Aku Kawin Atas Dasar Dijodohkan Keluarga. Suami Buat Aku Mcm Kawin K0ntrak, Janji Nak Lepaskan Aku Bila Jumpa Pasangan Masing2. Tapi Aku Punya Agenda Trsendiri.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Aku mulakan cerpen ini dengan “Aku terima nikahnya Zahnita binti Zahar dengan mas kahwinnya, RM 8,000 tunai,” Dialog sama terngiang-ngiang dari tadi. Sungguh aku gundah.

Lelaki itu seakan ditaktor. Aku jadi gerun dengan sikapnya kadang kala. Kejap baik kejap boleh menjadi harimau lapar.

Majlis pernikahan aku biasa saja. Tak semewah orang lain. Kami kahwin atas dasar sama-sama ingin melengkapi hidup.

Dia punya rumah, kereta dan kerjaya. Namun tak punya hati yang terisi dengan cinta wanita. Aku juga.

Aku anak orang kaya yang tak perlukan apa-apa. Papa sendiri tak mahu aku bekerja. Papa sangat sayangkan aku. Mungkin aku sajalah anak dia.

Segala keputusan papa ikutkan saja. Mujur saja suami aku pandai berlakon. Nampak sangat dia benar-benar cintakan aku tapi hakikatnya?

“Kau buat apa kat sini?” Sergahannya mengejutkan aku. Ingatan pada papa terus lupus serta merta. “Saya rehat.

Penat dari tadi berdiri,” Pakaian pengantin suami aku masih melekat dibadan. Cumanya kelihatan berkedut sedikit.

“Kau ingat kau sorang je penat. Jom teman aku. Kawan aku yang datang semua nak tengok kau. Kau ingat aku tunggul kat bawah tu? Harap je dah kahwin. Bini pun macam tak ada,” Bebelan dia aku dengar saja.

Malas aku nak menyampuk. Kaki melangkah longlai. Tangan aku digenggam kemas. Aku tahu lakonan bakal bermula. Entah mengapa setiap kali aku berlakon, aku rasa semuanya macam realiti.

Suara-suara lelaki mengganggu kosentrasi aku membetulkan busana pengantinku. Sarat dengan labuci. Malah kainnya meleret hingga menyukarkan jalan aku. Izmir berjalan tanpa peduli aku.

“Hye guys. Kenalkan ini bini aku, Zahnita,” Semua berpaling ke arah kami. Aku jadi malu.
“Cop! Ita kan?” Ita anak Datuk Zahar?”
“Kau kenal bini aku?” Suara Izmir berubah serius.

“Apa pulak tak kenal? Dia ni kat kampus bukan main famous. Kau lupa ke aku dengan dia satu fakulti?” Azhan teruja. Aku sengih saja. Kantoi pulak.

“Oh, aku lupalah. Bini aku cun. Takkan tak famous kan?” Perbualan meraka aku tak hiraukan. Diam tak berkutik di sebelah lelaki tegap.

Tangan masih berada di genggamannya membuatkan aku lemas. Lama mereka berborak. Ada kala aku jadi bosan. Hendak menguap terpaksa aku menahannya.

“Sorrylah geng. Kalau terkurang ke apa eh? Aku sediakan mana mampu je,” ujar si Izmir. “Mana yang mampu? Ini dah cukup grand bagi aku.

Kau pun kahwin sekali seumur hidup kan,” Celah Zahid. Aku tahu namanya sebab name tag dia tak bukak.

“Apalah pergi kenduri kahwin pakai name tag segala. Buat malu je”. Aku membebel sendiri dalam hati. “Okeylah kami gerak dulu. Btw Zahnita, you nampak anggun. Lagi-lagi bila pakai tudung macam ni. Tahniah ye,”

Aku senyum nipis. Terasa tangan aku digenggam lebih erat. Ada yang marah. Ya, aku berhutang beribu penjelasan untuk suamiku dek kerana perbualan sebentar tadi. Mereka beransur pulang. Lega!

Sejurus majlis kahwin selesai, tiba malam hari dimana dingin menghembus bayu. Sejuknya hingga ke tulang.

Aku duduk di tepi pintu. Entah mengapa malam ni sangat rasa lainnya. Mungkin aku dah punya tanggungjawab besar. Walau kami saling menetapkan syarat.

Tak bermakna perkahwinan ini tak berlandaskan agma. Itu aku tak mahu. Aku takut bergelumang dosa.

Niat kahwin pun dah salah. Aku takut. Cukuplah dosa menipuu papa kesayangan. Aku kembali terkenangkan papa.

“Papa…”. Air mata aku mengalir tiba-tiba. Ada tangan mengesat air mata aku. Membuatkan aku tersentak. “Eh awak,”. Aku menyapa Izmir. “Kenapa nangis?

Kau menyesal ke kahwin dengan aku ni?”.Masih kasar bahasanya. Aku senyum dan geleng.

“Taklah. Sekali saya dah tekad, saya akan tetap teruskan,” Ujar aku perlahan.“Kau tahukan kita buat semua ni sebab kita single.

Kita tak ada rasa cinta langsung. Jadi aku harap kau boleh bersabar. Mungkin untuk setahun dua hinggalah sama-sama jumpa pasangan hidup sebenar”. Aku tersentak. ‘

“Sebenar?” monolog hati.“Awak… saya ada request,”

“Apa dia? Aku boleh nak tunaikan. Janji jangan lebih-lebih,”. Lelaki di depanku sangat berbeza saat pertama kali bertemu.

“Saya nak panggil awak dengan panggilan yang sesuai untuk suami. Lagi satu…”

“Stop! Kau nak panggil aku apa? Abang?Sayang? Please aku geli benda macam ni. Lagipun kita dah bincang. Hubungan kita nampak mesra depan orang lain je kan,”.

Aku pr0tes. Aku tahu dia bukan nak setuju dengan cepat. Tapi aku hanya ingin menghormati seorang lelaki yang bergelar suami. Aku harus pujuk dia. Aku harus cari jalan.

“Kenapa kau diam?” Izmir menegurku.“Saya cuma nak panggil awak abang. Sesuai sebagai suami. Lagipun kita kena biasakan diri.

Takut tersasul panggilan,”. Aku nampak dia diam memikir. Aku harap berhasil rencana aku. Ya, rencana tersembunyi. Aku tahu dia pasti bisa setuju.

“Baiklah,”. Balas si Izmir.“Yes!”. Spontan aku melompat girang.“Yang kau seronok sangat kenapa? Panggilan je pun. Lagipun aku tua dari kau. Lagi?” Izmir memandang aku. Aku terasa getaran di dada. “Itu je setakat ni. Nanti ada apa-apa saya cakap kat awak eh abang,” Aku malu.

“Okey, aku rasa aku pun kena bahasakan diri abang kan? Baik kita praktis sama-sama. Tapi abang nak panggil awak apa?”

Berdesup jantung aku mendengar kalimah abang. Mudahnya jalan aku kelak. Aku senyum.

“Panggil Za. Sebab tak ada siapa panggil saya macam tu. Cukup buat suami saya seorang,”

“Apa-apa jelah. Abang nak pergi mandi. Peluh je malam ni,”

Suamiku kelihatan kekok. Aku tahu. Misi seterusnya akan dimulakan esok hari pula. Aku senyum lantas membaringkan diri di atas tilam empuk.

Aku tahu kami kena menjaga batas. Aku malas dengar bebelan dia. “Goodnite abang!”.

Seminggu telah berlalu, aku melangkah malas ke kereta. Cuti aku dah berakhir. Seharian aku menghabiskan cuti dengan menonton drama korea secara marathon.

Harapkan ada suami macam tak ada. Lelaki itu dari pagi semalam lesap. Aku cuba tak ambil peduli. Tapi aku tak bisa.

“Kerja?” “Aah,” “Kenapa tak semangat ni? Tak sihat ke?” Izmir menghalang laluan aku. Tangan kasarnya menyentoh dahi laju. Aku malu.

“Tak demam pun. Kenapa Za?” Aku diam.
“Abang tanya ni. Za kenapa? Tak payahlah pergi office hari ni. Sini masuk balik,” Entah mengapa aku ikut je rentaknya. Seolah dipukau. Ya, dipukau suami sendiri.

Layanannya sangat berbeza saat malam pengantin kami dengan sekarang. Aku seakan terbuai mimpi yang tak berkesudahan.

Izmir, aku sukakan kau. Hati aku member0ntak ingin mengatakannya. Tapi akalku menghalang. Lantas aku mendiamkan rasa ini sendiri.

Nak dijadikan cerita, ada suatu hari tu aku pergi ke sebuah pasaraya untuk membeli barang dapur. Kecohnya pasaraya pagi itu. Aku segera mengeluarkan list.

Aku teringin nak masak Ikan Bawal tiga rasa. Aku ingat pesan aruwah mama. Kalau nak pikat hati suami kena pikat perutnya dulu. Aku senyum sendiri.

“Abang, ikan ni nampak freshlah,”. Aku senyum je melihat gadis itu memilih ikan bersama pasangannya. Nampak manis sekali. Aku cemburu tiba-tiba. “Eh, Mia nak beli ikan?

Bukan Mia tak suka makan ikan ke?” Suara itu aku kenali. Aku diam mencurri dengar. Ya salah. Tapi aku inginkan kepastian.

“Ala abang ni. Ikan ni untuk abang. Mia nak masakkan untuk abang,” Manja sekali kedengaran di telingaku.

Pedih teramat sangat hati ini. “Untuk abang? Amboi pandai Mia ambil hati abang. Ni sayang Mia lebih ni,” Izmir ketawa perlahan.

Aku nampak perempuan tu menepuk bahu suami aku sendiri. Drama apa yang mereka sedang lakonkan. Aku benci. Aku benci.

Lantas ikan yang aku pegang dari tadi aku campak. Kasihan ikan tak berd0sa itu. Dengan tangan tak dibasuh aku segera beredar.

Aku dengar suara Izmir memanggil. Tapi aku tak mahu berpaling. Hati sudah makin parah. Ya, aku yang salah kerana menyimpan rasa buat suami yang tak menyintai isterinya sendiri.

Aku kemaskan segala barang aku di rumah ini. Aku tinggalkan nota kecil buat insan yang bergelar suami.

Aku sedih. Ingin lari dari rumah yang mencipta pelbagai kenangan. Aku pasrah. Biarlah dia dengan pilihan hatinya.

Ps: Halalkan makan minum saya. Abang, semoga berbahagia. Surat pencerraian abang boleh tolong proseskan nanti saya sain. Jangan risau.

Aku melangkah pergi. Tinggallah kasih, tinggallah sayang. Sayangku Izmir,aku doakan kau bahagia. Walau aku yang menderiita.

Kau bahagiakanlah dia lebih dari kau bahagiakan aku satu tika dulu. Aku bersyukur berpeluang menjadi suri di rumahmu.

Walaupun aku tak berjaya menjadi suri di hatimu. Hatiku tersiat-siat namun masih mengukir senyuman.

Aku tahu, suami aku akan bahagia bersama pilihan hatinya walaupun aku menderitta. Salah aku kerana mengharap panas hingga ke petang namun lupa hujan pasti datang di tengahari.

Salah aku kerana mencipta angan-angan. Semuanya salah aku yang membenarkan hati menerima cinta setelah aku terima nikahmu. Benarlah kata bidalan cinta tak mungkin bisa dipaksa.

Walau cinta yang hadir indah buat sementara namun aku pasrah. Aku rela demi cinta yang sebentar cuma. Aku bukan b0doh menilai cinta.

Cuma aku tamakk ingin memiliki cinta pada yang tak sudi. Izinkan aku semat cinta ini dalam hati selama-lamanya. Izmir, aku cintakan kau wahai suamiku.

Kau takkan pernah dengar kata-kata keramat ini kerana telah aku tanamkan ia jauh ke lubuk hati.

Aku senyum ketika mukaku kebasahan dek linangan air mata. Berbahagialah wahai hati walau cinta Izmir bukan milikku.

Amacam? Jadi tak kisah sedih yang aku cuba garapkan? Tak sweet dah kan? Tak reti buat kisah sedih. Jangan marah ye.

Kriitikan korang aku terima secara terbuka. Marilah kriitik hasil aku ni. Atas permintaan aku sambung nanti cerita ni. Jangan marah okey.

Part 2 :Kerana Cemburu Dengan Hubungan Izmir Dan Adik Angkatnya, Akhirnya Sesuatu Telah Berlaku Yg Buatkan Aku Menyesal Seumur Hidup.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih atas respon yang baik dan ramai yang ingin tahu kisah selanjutnya.

Baiklah Aku teruskan sajalah tanpa membuang banyak masa. Sejurus aku keluar dari rumah aku pulang semula buat seketika.

Aku lihat keadaan rumah sunyi. Kunci rumah masih ada padaku. Mujur saja aku tak tinggalkan. Perlahan-lahan aku buka.

Rumah kemas. Aku curiga kerana aku sudah menyepahkan sebelum keluar tadi.

“Jangan-jangan ada penceroboh?”. Tanyaku sendirian.

“Tak. Bukan pencer0boh,”. Suara di belakang buat aku terkejut.

“Abang buat apa kat sini?” Aku cuak. Kekuatan aku makin memudar melihat suami sendiri di depan mata. Seakan lunyai segala perasaan dendam melihat wajahnya.

“Aik kenapa Za tanya? Ni kan rumah abang. Mestilah abang kat sini. Za pergi mana tadi? Dengan beg segala?”.

“Pura-pura tanya pulak,”. Aku jadi bengang tiba-tiba. “Takkan dia tak baca nota kecil tadi?”. Hati tertanya.

“Abang macam nampak Za kat pasaraya tadi. Betul ke?”. Izmir memandang aku tajam.

Hati berbolak balik. Aku jadi lemah. Aku rasa ingin ke pelukannya dan menghamburkan rasa yang bergelodak di hati. Namun, ada suara membantutkan rasa rindu.

“Siapa tu bang?”. Tiba-tiba ada suara perempuan menyapa.

“Isteri abang. Meh nak kenalkan. Za, ni adik angkat abang. Abang membesar dengan dia sampai dia umur 5 tahun,”. Aku memandang sebentar. Hati bagai dicarik-carik.

Perempuan muda inilah yang aku nampak tadi. Dialah yang membuatkan aku merana dari pagi. Namun, isyarat suamiku untuk bersalaman aku terpaksa patuh. Lalu aku menyalami tangan dia.

“Kalau Za nak tahu, abang paling rapat dengan dia. Sampaikan orang ingat kitorang suami isteri. Kan Mia kan?

“Aah Kak Za. Kami memang kamceng. Balik sekolah abang bawak mandi sungai. Lawak je abang tak reti berenang. Terpaksa panggil orang tolong sebab abang Mir lemas,”.
Keduanya ketawa.

Hati aku mendidih serta merta. Perempuan ini hanyalah adik angkat. Tapi rapat sangat. Aku diasak cemburu.

“Tak apalah, korang boraklah dulu. Akak nak naik mandi. Penat kerja dari pagi tadi,” Sinis suaraku.

Aku menaiki tangga tanpa menghiraukan jelingan Izmir. Aku tahu dia marah dengan sikapku yang sebegitu.

Ketukan pintu bertalu-talu membuatkan aku rimas. Kamar kami terganggu seketika. Lantas aku bangun membuka pintu. Seperti yang dijangka Izmir datang.

Mukanya tegang. Aku tahu perbualan kami belum tamat. Aku buat muka selamba. Terus lompat ke katil semula.

“Kenapa ni?”. Tanya Izmir.

“Abang jangan tanya benda yang abang dah tahu boleh tak?” Aku membentak.

“Apa yang abang dah tahu? Pagi tadi kat pasaraya. Itu Za kan? Kenapa abang panggil tak menyahut? Abang balik tengok rumah bersepah. Kenapa? Za marah kat abang ke?”. Aku hanya diam membisu.

“Jawab Za!”. Izmir betul-betul dihadapan aku. Aku gerun pula. Nafas ditarik sedalamnya.

“Ya, memang Za ada. Nampak kemesraan adik dan abang kononnya tu,”. Sinis aku menjawab.

“Apa masalahnya? Itu adik abang. Bukan orang lain. Don’t tell me Za jealous dengan Mia?” Sengihan Izmir membuatkan aku lebih geram.

“Apa? Tak kuasa nak cemburu. Abang nak peluk ke cium dia pun silakan. Za lagi suka,” Aku melawan.

“Jangan cabar abang Za,” Kata-kata dia langsung tak aku endahkan.

Terus lelaki itu keluar. Aku diam. Benarkah mereka ada hubungan istimewa? Aku curiga. Lantas aku perlahan mengintai ke bawah.

“Abang, awal turun. Tadi kata nak mandi?”

“Tak jadi. Kak Za tu menyanyi dalam bilik air. Alamatnya esok baru sudah,” Keduanya ketawa. Aku geram.

“Berani kutuk isteri sendiri?”. Monolog hati.

“Abang isteri abang cemburu ke kita berdua rapat macam ni?” Suara Mia manja. Aku makin geram.

“Biarkan dia cemburu. Dia tu cold hearted. Mana nak rasa apa. Dahlah jom kita makan dulu.

Tunggu dia boleh kebulur abang,”. Mia ketawa lembut. Aku dengar mereka berborak lagi. Lagi dan lagi. Api cemburu makin menjadi-jadi. Lantas aku turun juga.

“Eh kak. Dah mandi? Meh makan sama. Nak Mia sendukkan nasi?”. Aku nampak Izmir sikit pun tak kisah.

“Tak apa. Akak boleh buat sendiri. Mia tu tempat duduk akak,”. Sengaja aku tegur. Mia segera bangun namun Izmir menghalang.

Pergelangan tangan Mia digenggam erat. Mata aku tak salah lihat. Sewenangnya mereka membuat drama. Namun, aku gagahi jua.

“Tapi akak punya tempat. Mia boleh makan sebelah sini,” Mia bersuara lembut. Aku menjadi semakin menyampah.

“Dahlah Mia. Makan jelah. Perut akak masuk angin pulak kalau asyik berebut kerusi,”

Semua kembali senyap. Aku makan ala kadar. Sengaja membiarkan pinggan tak basuh. Kejam tak kejam. Aku tak suka berkongsi suami. Aku nak Izmir pilih antara dua malam ni juga.

Selang beberapa ketika, hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun kami teruskan juga perkahwinan yang kononnya kontrak ini.

Dan ada pada suatu ketika tu, aku termenung melihat kanak-kanak bermain, berlari mengejar antara satu sama lain.

Aku tersenyum melihat telatah mereka. Sayang sekali itu bukan anak aku. Ya, mana mungkin aku ada anak. Peristiwa lama mengimbau diri aku kepada segala kepahitan dulu.

“Eh termenung kenapa ni?” Izmir menegur. Tangan aku dipegang erat. Dia seakan memahami. Aku bersyukur mempunyai suami sepertinya.

“Tak ada apa bang. Seronok tengok budak-budak ni main,”. Jawabku.

“Janganlah sedih sayang. Kita usaha lagi okey?”.

“Kalaulah malam tu Za tak bergaduh dengan abang. Semua ni takkan jadi. Maafkan Za, bang. Za tak tahupun yang Mia tu anak kepada mak susuan abang,”.

Mata aku mula berkaca. Keegoan akhirnya memakan diri sendiri. Aku memaksa Izmir memilih antara aku dan Mia. Izmir tercabar dengan kelantangan suara aku. Dia memilih Mia untuk menyakiti hatiku.

Aku keluar dari rumah tergesa-gesa. Akhirnya aku kemalangan. Kesan kemlangan yang masih ada. Kesannya sungguh parah hingga membuatkan aku menyesal tak sudah.

“Hei, kenapa nangis ni? Semua dah ditakdirkan sayang. Kalau tak sebab kemlangan tu kita akan bercerrai.

Sayang nak ke? Pasal anak tu rezeki pasti akan ada kalau kita rajin berusaha dan bertawakal kepada Allah,”. Aku menangis.

Suamiku dipelok erat. Erat seakan tak mahu dilepaskan. Cinta memerlukan pengorbanan. Aku tak sanggup mengorbankan ego aku akhirnya mengorbankan satu nywa berharga.

Ya, anak aku m4ti. Aku kegugguran saat kemlangan. Aku tahu anak itu pasti tak mahu ibu seperti aku dan kerana itulah dia memilih untuk ke alam lain. Aku redha.

“Abang akan tetap sayang Za sampai bila-bila. Abang tak pernah salahkan Za sebab anak kita tu.

Walaupun kita kahwin bukan atas dasar cinta, tapi kita berjaya pupuk dan semai rasa cinta tanpa kita sedar.

Abang cintakan isteri abang satu-satunya. Jangan cemburu lagi sayang. Abang tak sanggup kehilangan buat kali kedua,”.

Aku menangis bahagia. Pelukan takkan pernah terlerai umpama kisah cinta kami berdua yang takkan berakhir. Aku akan jaga hubungan ini sebaiknya. Aku janji.

Aku berjaya tamatkan cerita ni. Tak ada sad ending sebab tak reti nak menulis sangat. Apa-apa pun aku minta maaf sebab memang tak boleh nak penuhi permintaan dan kepuasan hati semua orang.

Aku buat sekadar yang mampu, berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku.