Aklbat BerkumpuI Sambut ‘Birthday’ Kaw4n, 8 Rem4ja Dik0mpaun Sebany4k RM5,000 Setiap Se0rang

Berikutan per1ntah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 yang dil4njutkan di seluruh negara hingga 28 Jun ini, raky4t perlu mematuhi arahan yang telah dit3tapkan pihak kerajaan.

Antara tindakan y4ng dilarang ialah, berkumpul ramai2, mengadakan majlis ker4ian serta meretas negeri.

Bagaimanapun, masih ramai yang berdegil dan sengaja melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan tersebut.

Berkumpul rai sambutan hari lahir rakan

Memetik laporan Utusan Malaysia, semalam (15 Jun 2021) 8 remaja, termasuk 2 wanita ditahan oleh pihak polis di sebuah kediaman terletak di Taman Cempaka, Ipoh, Perak kerana berkumpul untuk meraikan sambutan hari lahir rakan.

Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 2.15 pagi itu, kesemua individu berusia antara 18 hingga 20 tahun tersebut dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.

Tangkapan ke atas semua individu itu dibuat mengikut Seksyen 21(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) pindaan 2021 kerana berkumpul tanpa tujuan.

“Semasa pihak berkuasa sampai di lokasi serbuan, didapati kesemua mereka berada di dalam rumah berkenaan dan memaklumkan mahu menyambut hari lahir rakan.

“Susulan itu, pasukan task force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh mengeluarkan kompaun atas kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP,” katanya.

Ditahan kerana ‘berkhalwat’

Pada masa yang sama, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memaklumkan kesemua individu yang terlibat turut ditahan atas kesalahan berkhalwat.

“6 orang lelaki dan 2 orang perempuan itu yang tiada hubungan mahram antara satu sama lain ditahan pihak JAIPk untuk disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 kerana kesalahan khalwat,” maklum JAIPk.

Menurut pihak JAIPk, kesemua mereka didapati tidak mempunyai hubungan mahram antara satu sama lain. Sehubungan itu, mereka telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 54 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.

Sumber: Utusan Malaysia | Facebook JAIPk | OhMyMedia

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini