Aku dan mak tumpang rumah abg. Kakak ipar engineer. Tp xsumbang pape. Rumah xkemas, masak pun x. Peti ais kosong

 

Foto sekadar hiasan

Kisah Kak4k Iparku Yang Kedekut

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hi nama saya Auni. Nak cerita sikitlah mengenai kakak ipar yang peel kedekut tahi hidung masin.

Tahap kedekut dia tu bukan calang calang kedekut. Sebijik beras pun berkira.

Kakak ipar bukan kerja biasa. Engineer kot. Tapi semua abang kena tanggung.

Sejak mak sakit, saya dan emak menumpang rumah abang. Sejak hari pertama memang kami makan dari food delivery je, susah betul nak rasa kakak ipar masak.

Pernah sekali mak nak minum air, dalam peti ais apa pun takde. Alasan, sebab kakak ipar jarang masak.

Dia bekerja 6 hari. Kul 8 malam baru nak balik rumah. Alasan sebab busy dekat site.

Tapi takkan lah site masih bukak malam malam? Nampak sangat sebab tak suka mak tinggal dekat rumah tu.

Saya pulak tengah tunggu panggilan universiti. Dalam masa ni, saya jaga mak.

Nak harapkan kakak ipar? Kirim salam sajalah.

Kadang tak nampak kelibat langsung dalam sehari. Kalau mesej pun just tanya, nak makan apa? Nanti suruh abang beli.

Alah apa salahnya belikan kfc sekali sekala dekat mak? Sampai baju mak pun malas nak basuh. Semua suruh antar dobi. Yang bayar tu sape kalau bukan abang?

Abang cakap dalam rumah ni memang abang bayar semua. Sebab tu sampai nak simpan duit pun jarang jarang.

Taktaulah peel kakak ipar ni sampai takleh share langsung.

Mak sendiri cakap, ingatkan kawin dengan engineer ni abang bolehlah bernafas sikit. Tapi sama je macam kawin dengan suri rumah. Tak membantu langsung

Saya nak tanya sikit, memang kalau kawin isteri takperlu nak sumbang pape langsung ke?

Kalau macam tu buat apa kerja?

Hujung minggu pun duduk dalam bilik. Keluar senyum sikit sikit, lepas tu masuk balik.

Tah apa yang dia buat sampai tak betah langsung nak borak dengan kami.

Mak sendiri pun dah cakap, malas dah nak menumpang, orang tak suka nampaknya.

Hanya bila abang cuti je baru lah ada gelak tawa sikit. Bolehlah bawa mak jalan jalan.

Tu pun faham faham lah sapa yang bayar semua.

Dia just join, makan makan angkat bontot terus. Tak rasa nak beramal sikit belanja mak makan.

Simpan duit banyak banyak pun kalau tak ada rasa nak menderma takkan berkat rezeki tu mak cakap.

Mak memang tak berkenan dengan dia sejak sebelum kawin.

Satu sebab orang utara. Jauh dari kampung kami. Kedua memang dia ni susah nak berborak. Asyik krik krik senyum je.

Lepas tu angkat kaki blah. Malas nak melayan mak lama lama. Ni mak mentua kot.

Saya bangun tengok makanan pun tak ada. Mak dah lapar. Kakak ipar pergi kerja satu pun tak masak. Haisshh kadang geram pun ada.

Oklah, nanti kalau nak saya sambung, bagitau ye. Geram tak abis lagi perangai ipar macam ni.

Nak nasihat sikit, dah kawin dengan anak orang tu, maksudnya kawin dengan family dia jugak.

So pandai pandai la bawak diri. Apa salahnya share sikit rezeki. Adeh..

Ok bye…

Reaksi Warganet

Nik Nurul Aswani –
Suami isteri ni tak semua dia nak cerita dekat orang lain. Betul ke kakak ipar tak bayar apa apa?

Kalau dia diam tu, ada yang dia pendam dalam hati. Nak luah tak boleh. Nanti dikata kurang ajar pula.

Awak yang duduk menumpang tu, duduk saja je, memang sedap la bercakap.

Bekerja selama itu setiap hari, level profesional, awak ingat dia tak penat ke?

Saya doakan adik diberi peluang masuk universiti, bekerja di bidang profesional with a long working hours, dan dapat jaga mak mentua di rumah sendiri.

Dengan ini, awak akan lebih memahami. Moga makbul doa ini untuk adik confessor ni.

Shikin Amir –
Weiii hhahahahahah kelakor budak ni… bukan tanggungjawab kakak ipor awak jaga MIL dan awak.

Kalau dia tolong kira ehsan je. Tak wajib. Dah dia kerja, awak la buat semua kerja rumah.. masak, kemas etc.

Dah duit laki dia, suka hati dia la. Duit gaji dia tu memang hak dia 100%. Maybe dia berkira sebab awak pun berkira tak kemas rumah etc. Ni mesti ko kaki layan drama Korea dan drama kul 7 malam ni

Zulnaidah Manan –
Sebab nama u Auni sis consider u perempuan lah. Nasib baik u bukan adik ipar sis tau. Nasib baik!!

Dik. Mulai hari ni, u bangun pagi;

1. Masak sarapan

2 cuci baju sidai dan angkat dan lipat

3. Kemas rumah

4. Dan rajin belajar agama sebab adik kena tahu jaga mertua bukan tugas menantu. Kalau dia buat, bonus untuk adik sekeluarga

5. Jangan mengumpat

Faranisyah Hakim –
Hari tu saya ada terbaca tulisan sorang Ustaz. Dia kata, dia rasa hairan kenapa orang Melayu amalkan ajaran yang lain dari apa yang agama ajarkan. Contohnya macam ni lah.

Bila sorang wanita kahwin, orang akan expect dia berkhidmat bukan saja pada suami dia, malah seluruh keluarga suami.

Walhal, kalau ikut ajaran agama, tugas berbakti pada ibubapa jatuh wajib pada anak anak kandung tak kira lah lelaki ataupun perempuan. Bukannya menantu.

Yang lagi pelik, menantu perempuan jer tu pulak yang kena.

Dalam kes tt ni, memang betul lah abang dia dan dia yang kena jaga mak tu.

Cuma, sebagai hamba Allah yang baik sekiranya dia berbakti kepada mentuanya, of course lah akan dapat ganjaran pahala yang besar. Tambah tambah kalau mentua tu dah tua dan sakit.

Ajaran melayu macam ni dibawa turun temurun sehingga dipasak dalam fikiran anak anak seperti tt ni.

Dia ingat bila abang dia kahwin, maka keluarga dia dah dapat seorang servant yang akan menghambakan diri uruskan keperluan family dia.

Walhal, itu tanggungjawab tt sendiri.

Lepas tu saya selalu sangat duk dengar rungutan anak anak ni, bila bab nak menjaga orang tua jer…bila ada adik beradik yang culas nak jaga, pertama yang dia tuduh ipar yang hasut.

Dah kenapa? Sepatutnya bidas adik beradik korang tu dulu. Apa kena mengena dengan ipar korang?

Berubahlah generasi baru yer. Amalkan benda yang betul. Jangan sampai ipar duai kita , menantu kita jadi tawar hati nak berbakti disebabkan perangai kita yang melebih lebih layan dia macam hamba.

Kalau kita perlukan ihsan orang, mintak elok elok. Bukannya duk merungut.

Reaksi Warganet– Auni (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *