ʟᴇʟᴀᴋɪ ɴᴇᴋᴀᴅ ʙᴀᴛᴀʟᴋᴀɴ ᴍᴀᴊʟɪꜱ ɴɪᴋᴀʜ ꜱᴇʟᴇᴘᴀꜱ ᴛᴇɴɢᴏᴋ ᴍᴜᴋᴀ ʙᴀᴋᴀʟ ɪꜱᴛᴇʀɪ ᴛᴀᴋ ꜱᴀᴍᴀ ᴍᴀᴄᴀᴍ ᴅᴀʟᴀᴍ ɢᴀᴍʙᴀʀ

Musn4h impian seorang lelaki untuk mendirikan rumah t4ngga dengan wanita idamannya apabila dia mendapati wajah wanita itu sebenarnya tidak sama dengan gambar yang selalu dihantar kepadanya.

Yusuf, warga Indonesia yang bekerja di Korea Selatan mengenali wanita itu melalui Faceb0ok dan seringkali berhubung melalui media sosial walaupun tidak pernah bersemuka.

Yusuf juga pernah membuat panggilan video, tetapi wanita itu selalu menutup mukanya dengan cadar. Sehinggalah satu hari Yusuf mengambil keputusan untuk menjalinkan hubung4n dengan wanita itu.

Tetapi wanita itu memberikan syarat, jika Yusuf mahu menjadikannya sebagai teman wanita, Yusuf perlu menikahinya terlebih dahulu. Lalu Yusuf pun bersetuju dan pergi ke Taiwan untuk berjumpa dengan wanita berkenaan.

Malang buat Yusuf apabila dia mendapati wajah wanita itu tidak sama dengan gambar yang selalu dihantar kepadanya selama ini. Wanita yang berada di depan matanya itu ternyata lebih tua berbanding yang disangkanya muda selama ini.

Bukan sahaja terkejut, malah Yusuf berasa tertipu lalu mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan itu dan pulang semula ke Korea Selatan dengan penuh kehampaan dan kekecewaan.

Insiden yang menimpa Yusuf itu juga viral di media sosial selepas dia sendiri berkongsi mengenai pengalaman traumanya itu.

Dalam pada itu juga, Yusuf mengalami kerugian sebanyak RM2,948, wang yang dipinta oleh wanita itu sebagai persediaan mahjlis perkahwinan mereka.

“Ya saya kecewa dan kejadian ini menjadi pengajaran kepada saya,” katanya.

Setelah diselidik, rupanya wanita itu menggunakan gambar seorang gadis bernama Intan.

Menurut Intan yang tampil memberi penjelasan, gambarnya selalu dicuri dan disalahgunakan sejak dari dulu lagi.

“Padahal gambar-gambar itu saya sudah buang dari Instagram. Itu gambar-gambar saya di zaman kuliah,” kata Intan.

Sumber: Harian Metro, Surabaya Tribun News

Pihak MediaPortal tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Media Portal Ya.

Jom sama2 join group ni.. Khas untuk sama2 kita share menu masing2..inshaAllah bermanfaat disana..TQ
Nak Join –> Klik Disini