan. Aku Fatyn. Sudah berkahwin nak masuk tahun ke 2.

Aku ada baca confession berkenaan mertua dan menantu. Untungnya TT dalam tu dia bekerja dan duduk dengan mertua.

Aku tidak bekerja. Aku berhenti kerja lepas kahwin dan ikut suami aku duduk sekali dengan mertua.

Alhamdulillah sepanjang duduk sekali, so far aku takde lagi masalah dengan mertua. Diorang layan aku macam anak sendiri.

Aku bahasakan mertua aku mama dan ayah okay. Sebabnya, pernah sekali tu aku dengar mama ayah cakap dekat kawan diorang aku ni anak. Dia tak mention pun aku ni menantu.

Lepastu kawan diorang tanya eh bukan anaknya lelaki ke, lepastu ayah cakap anak la jugak ni. Masatu aku rasa terharu sangat.

Start tu aku tak bahasakan lagi mama ayah tu mertua aku. Bagi aku depa dah macam mama ayah aku yang bebetul jugak.

Aku sekarang duduk rumah buat kerja macam biasa. Masak, menyapu, mengemop, sidai kain apa semua la.

Mama hujung bulan kekadang bagi aku duit belanja. Ayah pun. Kalau diorang tau aku nak balik kampung, bagi duit belanja. Siap pesan beli apa apa balik kampung.

Masa memula pregnant aku alah teruk sampai kena warded. Berat turun 8kg. Mama datang bawak makanan. Tanya ada nak makan apa apa tak. Bawak aku pergi urut bagi badan segar.

Masa awal pregnant tu aku tak buat kerja langsung. Mana nak buat kerja. Mandi pun sehari sekali je. Badan rasa lemah lesu taktau nak cakap la.

Sampai mama suruh suami aku bawak aku keluar katanya pergi keluar jalan jalan ambil angin makan apa apa.

Ni dah bersalin, sayang betul diorang kat cucu sulung diorang ni. Dah ada anak ni mama siap pesan kalau tak boleh nak masak suruh je suami aku beli di luar. Suami aku pun alhamdulillah seorang yang sangat faham.

Siap cakap kalau sayang tak nak masak sekali seminggu pun abang tak kisah. Weekend biasanya memang aku pass masak memasak dekat mama. Hehehe. Unless mama ada kerja.

Oh lupa mama aku petugas kerajaan. So weekdays memang aku la take over rumah dan dapur.

Mama aku kadang masuk bilik aku lepak lepak sembang bukak shopee ajak beli apa apa. Dari skincare, baju, anak tudung, baju cucu, benda merepek pun dia ajak cuci mata hahaha.

Kalau dia nak suruh aku ambil apa apa dia cakap kakngah ambil la mana mana. Mama belanja.

So far ini la kehidupan aku. Aku kadang fikir, apa benda yang aku buat aku dapat mertua macam ni. Aku selalu terima kasih dekat suami sebab bagi aku mama ayah yang macamni.

And yang penting, dari sebelum aku kahwin, aku doa yang semoga dapat family mertua yang anggap aku macam keluarga sendiri. Yang boleh terima aku.

Even sampai sekarang aku doa macam tu. Aku tak mintak banyak. Semoga Allah kekalkan apa yang aku rasa sekarang ni aku syukur sangat.

Semua ni doa mak aku jugak.

Ada satu pagi aku post gambar anak dalam family aku. Lepastu mak aku reply, semoga mak nur (anak aku) bahagia disamping keluarga mertua. Berair sat time tu, huhu.

And mak aku jugak yang ajar doa yang semoga dapat mertua yang baik.

Akhir sekali, aku doakan pada sesiapa yang ada masalah dengan family mertua semoga semuanya akan baik baik je.

And doakan aku juga ya yang membaca story aku ni. Terima kasih.

Reaksi Warganet

Miza Zumizah –
Setuju pasal doa tu. Saya pun sebelum kawin selalu doa nak family mertua baik macam aruwah mak dan abah.

Serta aruwah nenek sebelah abah sebab aruwah nenek layan mak macam anak sndri. Selain nak suami yang memahami dan layan saya macam aruwah abah layan aruwah mak saya.

Qinah Umar Shaiful –
Alhamdulillah rezeki sis. Moga berkekalan hubungan sis sekeluarga hingga ke Jannah.

Saya pun alhamdulillah dikurniakan keluarga mentua yang baik baik walaupun mak dan baba mentua dah meninggal tapi akak akak dan abang abang ipar semuanya okkey baik.

Nak2 saya ipar yang bongsu. Kadang sebut je nak makan ape ipar ipar akan tunaikan, heeee. Merasai jugak lah ade kakak dan abang sebab saya anak sulung dalam keluarga.

Sya Nysya –
Alhamdulillah. Allah kan maha baik dan maha pemurah. Kalau kita minta bersungguh sungguh Allah akan beri.

Untuk yang muda muda rajinkan berdoa untuk mertua baik dan sayang kita. Untung kalau mertua sayang ni, peratus suami nak buat hal kurang.

Syaratnya kita pun kena baik dan jangan mengambil kesempatan

Miera Johan –
Kalau tak dapat mertua yang baik, at least, panjang umur nanti kitalah jadi mertua yang baik dengan menantu. Ujian kita Allah sudah tetap kan. Dan ujian tu tak sama buat kita semua

Rizqiyah Misriah –
MasyaAllah, you are very lucky, blessed and your story like a dream for me.

Walaupun tak dapat nak rasa, baca cerita ni pun dah satisfied sangat. I’m truly happy for you. May Allah bless you with more of rizq and joy

Sumber – Fatyn (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *