ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ ᴛᴀᴋ ᴅɪᴋᴇɴᴀʟɪ ʜᴀᴅɪʀ ʙᴀɴᴛᴜ ᴋᴇʙᴜᴍɪ ᴀɴᴀᴋ ꜱᴀᴍᴘᴀɪ ꜱᴇʟᴇꜱᴀɪ. ᴛᴇʀᴋᴇᴅᴜ ꜱɪ ᴀʏᴀʜ ʙɪʟᴀ ᴛᴀʜᴜ ɪᴅᴇɴᴛɪᴛɪ ꜱᴇʙᴇɴᴀʀ ᴘᴇᴍᴜᴅᴀ ɪɴɪ

Kisah yang pernah tular sekitar September 2019 ini sarat dengan pengajaran, dikongsikan semula sekadar untuk memberi pedoman buat kita semua.

Tular di laman sosial, pemuda misteri hadir dihari pengebu.mian tetapi ahli keluarga tidak mengenali siapa dirinya.

Sed1hnya hati kami mendengar perkongsian dari Hanapi Jusoh dimana seorang pemuda berhati mulia hadir ke pengkebu.mian anaknya.

Pada awalnya, lelaki ini bertungkus lumus membantu semadikan jnazah namun ramai yang mempersoalkan ‘identiti’ lelaki tersebut. Apabila ditanya rupanya..

Pemuda berhati mulia

Alhamdullillah jnazah anak saudara saya Alif fikri telah selamat disem4di semalam pada jam 12 tengahari. Dua tiga hari sebelum pemergian Alif, ahli keluarga telah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku ke atas Alif.

Semalam, ketika bersedia untuk solat jnazah ke atas jas4d Alif, saya telah terperasan pemuda ini yang berbaju merah jambu berada di saf hadapan sekali suaranya sebak sambil mulutnya tidak henti-henti mendoakan Alif.

Ketika di kuburan..pemuda ini lah yang bertungkus lumus membantu semadikan jnazah Alif hinggakan bajunya basah berpeluh. Kami ahli keluarga tidak kenal pemuda ini..

Mungkin kawan Alif sebab ramai sangat yang hadir. Lalu ayah Alif menegurnya. “Encik dari mana.. Kawan Alif ke?.. Sebab tak pernah tengok.

Rupanya seorang doktor merawat anaknya

“Pakcik, sayalah Doktor yang merawat Alif sepanjang dia di Hospital. Saya datang sini saya tengok alamat pada rekod Alif. Saya minta maaf banyak-banyak.. Saya dah lakukan yang terbaik.. Allah lebih sayangkan dia.. Dia muda lagi tak ada dosa.. Saya tak ada kuasa.. Allah maha kuasa.. Saya doktor pun akan mti..” Mendengar itu mereka berpelukan sambil masing-masing menitis air mata.

Ayah Alif yang terkejut dengan kehadiran doktor muda ini memeluknya erat. Sudah tentu kehadirannya atas rasa empati dan penghormatan terakhir buat pes4kitnya. “dok apa lah doktor. Kita redha blake doh..doktor buat yang terbaik doh”.

Mulianya hati doktor muda ini

Mereka berbual pendek dan doktor ini berjalan bersama guru madrasah Alif ke kereta. Sebelum balik doktor ini sempat lagi menghulur sumbangan kepada guru itu lalu berkata : “Terima kasih banyak sebab selama ni mendidik Alif.

Mulianya hati mu doktor muda. Bukan sahaja cerdas akalnya malah tinggi akhlaknya. Tahniah kepada Ibu bapa yang mendidiknya dan tahniah kepada Hospital Besar Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana memiliki Pegawai Perubatan yang tinggi akhlaknya. Saya tidak kenal doktor muda ini. Tak sempat bertanya namanya. Kalau ada sahabat FB saya kenal doktor ini boleh tag namanya kami sekeluarga ingin bertemunya lagi.

Mulianya hati doktor muda ini. Moga menjadi ikutan kepada semua. Buat arwh, moga rohnya dicucuri rahmat.

SUmber: Hanapi Jusoh via Ohbulan

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini