838 Meter Di Bawah L4ut, Jenaz4h Kru Nanggala 402 Akan Di Bawa Ke Surabaya.

Jakarta: Jenaz4h kru kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 akan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur.

Ketua Angkat4n Laut Laksamana Yudo Margono berkata, pr0ses evakuasi m4ngsa dan kaedahnya akan dikoordinasikan kemudian.

“Evakuasi nanti kita ke Surabaya, atau sesuai permintaan keluarga kerana di Banyuwangi ini ada tiga orang juga,” katanya dalam sidang media secara maya, semalam.

Media sebelum ini Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 terkorban.

Menurutnya berdasarkan visual daripada Remotely Operated Underwater Vehicle yang digunakan dalam pencarian kapal itu, kapal berkenaan ‘terbelah menjadi tiga bahagian’ di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lalu ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

sumber : hmetro

Ilustrasi Hancurnya Kapal Selam Di Kedalaman 800m

Majlis Ulama Indonesia (MUI) gesa solat jenazah ghaib

JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) meminta umat Islam di Indonesia melaksanakan solat jenazah ghaib bagi kesemua anak kapal KRI Naggala-402 yang disahkan terkorban selepas kapal selam itu tenggelam di perairan Bali, sejak Rabu lalu.

Tolak Tegas, Anwar Abbas Siap Mundur dari Sekjen MUI jika Program Sertifikasi Dai Kemenag Diteruskan

Timbalan Pengerusi MUI, Anwar Abbas berkata, solat sunat itu bertujuan bagi memohon dan mendoakan keampunan daripada ALLAH SWT untuk semua mangsa yang terkorban.

“Mari kita secara bersama atau bersendirian melakukan solat jenazah ghaib supaya semua dosa mereka diampuni serta pengorbanan mereka kepada bangsa dan negara menjadi ibadah serta mendapat ganjaran pahala yang besar dari ALLAH SWT,” katanya seperti dipetik Antaranews.com.

Menurut beliau, pelaksanaan solat itu berdasarkan hadis yang menyebut seseorang yang meninggal dunia kerana tenggelam atau lemas dikira sebagai mati syahid.

“Seandainya memang mereka meninggal dalam keadaan seperti ini, maka mereka jelas telah pergi menghadap ALLAH SWT dalam keadaan terhormat,” ujarnya.

Ketua Angkatan Tentera Laut Nasional Indonesia, Yudo Margono pada Ahad mengumumkan, kesemua 53 kru kapal selam Indonesia, KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang dan tenggelam di perairan Bali pada Rabu lalu disahkan meninggal dunia.

Bangkai KRI Nanggala 402 disahkan selepas pasukan penyelamat menggunakan kenderaan kawalan jauh tanpa pemandu bawah air (ROV) yang dibekalkan Singapura untuk meninjau lokasi dasar laut berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, lebih banyak bahagian daripada kapal selam ditemui termasuk sauh dan pakaian keselamatan yang dipakai kru.

sumber : sinarharian / hiburan