#Foto sekadar hiasan
Kosong
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku Mirul (bukan nama sebenar) berumur 31 tahun.
Aku tahu ramai di antara kita yang mak/ayah agak “pilih kasih” of course pada mereka benda tu tak ada masalah.
Tapi kita sebagai anak ni boleh rasa benda tu.
Aku cuma dua beradik, abang dan aku. Beza umur kami 2 tahun. Dari kecil lagi aku memang dah rasa dan tahu yang mak dan ayah aku ni agak “sayang” abang aku berbanding dengan aku.
Contoh paling dekat bila result peperiksaan keluar. Kalau giliran aku cuma pandang sebelah mata. Tapi bila abang aku, reaksi mereka lain siap puji.
Kalau giliran aku “kenapa tak semua A”. Padahal bila di banding result aku dari sekolah rendah membawa ke sekolah menengah dan juga universiti lebih bagus dari abang aku.
Aku ingat lagi, SPM aku 6A. Abang aku pula cuma 1A dan ada 1 gagal. Manakala aku 6A dan 3B. Reaksi mak ayah aku? “Kan bagus kalau semua A”
Bila abang aku “subjek ni memang susah dan ramai yang gagal” padahal kami berdua ambil bilangan dan jenis subjek yang sama.
Tapi aku tahan, telan dan pendam. Pada aku “takpelah lepasni aku usaha lagi”
Abang aku sambung belajar, aku pun sambung belajar di negeri yang berbeza. Waktu ni aku hujung minggu kerja part time untuk duit lebih.
Alhamdulilah aku graduate dengan keputusan yang cemerlang.
Waktu ni, aku memang terkilan teruk. Sangat terkilan. Mak dengan ayah aku tak dapat hadir majlis konvo aku, sebab mereka ada majlis kenduri kahwin saudara aku.
Aku cakap habis majlis kita terus balik hal kenduri kendara tu keluarga diorang boleh uruskan. Tapi mak ayah aku berdegil juga. Aku datang konvo drive seorang diri.
Kau bayangkan waktu abang aku konvo, ayah aku yang baru 2 minggu patah kaki bersemangat nak pergi tapi bila aku, dia cakap “boleh pergi seorang” bergambar seorang.
Mujurlah waktu tu ada kekasih yang akhirnya jadi isteri aku dan mak ayah dia.
Gambar konvo tak ada gambar mak ayah dan abang aku. Cuma aku, isteri dan mak ayah ipar aku.
Habis konvo aku tak balik terus. Kenduri kahwin sedara aku pun aku biarkan tak datang, sebab dalam hati aku terlampau geram dan marah sangat.
Aku ingat lagi berhenti dekat Bangi makan sambil menangis sebab pergi konvo seorang diri.
Mungkin ada yang cakap, “kau lelaki nak nangis apa. Pergi je sorang. Aku lagi suka pergi sorang”.
Hal konvo ni sekali seumur hidup. Bila abang aku konvo mak dan ayah aku sendiri yang cakap, “kena pergi ni sekali seumur hidup” tapi bila giliran aku ceritanya lain.
Bila masuk alam kerja, aku kerja tahun pertama dekat office 9-5. Lepas setahun, aku kerja dekat foreign company yang 2 hari datang office dan 3 hari wfh.
Setiap sebulan sekali aku akan part time jadi tourist guide melawat negara macam jepun/korea dan China.
Abang aku pula kerja kerajaan, waktu ni mak aku memang bangga dia lain macam.
Aku waktu ni tak ada rasa apa sangat sebab hal gaji aku dah selesa. Dua bulan gaji boleh cecah 5 digit.
Sampai lah abang aku nak kahwin dan iyalah perlu duit apa semua. Jadi aku pun okay kasi lah juga dalam 1500.
Aku cakap dengan mak ayah dan abang aku ini 1500 aku bagi untuk bahagian makanan tetamu. Hal lain biar lah guna duit dia sendiri dah majlis dia.
Tapi keluarga aku ni masih berkeras cakap kasi lah lagi sikit. Aku pun dah explain yang aku tengah simpan duit untuk rumah dan dah rancang nak kahwin juga dalam masa 1-2 tahun.
Akhirnya aku pun topup lagi 500 kasi cukup 2 ribu.
Lepastu kau tahu dah siap majlis apa semua aku baru tahu yang abang aku keluar modal setakat 500 ringgit. 500 ringgit!.
Yang lain tu? Mak aku gadai rantai dengan gelang, 2 rantai 2 gelang. Lebih kurang 7 ribu.
Aku bila dapat tahu memang marah. Sebelum ni mak aku gadai rantai dan gelang tu sebab nak belikan abang aku kereta.
Lepastu aku yang tebuskan semua sekali 8ribu lebih. Bukan sikit sebab mak aku merayu sayang sebab harta waktu dia muda.
Aku pun sebab mak dah menangis aku pun pergi tebus. Aku mula mula dah suruh dia minta abang dalam 4 ribu kita split 50/50 tapi alasan tak ada duit nak kahwin. Sekali mak aku pergi gadai balik.
Dari barang kemas apa semua itu duit mak aku gadai + 2 ribu aku + dalam 2 ribu duit ayah aku. Abang aku? 500 sahaja itu untuk makeup dan baju kahwin. Aku bila dapat tahu drah memang meluap luap.
Fast forward setahun kemudian, walaupun aku rasa marah dan kesal dengan keluarga aku. Tapi nak taknak mak ayah aku juga.
Aku beli rumah memang agak besar ada 5 bilik. Tapi aku dah ada plan nak buat apa dengan bilik tu. Lagipun tahun depan aku dah nak berkahwin.
Bawa mak ayah aku datang tengok rumah aku. Entah tak ada angin ribut tiba tiba mak ayah aku suruh aku bagi abang dengan akak ipar aku duduk situ sementara sebelum aku kahwin. Aku serta merta tolak, giila apa.
Waktu majlis kahwin aku jangan cakap, aku keluar modal 95% abang aku yang cakap nak ganti 2 ribu nanti waktu aku kahwin haram tak ada.
Dia kasi 300 ringgit dia cakap “angpau kahwin”. Mak dengan ayah aku? “Kau ada duit, kau pakai duit kau”.
Aku telan sahaja, bagi aku biar majlis ni selesai. Itupun isteri aku kasi dalam 5ribu dia cakap ringankan beban.
Lepas kahwin duduk sehari, aku dengan isteri terus pindah rumah. Bagi aku, aku rasa dah tawar hati sangat dengan keluarga aku.
Ada sekali aku sebenarnya nak lah hantar mak ayah aku ke umrah. Tapi ayah aku ni seboleh boleh suruh aku “sponsor” abang dengan akak ipar aku.
Dia cakap nak pergi sekali.
Dah lah waktu aku bagi tahu nak sponsor mak ayah aku ke umrah diorang tak tanya pun aku nak ikut ke tidak. Sekali di suruhnya sponsor abang dengan kak ipar aku.
Baru baru ni, setahun lepas. Aku dengan isteri aku dah rancang 2-3 tahun free tanpa ada anak. Dan tahun ke-4 baru kami bersedia ada anak.
Tapi mak aku pergi cana dalam family group wasap cakap isteri aku mandul. Aku padahal dah explain banyak kali dengan mak aku. Kami berdua subur tak ada masalah.
Dah lah dalam group tu ada isteri aku, dia cuma hantar smiley face je dalam group.
Sejak haritu aku memang dah macam jarang komunikasi dengan mak ayah dan abang aku.
Kalau aku tulis balik kisah hidup aku dari kecik sampai sekarang “kosong” ayah atau mak aku puji dan atau jaga percakapan dengan aku.
Tak pernah ada benda baik aku dengar.
Kosong..
Reaksi Warganet
Chintia Gurney –
You’re not alone bro. Aku yang anak perempuan tunggal pun bukan anak favourite parents aku.
Nak buat majlis kawin, pun semua nak kena bayar pakai duit sendiri.
Masa tunang pun sampai nak gaduh sebab dorang nak pegi majlis kawin anak saudara, tak nak meraikan majlis tunang aku.
Padahal yang nak buat majlis tunang bagai tu bukan aku tapi permintaan dorang. Ahh..
Slow slow bina family sendiri dan jumpa dorang setahun 2 kali je dah la…
Lyana Aziz –
Tak perlu duduk dalam group wasap. Bina life dengan isteri. Balikla sekali sekala untuk lunas tanggungjawab.
Duit bank in bulan bulan. Draw boundary dengan abang Dan ipar. Tak perlu bagi bantuan kewangan dekat abang sebab depa bukan orang susah pun.
Kurangkan berkongsi Hal rumahtangga dengan parents. Nanti boleh dijadi modal gaduh.
Nurul Fathiyyah –
Saya setuju dengan komen tak perlu wujudkan hubungan kekeluargaan. Sekadar lunaskan tanggungjawab sudah lah.
Dah nampak diorang nak ambil kesempatan, cukup sampai situ je. Balik kadang kadang, duit bagi setakat mampu, jangan melebih. Ada lah tu rezeki diorang nak gi umrah tu.
Jangan sakitkan diri dengan orang yang tak reti hargai kita. Fokus pada keluarga kecil awak, itu lebih baik
Muhammad Hazrin Ibrahim –
Jangan habis dekat sini saja sudara. Kita dah dewasa kan. Pergi cakap terus terang dekat mak bapak anda tu.
One on one dekat abang tu pulak. Lepaskan semua dari dada tu. Sekarang you have nothing to lose.
Bukan nak ajar sudara ‘mendurhaka’. Tapi nak ajar kita ni kurangkan memendam perasaan. Lama lama benda tu boleh jadi dendam kesumat sudara.
Andai mereka terima dan hati terbuka dengan apa yang anda bakal luahkan tu, nescaya your relationship will improve.
But if they are defensive, like I said, you have nothing to lose. Move on. Berdamailah dengan takdir.
Indra Putra –
I cuma bayangkan kalau confessor ni selalu takde dalam family dia, boleh jer diorang hidup sebenarnya.
Tapi confessor anak yg baik hati dan berjasa kepada ibu bapa. Ya. Ramai yang suruh hindarkan dari famili dia tapi i tak setuju.
Pada i, buruk baik tetap mak ayah kita.
Cuma, jangan fikir too much. Hiasi hari dengan senyuman. Kayakan diri sendiri dan keluarga sendiri. Be happy. Fly away ke mana saja nak pegi. Beli saja apa nak beli.
Dalam masa yang sama, just tetapkan 1 jumlah saja untuk mak ayah. Dan, jangan lupa untuk bersuara terus direct dengan nada dan cara yang sesuai jika berlaku lagi macam kes kata u all mandul tu.
Sebut jer yg awak kecewa dengan perangai mereka. Paksa mereka minta maaf. Kalau tak, mende ni takkan selesai.
Be practikal. Each and everytime kalau mende macam ni berlaku, ia peluang untuk ungkit segala nya yang berlaku sebelum ni.
Bagi kesedaran jer. Bukan nak buat musuh. Sebab pada saya mengkomunikasikan rasa dengan jujur itu satu terapi. Duk pendam saja akan jadi miscomm.
Bukan perli jerit jerit atau nada suara tinggi. Nada biasa jer. Janji komunikasikan rasa.
Bayangkan kalau tak komunikasikan setelah diorg pergi nanti Tak setel pemende apapun..
Sumber – Mirul (Bukan nama sebenar) via IIUMC