Aku k̷aya tak sepad̷an dgn lelaki m̷iskin tp mak suruh pilih lelaki ini seb̷agai suami

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Sy nk share something positif. Moga bermanfaat. Sy nk share sikit cerita mcm mana sy brtemu dgn suami sy. Sekarang ramai yg dh tak percaya dgn cinta lepas nikah, tambahan pula kalau ianya pilihan mak ayah. Takut tak sesuai dan tersalah pilih sedangkan islam dh bg panduan memilih pasngan hidup.

Dulu masa zmn anak dara sy seorang aktif brpersatuan, suka brmasyarakat dan seorang yg puitis. Jd sy agak menonjol dlm kalangan pelajar2 Msia di sana.

Tanpa diduga datang bbrapa jejaka menyuarakn hasrat hati utk menyulam cinta. Pernah juga terdetik utk punya buah hati. Yelah bila dh jauh dgn family beribu batu, kan best klu ada buah hati yg boleh berikan kasih sayang?

Tp nasib dyorg tak baik sbb dr dulu lg sy dh set prinsip sy. Sy takkan bercinta dgn lelaki yg bukan suami sy yg sah. Meskipun sy pernah sukakn seseorang dan org itupun sukakn sy, sehabis baik sy cuba hapuskan perasaan tu sebelum ia makin tak terkawal.

Peritnya hanya Allah yg tahu. Bg sy biarlah bercinta selepas kahwin. Itu lebih membahagiakn dan terlindung dari melakukan prkara maksiat sprt terlanjur dsbgnya.

Alhamdulillah Allah bantu sy jaga hati dan prinsip hadapi dugaan maha hebat sepanjang 4 tahun di luar negara.

Balik shj ke Msia datang lamaran yg pertama dr rakan sekolah rendah, sy tolak. Orang yg kedua juga sy tolak, ibu agak terkilan dgn sy kerana yg kedua ini orangnya sopan,kerja kerajaan dan brpendapatan tetap, ada rumah dan kereta yg selesa.

Tp entah kenapa hati sy tidak terbuka. Sampailah yg ketiga, pd awalnya sy ingin menyuarakn hasrat utk menolak kerana tak berkenan dimata sy.

Orangnya rendah, gelap, tidak ada rupa, brpendapatan kecil, kerja swasta syarikat kecil, tidak ada kereta, rumah dan cuma ada motor sahaja.

Rasa menyesal pula tolak lamaran sebelum ni, haa kan dh datang calon yg tak seberapa, kata hati sy masa tu. Sampai terkeluar dr mulut sy “ibu rasa padan ke anak ibu ni dgn dia?”. Yelah masa tu sy dh ada syarikat sendiri, dh ada kereta dan agak senang.

Ibu bersungguh betul pujuk sy terima lamaran kali ni. Katanya lelaki ni lebih baik dr sebelum ni, dia seorang yg baik tutur kata, jiwa halus,bertanggungjawab, penyabar dan ada sifat ehsan yg tinggi.

Buat makluman ibu sy ni seorng kaunselor hebat, dia memang pandai menilai dan baca sikap seseorang.

Katanya lelaki ni seorang yg bertangungjawab sebab dia byk terlibat dgn aktiviti2 kemanusiaan, bantu rakyat Plestin, Syria,mngsa banjir di Kelantan Pahang,gelandangan,anak yatim dan dia juga aktif dalam persatuan yg membentuk jatidiri pemuda pemudi.

Ibu kata kalau dia ada rasa tanggungjawab tolong orang,sabar dan rasa ehsan dgn orang sekeliling, insya Allah dia juga akn brsikap yg sama pd anak isteri.

Ibu betul, dah bertahun ktorg kahwin, dia masih seorang suami yg sama seperti yg ibu sy ceritakan. Dia baik dan penyayang dgn anak2.

Ibu juga ada bgthu yg bakal suami sy ni ada join usrah. Maknanya hati dia cenderung kepada kebaikan. Klu ikut pengalaman ibu sy sbg kaunselor, lelaki ni memang mudah terkesan dan terikut dengan kawan.

Berapa ramai isteri makan hati dgn suami yg terpengruh dgn perangai buruk kawan2. Jd bila ibu tahu dia ada join usrah, means dia ada support system dan circle friends yg baik yg boleh mempengruhi dan memberi cas yg positif.

Macam2 ibu analysis perwatakan dia ni dan ibu yakin dia boleh bimbing sy dan jd suami yg baik. Makan bulan juga ibu ayah siasat background dia, keluarga dia semua.

Yg paling mcm detektif mestilah ibu sy. Sy rasa ibu tak sesuai jd kaunselor, ibu patut jd detektif polis Bukit Aman. ?

Cantiknya aturan Allah temukan sy dgn dia yg telah kematian ibu sejak kecil, sebab sy ni kurang sabar dan agak kurang sensitif dgn perasaan orang. Andai ibunya masih ada, sy bimbang kalau2 ada hati yg terluuka dgn sikap sy.

Mcm2 ibu briefing psl dia. Last skali sy end up pilih dia dan ktorg tetapkan pertunangan selang 8 bulan kami pun nikah.

Sepanjang perkenalan dan pertunangan kami tak pernah berhubung apatahlagi berjumpa berdua. Dia siap buat wassap group yg dalam tu ada dia, sy, mak ayah sy dan ayah dia.

Nak bincang apa, cakap apa, semua dlm tu. Kalau nk jumpa, dia akan datang rumah sy dan berjumpa mak ayah sy tp dia tak pandang sy, dia sibuk borak dgn ayah sy je. Cuma adalah perasan kadang2 dia curi2 pandang sy. Bila sy pandang dia balik, dia alih pandang tempat lain.

Sy tahu dia jenis yg ‘menjaga’ tp tak payahlah strict sgt. Mula2 sy protes juga “dia ni betul2 sukakan aku ke tak ni?” sampaikan sy rasa nk hentikan pertunangan ni. Tp disebabkan cara dia santuni mak ayah sy, sy jadi lembut hati.

Walaupun sikap dia yg tegas dan terlalu menjaga ni membuatkan sy rasa annoying pada awal pertunangan, sebenarnya banyak membantu sy membina kepercayaan, mengawal rasa cemburu dan insecure selepas berkahwin.

Kadang2 ada manusia yg jenis batu api suka cerita staff perempuan yg satu office dgn suami. Dia ni cantiklah lah, muka flawless,single, meja sederet dengan meja suami.

Tipu klu sy kata sy tak rasa pape. Tambah pula, client suami ramai perempuan, dapat pula client yg tak nak berurusan dgn org lain selain suami sy.

Ayat mesej dia pula kebanyakan pertanyaan yg tak perlu dan takde kaitan dgn kerja, lagilah buat sy cemburu sedangkn suami sy professional dan tak melayan pun.

Jadi bila datang je rasa cemburu atau insecure, sy akan teringat balik sikap tegas dan menjaga dia masa perkenalan ktorg dlu even skrg ni pun dia masih menjaga pergaulan dan pandangan mata.

Lepastu automatik sy jd yakin diri dan percaya dgn suami. Betapa kepercayaan memain peranan penting dalam perkahwinan. Itulah antara hikmah Allah suruh jaga mata dan pergaulan.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Eddy Arjuna, Laki yg baik akhlak ni banyak ja kat luar tp diorg muka x hensem la….tp kalau nk yg hensem, tinggi, wangi bagai mcm dlm drama jgn harap la

Akma Aziz, Lelaki mahal ialah lelaki yg akhlaknya baik..baik mcmne dia tidak mngalkan wanita mcmtu je. Tidak melayan wanita lain lgi selain wanita yg ingin dinikahinya..

Lelaki mahal ialah lelaki yg bersyukur dan pandai menghargai kehadiran wanita dlm hidup dia bkn mencari tanpa henti.

Siti Ulwiyah, Kepada yg belum berumahtangga jadikan diri terbaik untuk Allah insyaAllah akan beroleh yg sesuai dgn diri. Tapi yg dah berumahtangga andai ada kekurangan itulah peranan pasngan melengkapkan. Walaupun teruk macam mana Asiah isteri fir4un lagi dahsyat bersuamikan manusia paling kufur.

Rahmat Hamid, Memilih suami itu seperti kamu memilih untuk akhirat kamu. Baik suami kamu, maka hebatlah akhirat sekeluargamu kerananya.

Dan, memilih isteri itu juga seperti memilih madrasah. Jika hebat madrasah, hebatlah diri kamu serta anak-anak kamu dan sekeluarga kerananya.

Acha Rosli, Sebab tu perkahwinan ini bkn perkara mainan,bukn sebb cinta,bkn sebab nak mghalal an hubgn atau nafsu.perkahwinan nie ko dah bersedia tuk bkongsi semua kperrbadian pd psgn.sushseng,

buru baik tgg same2.memg org ckp bile kawin semu kperluan bini tgjwb suami.p istri kena btolak ansur dgn kemampuan suami.terima ape yg die mampu bg.baru rumhtgg bahagia hinga kjannah.

Yusuf Yon, Kesempurnaan itu bukan segalanya, sikap toleransi dan saling memahami juga hormat sesama pasngan perlu di dalam rumahtangga.. Sebenarnya jodoh setiap manusia itu telah d tetapkan.

so berdoalah muga dgn doa kita menjadi bahagia dalam rumahtangga jika berlaku sesuatu itu sudah takdir ilahi.. Jadilah insan yg mengembirakan orang lain pasti kita juga akan gembira.

Alice Tan, Org kata perkahwinan itu umpama perjudian dan memerluukan tanggungjawab yang berat. Kita tidak tau perangai sebenar pasngan sebelum kahwin krn rata2 berusaha mo jadi baik depan mata.

Slps kahwin baru masing2 rasa tanggungjawab berkeluarga. Namun, sekiranya kita tau pasngan kita tu menyebabkan penderaan emosi, fizikal dan rohani berusahalah mencari jalan utk perbaiki dan sekiranya berhasil syukur sgt2.

Tapi kalau tidak berhasil maka ambilah keputusan terbaik untuk diri sendiri dan anak2. Mcm org putih ckp it easy to hold on than to let go. But it is time to let go. Life without love is not Life at all.

Haizam Hamid, Semoga sy dapat betulkan apa yg tak betul selama ni yg telah sy buat pada pasngan sy….Break the pattern, jadi pencipta kebahgiaan dan mengalah bukan bererti sy kalah…sy impikan untuk masuk syurga Allah dr mana² pintu yg saya suka sekiranya sy perolehi Redha suami dan redha Allah.

Lupus semua amalan kebaikan sy kalau sy ada kecikan hati suami atau derhaka pada suami….Semoga sy istiqamah untuk syukuri kehidupan, mencipta kebahgian dengan izin Allah swt…Aamiin.

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini

Kredit: informasiviral