7 Tahun kawen rupanya isteriku isteri org. Aku sruh isteri jumpa ex suami minta crai tapi lepas mereka jmpa istriku terus hiIang

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Part 1. Assalam. Setelah 7 tahun berkahwin, akhirnya aku tahu yang sebenarnya aku telah bernikah dengan seorang perempuan yang masih sah bergelar isteri orang. Dia pernah berkahwin tanpa mendaftarkan perkahwinan. Setelah beberapa tahun, dia larikan diri setelah berkali kali gagal minta fasakh.

Atas kerana suaminya kaki pkul, hisap ddah dan tak berkerja .Masa aku tahu tentang status nya, dia melulut merayu supaya aku tak tinggalkan dia.

Tapi aku tak nak hidup dalam dosa. Aku harap dia berubah dan bertaubat. Dia seorang isteri yang baik selama ini. Aku terima dia kembali.

Setakat ini kami masih duduk sebumbung tapi aku tak akan sentuh dia lagi. Aku akan cuba tolong dia bercerrai dengan suaminya yang bagi aku terlalu kejam. Hinggakan sanggup pkul dia sampai tangannya pernah p4tah sebelum berkahwin dengan aku.

Lepas tu aku akan nikahi dia secara sah. Aku sedih tengok anak anak kami kerana dari segi syarak mereka berempat beradik bukan nasab dari aku.

Harta pembahagian lepas aku mngalkan dunia ini mungkin tak akan dapat dekat mereka. Aku mohon semua doakan aku supaya urusan kami berjalan lancar. Semoga d0sa d0sa kami selama ini terhapus.

Sambungan, Part 2

Assalamualaikum. Aku suami yang pernah berkahwin dengan perempuan yang masih sah bergelar isteri orang.

Aku tak pernah rasa kecewa macam ni. Sebelum ini aku pernah berazam nak usahakan cari suami lama isteri aku. Sampai beberapa hari lepas, alhamdulillah process mencari suami lama pada isteri aku sangat mudah.

Terus aku berjumpa dengan suami lama isteri aku yang aku panggil Z. Jadi aku minta Z untuk lepaskan ikatan suami isteri antara dia dan isteri aku. Aku cerita pada dia aku memang bersungguh nak kahwin dengan isteri dia.

Lagipon aku dah bertahun jaga isteri dia dengan baik. Dia pon setuju dengan syarat aku suruh isteri aku jumpa dia secara personal tanpa aku masuk campur atau ada sekali.

Jadi aku pon setuju sebab bagi aku dia juga nak mudahkan process pencraian mereka. Lepas aku cerita pada isteri aku dia pon terus setuju dan aku set masa untuk dorang berjumpa.

Isteri aku tak bagi aku drive kan dia lokasi dorang nak jumpa. Dia siap rahsiakan lagi. Jadi bagi aku kalau ini untuk memudahkan urusan mereka, aku tak kisah.

Tapi yang buat aku sedih isteri aku tak balik sampai berhari hari sejak berjumpa bekas suaminya. Aku tak dapat contact dorang dua langsung sampai aku nekad buat report polis.

Tak sampai sehari, petang tu isteri aku balik dan siap bawa orang yang aku anggap dah jadi bekas suami dia. Hati aku berbunga bunga dan sangat gembira waktu itu. Sampailah isteri aku kata Z tak craikan dia pon.

Dia balik pon sebab nak ambil baju dan barang barang. Dia nak mulakan hidup baru dengan Z sebab mereka masih halal katanya.

Z bagitahu dia nak bawa anak pertama aku, sebab itu anak dia dalam kandungan isteri aku waktu dia lari dulu.

Dunia aku bagaikan runtuh dan hncur bila aku dapat tahu semua ni. Semua berlaku sekelip mata. Aku masih sayangkan isteri aku. Aku tak pernah kecewa macam ini. Bagi aku hidup dah tiada makna. Aku tak sanggup hidup berasingan dengan dia.

Aku berharap suatu hari nanti bila suami dia masih berperangai sama macam dulu dia akan kembali pada aku. Masa tu aku akan cintakan dia betul betul sampai dia tak kenal cinta lain selain dari aku.

Aku mohon semua doakan aku kuat untuk besarkan 3 orang anak aku yang isteri aku tinggalkan. Semoga pengkhianatan ini akan menjadi pengajaran buat semua.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Mar Ahmad, Hibahkan harta2 tuan kepada anak2 yer… Tuan diberikan dugaan yg sgt hebat… Semoga tuan terus kuat demi anak2… Kesian juga kpda isteri tuan yg takut utk berlaku jujur….

Semoga ada hikmah dan tuan diberikan kebhgiaan bersama isteri dan anak… Juga semoga dipermudahkn urusan tuan sekeluarga.

Cik Fai, Allahuakbar… Moga dipermudahkan Allah swt segala usaha dan urusan bruh suami isteri dan anak2. Nak buat cmne erkara dh pon berlaku. Sekurang2nya dgn kesempatan yg ada ni gunakanlah sebaik2nya utk perbetulkan keadaan.

Soal harta xde mslh byk cara boleh dilakukan. Contohnya hibah. Yg paling penting skunk soal anak2, mse depan mereka. Mohon nasihat dan pandangan org2 yg berkenaan yg arif berkaitan status perkahwinan bruh & isteri.

In Shaa Allah pasti ada jalan penyelesaiannya. Terima kasih bruh kerana ikhlas menyayangi seorang wanita bergelar isteri.

Winny Anuar, Semoga allah panjangkan jodoh kamu d jln yg betul.walau pun anak2 kamu d kira bukan nasab kamu tpi kamu boleh je bagi harta kamu sebagai hadiah.anak2 tak salah jdi jangan rumitkan lgi hidup mereka.

jaga la anak2 itu sebaik mungkin beri mereka didikan yg sempurna.bila mereka berjaya nanti pasti mereka juga la yg akan menjaga kamu d usia lanjut nanti.

Azura Hamid, Allahuakbar. Beratnya dugaannya.. Apapun perlu rujuk dgn jabatan agama. Minta solusi yg tepat.
Utk harta, kita blh siapkan awal². Siap² hibahkan dan bila diwasiatkan secara berdaftar, kita x perlu risau.

Sedangkan anak angkat atau org yg xde kaitan kita pun blh dpt, cuma ikut saluran yg betul. Bertaubat la di atas kekhilafan isteri dan ia terpalit kpd tuan juga. Jg anak, amanah tuan dgn baik. Jika mereka nk bernikah nnt, baru terangkan.

Saya doakan moga dapat diselesaikan masalah tuan dgn segera dlm membantu isteri, moga jodoh panjang dan dipermudahkan segala urusan tuan sekeluarga. Amin.. In sha Allah.

Nazuha Elyas, Speechless sis baca. Terus teringat retis kita En hafiz Hamidun. Tp dia x sempat kawen.

Mcm mana si isteri nk. Minta fasakh kalau perkahwinan x didaftar. Kalau p pej agama pun depa akan minta surat nikah x kisah laa d mana menikah, mesti ada surat. Ada surat nikah br boleh tuntut fasakh.

Cuba bawa berbincang dgn pej agama. Jgn sembunyi apa2. InsyaAllah ada jalan penyelesaiannya. Byk berdoa minta Allah bg jln keluar.

Saida Jebat, Pekara yg aib disembunyikan, apa jua urusan berkaitan dgn isteri tu buat secara senyap2, selesaikan senyap2, sb apa, aib awk sekeluarga, ank2 awk mgkin akn diejek, isteri awk org akn hina, dr rumahtga yg bhgia akn jd porak poranda.

Klu dah pnh pkul smpai ptah pnh tak buat repot polis, apa pun sy doakn semoga dipermudahkan apa jua urasan awk yg berkaitan.

Zura Aisy, Assamualaikum.maaf setahu saya kalo seorang suami dah berkelakuan sampai menyakiti tubuh badan kita,,klo ikut kan dah pon jatuh talak,wlo satu,

Dan dia lari dari suami dia dah bertahun2. Dah pon jatuh talak,sbb nafkah lahir batin suami tak kira. Dalam ajaran Islam jelas2 telah diterangkan ,

1 jika seorang suami mngalkan isteri nya selama 2tahun berturut
2:tidak memberi nafkah wajib 3bulan lamanya

3.menyakiti tubuh badan atw jasmani si isteri
4.Menbiarkan (tidak memperdulikan )istri selama 6 bulan atw lebih

Dan kerana perbuatan tersebut istri tidak redha dan mengajukan gugatan ceria kepengadilan agama,dan apa bila gugatan diterima oleh pengadilan agama,dan istri membayar iwad(pengganti) maka jatuh la talak 1.

Tetapi sementara istri tuan menikah tak terdaftar,dia nak tuntut fasakh dekat mana, Kadang undang2 Malaysia ni bukan senang(maaf cakap)yang kawin register pon dan silelaki dah jelas salah,susah jg nak lepas,walo dah dilafaz crai berkali2,klo tanpa pengakuan si suami,tak kira sah talak tadi

Kalo didunia tak dapat keadilan,tanggung sendiri akhirat nanti
Semoga urusan dan niat suci tuan Allah permudahkan, Klo tuan nak tahu lebih afdal tentang status anak tuan,rujuk pada yang lebih Ariff.

Sbb dulu ada satu kisah(nyata)kawin sedrah satu ayah lain mak,sampai ada anak baru dia orang tahu,yang depa adik dan abang kandung,dan ada sorang anak,namun anak tu tak dianggap anak tak sah taraf,anak tu tak berdosa kita yang silap. Maaf jika ada kesalahan dalam kata saya.

Sheila Hisam, Hadiahkan siap² lah pembahagian anak masing-masing klu takut faraid tak sampai kepada anak..
Klu nak diikutkan secara syarak sebetulnya isteri tu dah sah janda kerana suami dia dlu..

Pertama: abaikan tanggungjawab nafkah zahir dan batin selama lebih daripada 3 bulan berturut-turut sedangkan nafkah adalah wajib bagi pas4ngan suami isteri..

Dalam k3s ni isteri tak maklumkan sama ada suami dia dlu ada pernah lafaz crai atau tidak utk lebih mengukuhkan pengesahan sama ada kias atau qisas.

Dan kedua: tidak mendaftarkan perkahwinan bererti perkahwinan yang sebelumnya tidak diiktiraf dan meragukan kesahihannya sama mereka menikah secara sindiket ala ala koboi atau di nikahkan oleh kadi yg tidak bertauliah..

Klu jawabannya “Ya” maka pernikahan mereka adalah tidak Sah..So.. sebelum buat apa² keputusan sila siasat dlu tempat mereka pernah bernikah dahulu.

K3s camni sy pernah ada kawan nikah dan rupanya pernikahan mereka tidak sah..Mudah²an info sy ni berguna dan dapat menyelesaikan masalah… Allahu..kesian anak-anak.

Fendy Sakinah, Tumpang tanya… Ketika tuan bernikah dgn si polan tu..siapa yg walikan tuan??? N perkahwinan pertmaa tu adkah dktahui keluarga perempuan… Knp tidak daftarkan… Dmnkah mereka bernikah??? D siam ka…

Klu nk rujuk proses pencraian agak susah sbb tak berdaftar.. yg d.berdaftar hny dgn tuan.. yg sebelum ni sukar tuk pejabat agaama kita uruskan disini.

Kredit: informasiviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini