3x Ramadhan, putus tunang berturut2. Penat je beli cincin, tp kene pulang. Asyik trade in, rugi tukar size

 Foto sekadar hiasan

Azab Dalam Mencari Jodoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah 3 Ramadhan berturut turut, pertunangan saya dibatalkan.

Saya seorang lelaki yang lebih mementingkan taaruf dan ikhtilat dalam mencari pasangan.

Sejak di bangku sekolah, dan kemudian di universiti, saya kurang gemar mencari calon isteri, disebabkan aktiviti rakan rakan yang tidak senonoh ketika bercinta.

Di hujung pengajian saya di universiti, saya mula tekad mencari pasangan.

Saya hantarkan orang tengah untuk merisik seorang wanita.

Kemudian saya batalkan risikan kerana dia sedang bercinta dengan lelaki lain.

Tetapi ibunya tidak setuju, maka ibunya izinkan keluarga saya masuk meminang.

Akhirnya Naim (nama lelaki yang bercinta dengan calon pertama saya) kalut dan lekas meminang wanita tersebut, dan mereka akan berkahwin bulan ini.

Calon kedua pula, saya digula gulakan. Ibunya berkenan akan saya, tapi anaknya acuh tak acuh.

Katanya ingin betul betul jadi jurutera berjaya.

Katanya lagi, biasanya lepas berkahwin, career seorang jurutera wanita akan mudah hancur.

Jadi, dia ingin berkahwin hanya pada umur 32.

Umurnya pada ketika itu ialah 22 dan saya pula 24. Saya tak sanggup tunggu 10 tahun untuk perkara yang tak pasti.

Yang ketiga pula, semuanya elok. Peribadi elok, kerjanya elok. Cuma sedikit berhutang, dan sangat mata duitan.

Cuma mata duitan yang saya boleh terima sebab semua duit yang dia dahagakan, dia nak menyimpan di ASB.

Hantaran pun dia nak masukkan dalam ASB.

Tapi dia tak mahu ikut perintah agama. Katanya, apa yang dia suka untuk ikut, dia akan ikut.

Apa yang dia tahu haram, tapi dia suka buat, dia nak buat juga.

Dalam hal ni, haramlah untuk saya kahwin dengan dia.

Dia sampaikan berkeras dengan saya katanya dia tahu akan ke neraka tapi nak juga buat sebab dia suka.

Aneh. Saya terbaca satu post dari seorang wanita tentang sukarnya mencari jodoh.

Memang zaman sekarang, tak adakah lagi wanita yang sudi untuk menjadi “isteri” kepada suami?

Yang memudahkan urusan akhirat suami nanti?

Atau memang saya perlu mengalah dan terima sahaja kesusahan akhirat semata mata untuk berkahwin?

Sebab nampak gayanya, setakat ini, bila saya gunakan saluran yang betul untuk berkahwin, semuanya bermasalah.

Orang tengah saya kata, saya jadi susah disebabkan saya asyik mencari yang cantik.

Tapi saya dah rendahkan standard cantik saya. Tak kan saya nak cari yang betul betul hodoh pula?

Calon 1 lebih cantik dari calon 2. Dan calon 2 lebih cantik dari calon 3.

Saya hanya mencari yang sedap mata memandang sahaja sekarang. Asalkan bila saya tatap wajahnya, saya tenang.

Tolonglah, kalau ada makcik pakcik yang baca confession saya ini, dan anak makcik dalam lingkungan 25-27 tahun, jodohkan lah saya dengan dia.

Penat dah saya beli cincin tapi asyik dipulangkan. Dah lah saiz nya lain lain.

Asyik trade-in rugi tukar saiz sahaja.

Reaksi Warganet

Sherri Hazmi –
Aku baca perenggan dia yang kedua je terus aku gelak berdekah dekah.

To girl out there. Jantan yang banyak sembang agama dalam nak mencari bini ni kau jauhi lah.

Sebab kebanyakan nak menjadikan kau babu je atas nama bini.

Gelak lagi sekali. Kah kah kah. Sekian.

Nur Hela –
Alah cincin tunang selalunya belah rotan je. Berapa ratus je pun.

Setakat rugi sikit masa trade in tu takde hal lah.

Kalau benda sekecil ini pun awak merungut.. no wonder…. No wonder…..

*sekadar mengeruhkan lagi keadaan

Che GeeJah –
Wow.. red flag betol mamat ni..

Nak dapatkan yang mudah bawa ke syurga. Taknak susah susah memimpin.

Nak yang sedia terpimpin. Taknak cabaran. Nak laluan mudah. Serahkan pada orang, sebab taknak fenin fenin sebab tengok ragam orang lain bercinta.

Kalo mqcam tu, sampai sudah laa ko ni takyah berjodoh.

Takde sebarang mende kat dunia ni yang one straight way.

East Pasta –
Haha, jangan memilih sangat. Sebab terlalu cerewet tu la semua lari.

Cantik pun tak kekal lama. Asalkan tau agama, baik akhlak, ada common sense, pandai hormat orang, that is more than enough. Bahagia rumah tangga.

Kalau kahwin sebab cantik, nanti jumpe orang yang lagi cantik ko gi dekat orang tu lak. Begitu lah sampai mati.

Nafsu ni dik tak pernah puas. Datang lah berjuta yqng baik akhlak pun kalau yang dicarinya yqng cantik, sampai bila bila pun akan cari yang cantik jugak even dah kahwin.

Lepastu bising nape tak jumpe pasangan, kenapa pasangan tak lengkap itu ini. Diri sendiri yang high demand.

Fazlinz Linz –
Alkisahnya macam suami saya la tu. Dari umur 19 tahun dia nak kahwin.

Bukan tak bercinta tapi si makwe lebih memilih untuk berkahwin dengan orang lain..

Suami kata dia tak kisah status perempuan (dara/janda).

Akhirnya pada umur dia 31 tahun berkenalan dengan saya terus dia ajak kahwin. Masa tu saya janda anak 2 orang lelaki (saya tua 5 tahun dari suami).

Saya tak nak kat dia, takde langsung ciri ciri yang saya nak.. hahahaha..

Tapi dah jodoh, kahwin la juga. Sekarang dah ada 2 orang anak perempuan..

Kita tak boleh paksa jodoh. Allah lebih tahu bila masa yang sesuai dan siapa jodoh yang sesuai.

Relak relak je.. Tak perlu stress dalam mencari jodoh..

Nurul Hidayah –
Akak ingatkan azab apa lah tadi. Sabarlah. muda lagi kan.. ada tu jodohnya.

Apa kata sekarang fokus dulu kerja, stabilkan kewangan ke..buat apa yang suka dulu.

Kadang jodoh datang pada masa yang tak disangka. Rileks2 je.

Sambil tu usaha dan berdoalah semoga mendapat jodoh yang baik dan teruskan menjadi baik ya

Sumber – Lukman (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *