3 thn kahwin, suami xpnh bwk aku jalan2. Tiap2 mlm aku dipksa urut smpai dia tdo wlpn aku pnt

Foto sekadar hiasan. Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini. Assalam semua pembaca. Nama akau Diana. Aku tak tahu kenapa suami aku layan aku kjam sangat. Selalu buat aku penat, penat badan & penat fizikal. dan aku tak tahu kenapa dia layan macam aku pla cur & orang gaji dalam rumah ni. Dia sikit pun tak pernah bagi aku kasih sayang.

Aku sikit pun tak pernah rasa kasih sayang dari dia, apa yang aku nak apa yang aku teringin makan dia tak pernah hiraukan. Bawak aku keluar ? 3 tahun kawin dia simpan aku kat rumah, tak pernah bawak aku keluar bejalan.

Nafkah sebulan 50 ataupun 100 je dia bagi. Dengan duit tu jugak lah aku beli barang dapur . duit untuk keperluan aku ? tak pernah nak bagi.

Aku tak pernah pun nak susahkan dia, mintak duit dia atau aku merungut sebab dia tak bagi apa aku teringin & bawak aku keluar. aku tak pernah nak marah dia bagi aku nafkah sikit.

Aku tak pernah mintak apa apa dekat dia, sebab aku fikir takut dia takde duit nanti. Aku tak kisah langsung makan nasik dgn kicap pun. tapi dia, kadang lauk tak banyak dia marah akuu, teruskan teraburkan makanan.

Salah aku ke semua ni? aku nak masak lelebih lauk dia tak beli. kadang aku ni penat sangat sangat, balik keje terus mengemas rumah masak.

Dia balik je terus makan rehat, tiap malam aku ni kena urut dia sampai dia tidur walaupun aku penat tak cukup rehat dan kadang aku tidur dia selalu sangat pkul kepala dan tmbuk badan aku.

Dia cur4ng dengan aku ? sampai angkut perempuan . sampai sekarang dia sorok password phone dari aku . bukan aku tak tahu dia meseg banyak perempuan .

Kadang siap vc lagi . kadang dia tumbuk aku banyak kali , kadang dia tetiba marah aku tanpa sebab . bila aku nangis lagi dia pkul dan dia tak pernah sekali pun mintak maaf dekat aku..

dan sekali pun tak pernah pujuk aku . dan dia selalu sangat hina aku , selalu sangat ingatkan aku pasal ex dia tuu.

Dia selalu cerita macam mana dia buat bende tak elok tu dengan ex dia. setiap hari & setiap masa. dan aku ni susah nak jumpa family aku sebab dia tak bagi aku tidur rumah ibu aku.

Aku tak tahu la semua ni salah aku ke. aku tak penah pun abaikan tanggungjawab rumah walau aku saakit hati, penat. aku buat a-z dalam rumah ni.

Kadang aku teringin sangat nak rasa kasih sayang dari seorang lelaki, yang boleh jaga aku, bimbing aku. tapi laki aku tak penah nak jaga aku, lagi dia skitkan aku ada lahh.

Dia biarkan jee aku ni . aku ni tak tahu kenapa bila dia ada aku rasa takut sangat walau dalam rumah sendiri , aku rasa tak tenang.

Kalau dia pkul aku tu takde bekas pun , dan aku sebenarnya penat sangat dengan diri aku, aku rasa aku nak keluar dari semua ni. tapi aku tak ada bukti apa apa untuk aku bcrai.

Dan laki aku ni memang takkan nak jejak dekat mahkamah pun. aku kadang menangis pun diam diam aku tahan taknak bagi dengar suara pun sebab aku takut.

Aku taktahu nak buat apa . tapi aku penat sangat ya allah . aku taktahu apa kebaikan laki aku untuk aku fikir baik baik tentang dia . ” dia suka marah aku , pkul aku, pkul kalau dia nak sesuatu pastu aku tak ikut , campak makanan,

tak besembang dengan aku , tak jaga aku , tak penah mengalah dengan aku , selalu buat aku terasa skit sangat.

Aku jujur , aku tak tahu macam mana nak hormat dia balik , aku tak tahu kenapa aku tawar hati nak hormat dan cakap baik baik dengan dia .

sebab setiap kali dia ada , aku rasa skit sangat hati and aku tak boleh nak cakap baik baik dengan dia , dia tengking aku kadang aku pandai menjawab senjak dia suka sangat sksa fizikal mntal aku ni . aku dah cuba nak hormat tapi aku susah sangat.

Bila aku diam dia akan selalu cakap pasal perempuan lain dekat aku . sebab tu semua aku jadi macam ni . tolong aku aku penat sangat , aku nak bebass ya allah dari lelaki ni.

tapi aku tak tahu sebab aku tak ada bukti nak bawak ke mahkamah . yelahh nak urusakn bukan senangg . makan tahun lagi kalau laki aku taknak lepas.

Apatah lagi takdee bukti . sebab tu laa aku menangiss kadangg sebab aku penat sangat . macam mana aku nak keluar dari kes4kitan ni.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyaakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah.

Assalamualaikum, selama ni saya cuma baca kisah-kisah tentang kehidupan orang lain di page KRT tapi rasanya belum jumpa lagi kisah yang sama macam kisah saya sebab boleh dikatakan semua kisah ditulis oleh wanita/isteri tentang masalah yang dihadapi bersama suami mereka.

Untuk kisah saya pula berlainan kerana isteri yang bermasalah. Dah lama sebenarnya saya ingin meluahkan apa yang terpendam didalam hati ni.

Rasanya dah sampai masa untuk seorang lelaki merendahkan egonya untuk berkongsi masalah kehidupan bekeluarga.

Saya dan isteri dah berkahwin selama 11 tahun dan kami dikurniakan 3 orang anak lelaki. Sepanjang perkahwinan kami, tiada masalah besar yang kami hadapi.

Saya tidak membenarkan isteri saya bekerja kerana saya harapkan dia dapat menjaga anak2 dan rumah dengan baik. Pendapatan saya pun cukup untuk menampung kos kehidupan dengan selesa.

Masalah yang saya hadapi adalah isteri saya seorang yang sangat mementingkan diri sendiri. Walaupun dah 11 tahun berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, perangai dia tetap macam orang bujang.

Dia tak pernah menerima teguran dari saya sebaliknya lepas ditegur, dia langsung tidak akan mengendahkan saya.

Kami menjalani kehidupan pjj sebab kerja saya sentiasa berpindah randah mengikut projek (kontraktor binaan) dan adakalanya saya terpaksa bekerja di pelantar minyak selama beberapa bulan.

Disebabkan saya jarang dapat bersama keluarga, saya sediakan semua kelengkapan rumah untuk membahagiakan isteri dan anak2.

Tapi sayangnya segala pengorbanan saya tak pernah dihargai oleh isteri saya. Mungkin kerana saya jarang berada dirumah, jadi dia banyak menghabiskan masa dengan menonton filem korea dan bermain game.

Dek kerana terlalu asyik dengan benda2 yang melalaikan tu, isteri saya langsung tidak mengendahkan saya ketika saya berada di rumah. Diri saya hanya seakan bayang2 yang tidak ada apa2 fungsi.

Dah bertahun saya cuba cakap secara baik dan lemah lembut tapi kata2 saya seakan tak kedengaran di telinga dia. Saya seorang yang mementingkan kebersihan dan disiplin tapi malangnya isteri saya tidak mementingkan semua itu.

Waktu PKP ni betul2 telah mencabar kesabaran saya apabila anak2 saya diajar tidur sampai pkul 3 pagi bermain game dan menonton tv.

Saya sendiri dah lupa bila kali terakhir kami tidur bersama. Setiap kali saya mengajak masuk tidur, dia hanya menyuruh saya tidur dulu kerana dia perlu menghabiskan eposod drama korea ataupun game.

Disebabkan saya seorang yg berdisiplin dan menjaga tidur, terpaksalah saya tidur seorang diri walaupun adakalanya lebih dari dua bulan saya tak balik sebab terpaksa bekerja.

Rumah dibiarkan bersepah, pinggan mangkuk dibiarkan berlonggok di sinki, sarung bantal dan cadar tidak bertukar dan tu semua dah jadi kerja tetap saya untuk membersihkan segala-galanya sebab saya memang tak boleh tengok benda kotor, bersepah dan berbau.

Anak2 kami juga tidak diajar untuk berdisiplin. Bagi mereka, saya ni tak lebih dari mesin ATM. Bila perluukan duit barulah cari saya.

Sekian lama saya bersabar, akhirnya kesabaran saya hiilang dan saya terpaksa meninggikan suara pada mereka. Kesabaran saya hiilang apabila saya menyuruh isteri menyidai baju tapi tak diendahkan kerana asyik bermain game.

Mesin basuh tu saya baru beli kerana yg lama telah rosak. Dalam fikiran saya mesti dia teruja sebab saya beli yang baru tak sampai 1 jam selepas mesin basuh yang lama rosak.

Sangkaan saya meleset kerana dia langsung tidak mengendahkannya dan hanya asyik bermain game.

Dalam kemarahan saya tu terkeluar juga la sedikit makian sebab saya dah terlalu lama pendam dalam hati. Walaupun saya sentiasa menyuruh isteri untuk berubah untuk kebaikan kami namun tidak pernah diendahkan dengan alasan dia mahu menjadi dirinya dan tak perlu mengikut rentak kehidupan orang lain.

Dek kerana saya dah meng4muk, barulah dia bangun untuk menyidai kain dan dengan beraninya dia memarahi saya balik dan mempersoalkan kenapa perlu kalut2. Lepas siap sidai baju, dengan selambanya dia terus menyambung bermain game.

Malam tu saya tidak dapat tidur dan satu badan saya menggigil kerana saya kuatkan diri untuk menahan marah. Walaupun marah saya tetap boleh fikir dengan waras dan tidak berkasar.

Begitu tergamaknya dia membiarkan suami dibilik berseorangan dalam keadaan marah. Keesokannya saya cuba berbaik semula dengan mengajak isteri dan anak2 pergi ke taman rekreasi untuk beriadah tapi malangnya ajakan saya tidak dipedulikan seolah2 saya yang melakukan kesalahan besar.

Saya mula rasa tercabar dan meninggikan suara. Dengan selambanya dia menyuruh saya mencraikan dia. Masa tu hati saya rasa macam dikoyak2 hanya Allah je yg tahu.

Bagi mengelakkan perkara buruk berlaku, saya mengmbil keputusan untuk balik ketempat kerja walaupun cuti saya masih ada 8 hari lagi. Dia pun langsung tidak menghalang malah hanya saya membiarkan saya keluar rumah dalam keadaan yang sangat kecewa.

Setibanya saya dirumah sewa, tanpa segan silu dia mesej saya memberitahu yg laptopnya rosak dan minta duit untuk baiki.

Dalam hati saya berkata “manusia jenis apa la yang aku nikahi ni?”Langsung tidak peduli perasaan orang lain dan hanya mementingkan diri sendiri.
Adakah saya yang bersalah dalam hal ini.

Adakah saya terlalu berlembut dan tidak tegas?Kisah kedua, sepanjang perkahwinan kami, memang saya tidak benarkan isteri bekerja. Jadi memang saya tidak pernah merasa duit isteri walau setengah sen pon.

Waktu PKP apabila pencarum KWSP dibenarkan untuk mengeluarkan duit dari akaun ketiga, hati saya berbunga2 sebab saya sangka isteri akan hadiahkan saya sesuatu.

Sangkaan saya meleset apabila dia menggunakan duit tu untuk membeli mesin jahit dan dihadiahkan pada ibunya. Saya cuba menyembunyikan perasaan kecil hati sempat bergurau “takpa la, yg bulan depan punya bole la belanja saya pula”

Masuk bulan kedua pengeluaran, saya sabar menanti mungkin dia akan buat kejutan. Memang kejutan yang saya dapat apabila dia beli henfon baru. Dia juga meminjam duit dari kawannya untuk mencukupkan jumlah harga henfon tersebut.

Saya cuma tahu lepas seminggu dia membeli henfon dan hati saya menangis. Sedih. Dalam hati dia langsung tiada saya. Apa yang ada cumalah duit, drama korea dan online game.

Sampai sekarang saya berfikir dimana dan apa salah saya. Kemewahan yang diberi seakan tidak pernah muaskan hati dia. Saya dah terlalu buntu dan tiada tempat mengadu.

Saya dah berusaha sehabis baik untuk membahagiakan keluarga tapi saya tak dapat apa2. Maaf sebab terlalu panjang kisah saya walaupun ini cuma sebahagian saja yang saya luahkan. Terima kasih kerana menyediakan peluang dan tempat untuk meluahkan perasaan. Terima Kasih.

Ramai terkesan dgn perkongsian kisah pertama, apa reaksi warganet

Nur Eika, Ko masih sygkn kontol laki ko sbb tu ko masih sanggup bertahan.sorry mencarut sbb geram.benda dah teruk pun masih terperuk lagi.blah lah dari umah apa lagi nk ditunggu dpt laki mcm tu.

Nuraz Wan, Jika susah nk kumpul bukti, awk bolh keluar sj.. Wlupun dia akn dakwa awk nusyuz, xpe.. Itu hnya tanggapan, dlm lslam awk layak selamatkn diri dr didra.

Paling ² pun awk xkn diberi nafkah edah, klu bercrai, klu bersama pun, bukn cukup nafkah yg dia beri.. X tahu alasan apa awk bertahan klu awk xde hati pd dia, dan tak kuat utk terus bersabar..

Biar sjlh, klu pun habiskn masa 5 thn tuntut fasakh dr terus tersksa, sekurang² ,dlm proses mnuntut fasakh tu, awk dh keluar dr rumh dn sdh bebas dr dia.

Huda Liana, Sy btahan 5tahun.. N lastly, semua rasa syg tu tertutup dgn rasa marah n skit hati dlm diri sdiri thadap pas4ngan, sbb tlalu lama btahan.. So first thing to do is, cerita kat family.

So that awk ada reason yg kukuh utk balik n blindung di rumah keluarga awk.. Lg bagus kalau ada mak ayh, adik bradik yg blh back up blkg kalau dia mcm2.. Lepas tu pegi mahkamah.. Tuntut la fasakh.. Jgn tggu lg lama.. Jgn risau, awk xkn maati kalau dia xde..

Liza Yahya, Penderaan mntal boleh mintak fasakh.. Tak perlu bukti lebam2 pun.. Cubalah ikhtiar mintak nasihat mahkamah syariah.

Pastu call talian Nur minta nasihat mcm mana nk keluar dari masalah ni, tgk apa dorang boleh bantu.. Keganasan rumah tangga tak boleh di biarkan berterusan.

Gina Aidil, Aku minta izin nak bagi ceramah sikit je kat awak ok..adik awak dah tahukan… hang sekarang ni hidup duduk tidur makan kat atas belakang buaya…adik berjalan perlahan perlahan naik kat darat dan terus lari.

Lari tinggalkan buaya ganas yang hanya menunggu masa nak ngap hang…otak tu tuhan bagi untuk berfikir bukannya duduk macam tunggul hari hari kena ketuk.

Sekali lagi tinggalkan je hantu syaitan tu untuk adik melangkah keluar dari derita dunia…usah jadi hamba abdi kerana dia berstatus suami awak dan awak terpaksa mengikut kehendak hati binatang dia tu…

Hellooooo kita ada undang undang tau…mana boleh sesuka hati hendak mendra orang. fuhhhhhh geram betul dah aku ni.

Kredit: informasiviral

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini